Sabtu, 21 September 2013

Pemilihan Umno Bahagian Taiping

Ketua Umno Bahagian Taiping Dato Shalimin akan ditentang oleh bekas ketua pemuda 1993 Dr Said Abu Fazal

Dr Said Abu Fasal kemudian pernah bertanding Tiimbalan Ketua Bahagian dan dua kali tewas. Kemudian beliau menghilangkan diri ke Kuala Lumpur.

Sebulan yang lalu, TM merisik khabar dan maklumat diperolehi ialah Dr Said tidak lagi berminat dalam politik selepas menyertai kumpulan tabligh.

Tiba-tiba pada saat akhir angin kencang bertiup menyatakan beliau akan bertanding melawan Ketua Bahagian.

Dengan pertandingan ini bermakna sejarah pemilihan Umno 1993 berulang sekali lagi.

1993 Dr Said Abu Fasal bertanding jawatan Ketua Pemuda Taiping dan menang, begitu juga Dato Said Hussin bertanding Ketua Pemuda Umno Bukit Gantang dan menang.  Dr Said Abu adalah abang kepada Dato Said Hussin.

Kali ini dua tokoh ini muncul lagi untuk jawatan yang lebih tinggi iaitu Ketua Bahagian.

Jawatan timbalan ketua bahagian pula Saudara Ton Zailani ditentang oleh bekas ahli Pas seumur hidup Saudara Hj Shaiful Johari.

Kerusi Naib ketua bahagian pula ditandingi oleh YB Zahir, Mohd Nor Osman dan Saiful Hizam.

Ketua wanita Datin Yatimah ditentang oleh Puan Sharifah Jaafar pegawai Jasa.

Sementara Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda menang tanpa pertandingan.

Ketua Pemuda Umno Taiping ialah Saudara Sharil Shafie adik Ketua Bahagian dan Naib Ketua Pemuda ialah Saudara Fendy Dato Zailani.

Fendy sebelum ini disebut-sebut akan bertanding Ketua Pemuda tetapi akhirnya memberi laluan kepada yang lebih muda.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Calon Sayap Umno 2013-2016

Ketua Wanita 3,
Naib Ketua 3,
Exco 44;

Ketua Pemuda 5,
Naib Ketua 4,
Exco 77;

Ketua Puteri 2,
Naib Ketua 3,
Exco 30.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

(Breaking) UMNO 2013

PM dan TPM menang tanpa bertanding Presiden UMNO dan Timbalan.

Calon2 tanding Naib 6,
MT 64,
Ketua Wanita 3,
Ketua Pemuda 5,
Ketua Puteri 2-

Agenda news
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadi Awang kata lain, Nik Aziz kata lain!

PAS sedia berdialog dengan UMNO dalam isu membabitkan masa depan Islam dan juga Melayu dengan syarat ia perlu berlandaskan kepada empat sumber rujukan utama iaitu al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan UMNO, malah sedia melakukannya pada bila-bila masa berlandaskan isu dan kepentingan bersama.
"PAS tetap bersedia untuk berbincang walaupun hanya membabitkan parti itu dan UMNO sahaja, tanpa disertai ahli pakatan pembangkang masing-masing dalam politik.

"Kita sedia bincang dengan UMNO, cuma cari isu yang sesuai. Atas dasar ini kita tak pernah tutup pintu dengan UMNO," katanya selepas menyempurnakan penutupan Karnival Pendidikan Islam Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena dekat sini, sebentar tadi.

Sikit komen;

Bagus lah kalau macam tu, tetapi Nik Aziz tolak terus tak mahu langsung berbincang. Walaupun 4 syarat diletakkan oleh Hadi Awang, ia tidak menjadi masalah, cumanya sikap Pas yang selalu berdolak dalik. Nik Aziz kata Umno tolak Islam dan guna kebangsaan.

Ustaz-ustaz Pas di bawah pula kata kembali kepada Quran dan Sunnah, tetapi yang banyak diamalkan oleh Pas buka kembali kepada Quran dan Sunnah tetapi mereka lebih gemar kepada Politik dan Syiah Kawarij yang begitu mudah mengkafirkan orang lain. Pas juga gemar kepada istilah pelik seperti yang dihasilkan oleh syed Qutb dan Hassan Al Bana. Contohnya ialah Pas menyatakan orang yang tidak melaksanakan hukum hudud hukumnya kafir kerana menolak hukum Allah. Ia jelas menunjukkan Pas tidak merujuk kepada Quran dan Sunnah. Ia seolah-olah rukun Islam ada 6 perkara dan yang ke enam ialah Hudud.

.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UMNO Bertambah Kukuh Tiada Pertandingan Jawatan Tertinggi

 
Jika pilihanraya yang lepas dikatakan sebagai 'ibu segala pilihanraya', maka pemilihan UMNO kali ini pula dikatakan sebagai 'ibu segala pemilihan UMNO'.    Ini kerana UMNO dikatakan berada dalam keadaan yang lemah dan kehilangan punca walaupun telah berjaya menambah kerusi pada PRU yang lalu. 
 
UMNO pada hari ini dikatakan berada dalam keadaan dilemma dalam mencari jati diri. Sebahagian dari kepimpinan di peringkat tinggi dilihat mempunyai 'idea' yang berbeza dengan penyokong-penyokong dan juga ahli dari akar umbi berkenaan hala tuju UMNO. 
 
Secara dasarnya, ahli-ahli dan penyokong UMNO berpegang teguh kepada semangat asal penubuhannya iaitu dengan berpasak kepada perjuangan agama, bangsa dan negara.   Ini bermakna UMNO wajib memperjuangkan pemerkasaan Melayu, dengan berdiri teguh atas keperibadian Melayu dan agama Islam. 
 
Hanya kerana ingin memajukan diri, UMNO tidak harus menukar hala tujunya atau keperibadiannya.  Apa yang UMNO perlu lakukan adalah menukar cara pemikiran agar lebih berdaya saing dan berdaya maju dengan memperbetulkan apa yang salah serta memperbaiki segala kelemahan. 
 
Namun, kebanyakan pemimpin UMNO dikhuatiri tidak memahami hasrat akar umbi.  Lebih teruk lagi apabila mereka turut memandang rendah dan memperlekehkan semangat UMNO yang asal.  Kononnya 'kemelayuan' itu adalah kelemahan dan kerana itu UMNO tidak boleh terlalu Melayu lagi.  Apa yang pemimpin sebegini terlepas pandang ialah tatkala pemimpin UMNO menggadai Melayu, kaum lain terus berjuang memperkasakan jatidiri bangsa masing-masing.  Akibatnya, orang Melayu berada dalam kerugian serta mengalami ancaman 'hilang di dunia'. 
 
Justeru itu, pemilihan UMNO yang bakal menjelang ini dilihat sebagai pertembungan antara pemimpin yang membawa roh asal UMNO dengan pemimpin yang telah tersasar jauh dari perjuangan UMNO.  Biarpun semuanya memakai nama UMNO dan berpakaian UMNO tetapi beberapa tindakan dan kenyataan sebahagian mereka sebelum ini telah memperlihatkan suara liberalis yang lebih mirip kepada pembangkang. 
 
Mungkin sukar untuk diakui tetapi hakikatnya, UMNO sedang merekah, meretak dan menunggu masa untuk pecah berkecai. 
 
Dalam keadaan ini, kepimpinan perlu berhati-hati dalam mengambil apa saja keputusan untuk memastikan UMNO kekal kuat.   Walaupun pertandingan bagi semua jawatan adalah perlu untuk memulihkan UMNO agar kembali menepati harapan dan jangkaan akar umbi tetapi hakikatnya, pertandingan juga mampu memecahbelahkan parti yang telah sedia retak ini. 
 
Mungkin menyedari hakikat ini, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO, dikatakan tidak akan mencabar Presiden.  
 
Jika benar, ini mungkin merupakan satu keputusan yang amat bijak, sekali gus menggambarkan kematangan dan ketokohan Tan Sri Muhyiddin.  Biarlah semua jawatan lain dipertandingkan, tetapi bukan jawatan tertinggi bagi mengelakkan berlakunya taufan yang bukan saja mampu menyebabkan UMNO hancur tetapi juga mampu meletakkan negara dalam keadaan tidak menentu. 
 
Tan Sri Muhyiddin tentunya seorang tokoh UMNO tulin kerana sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk UMNO tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya.  Tiada siapa yang boleh lupa bagaimana beliau bertindak tegas meminta Tun Abdullah melepaskan jawatan apabila bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai tidak lagi mampu memandu UMNO di atas landasannya yang betul. 
 
Walaupun Tan Sri Muhyiddin boleh saja 'mencuba nasib' mencabar Dato' Seri Najib tetapi beliau cukup faham bahawa dalam keadaan sekarang, tindakan 'cuba-cuba' bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan. 
 
Sesungguhnya, walaupun sokongan kepada Dato' Seri Najib dikatakan cukup kukuh dan tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan jawatan walaupun ia dipertandingkan, tetapi UMNO dan negara tidak mampu mengambil sebarang risiko. 
 
Oleh yang demikian, kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana masih mempunyai pemimpin yang tidak tergila-gilakan jawatan serta sanggup melepaskan peluang demi memastikan parti dan negara berada dalam keadaan terkawal.   Kita percaya sebahagian besar ahli-ahli UMNO menghargai pengorbanan Tan Sri Muhyiddin dan turut berkongsi semangat yang sama dengan beliau.  Bagi memastikan pengorbanannya tidak sia-sia, UMNO wajib membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan nanti. 
 
Sekiranya ini berjaya dilakukan, maka kita semakin optimis yang UMNO bakal menambah sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi dalam PRU-14 nanti. 
 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.