Khamis, 15 Disember 2011

Negara Kebajikan PAS

Umno adalah musuh tradisi Parti PAS. Ust Fuad Hasan yang kalah dalam pemilihan Presiden Umno keluar parti dan menubuhkan parti PAS. Ini semua orang muda wajib tahu perkara ini.

PAS bersumpah akan menentang UMNO dimana saja dalam sebarang pilihanraya. Umno dilabelkan sebagai assobiyah, toghut dan kafir.

Haram makan haiwan yang disembelih oleh orang UMNO. Haram berimamkan orang UMNO. " UMNO Kapir" menjadi wirid Pas setiap kali ada pilihanraya.

Allah bersama Umno, Sejak pilihanraya pertama 1955 hingga 1990an PAS tidak diterima rakyat.

Usaha gigih rebellian Pas Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz menyebabkan Pas berjaya menawan negeri Cik Siti Wan Kembang buat kali kedua.

Kemenangan Nik Aziz kerana disokong oleh ilmuan Islam seperti Prof Mat Nor Deris, Dr Haron Din, Taib Azamudin (Imam besar Masjid Negara) dan ramai lagi.

Fatwa-fatwa ganas dan aggresif Nik Aziz dan Hadi Awang, untuk menjatuhkan Umno terus mendapat sokongan golongan muda dan puak-puak rebellion termasuk daripada bekas-bekas ahli Semangat 46 yang hilang tuan.

Perjuangan mereka adalah ABU, asalkan bukan Umno, najis mughalazoh pun mereka sanggup sental, asalkan bukan Umno.

Kini Pas menukar identiti dari Islam ke kebajikan. Gah dengan nama kerajaan berkebajikan, tetapi tidap pada perbuatan. Allah menguji Pas dengan turunnya malapetaka banjir di Kedah. Ternyata negara kebajikan hanya retorik sahaja.

Pas membantu golongan yang pro Pas, merampas barang bantuan dari kerajaan persekutuan dan memberi kepada penyokong mereka. Adakah itu kebajikan?

Kini kerajaan persekutuan memberi bantuan persekolahan RM 100 seorang dan baucer buku RM 200 kepada pelajar IPT. Mana kebajikan Pas?

Dengki khianat ada lah, ada ulama Pas dan pembangkang menghasut pengikutnya jangan menerima bantuan kerajaan dan ada pula yang berkata bantuan kerajaan pusat boleh ambil sebab wang tersebut bukan harta Umno tetapi harta rakyat. Macam tu pulak.

Azli Taliban pula tuduh wang kerajaan ada hasil judi, hasil duit pelacur, hasil babi, mufti macam gaji duit haram. Duit kerajaan duit haram, najis, jijik, ada pula ustaz Pas yang lain menfatwa, Haram menerima sebarang bantuan daripada Umno.

Kini kerajaan berkebjikan cuba pula mensabotaj bantuan sara hidup yang akan diberikan kepada ketua keluarga yang berpendapatan di bawah RM 3000.

Borang diciplak dan diubahsuai. Kenapa? Sebab marahkan Najib yang benar-benar melaksanakan dan merealisasikan sebuah negara berkebajikan.

Bagaimanapula kebajikan Pas?

Mudah saja, buat banner, panggil tukang-tukang balun dari PKR dan DAP. Pasang speaker kuat-kuat. Hentam kerajaan BN. Hentam Najib, hentam Zambry.

Bila orang sudah ramai, keluarkan peti kaca, kain dan lilit kepala, kutip duit sebanyak mungkin. Duit untuk tabung jihad konon, jihat apa? Jihad untuk meruntuhkan sebuah negara yang berdaulat.

Itulah definasi kebajikan Pas, bukan memberi tetapi mengutip cukai dari rakyat. Bayangkan setiap malam seluruh negara ada 1000 ceramah setahun ada 365 000 ceramah dan jika satu ceramah dapat RM 1000, setahun Pas dapat kumpul wang rakyat sebanyak RM 365 000 000.

Wah ! Patut lah pemimpin PAS kaya. Rakyat miskin. Itu lah istilah Negara Kebajikan Pas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan