Sabtu, 14 Julai 2012

Himpun Oren gagal capai target

Perhimpunan Oren seperti yang dijangka, gagal mencapai target 100 ribu orang.

Peserta tegar yang hadir tidak sampai seribu orang. Mereka yang berhimpun hari ini yang kononnya berhimpun untuk membantah FELDA lantas menjerit dan menghilai bagaikan setan gondol dengan laungan 'Bebas Peneroka Felda" , "Pecat Isa Samad" dan "Hancur Najib"

Mereka nak bebaskan Felda? Kalau nak bebas serah lah tanah kepada Felda dan pergi berambus.

Mereka nak Najib hancur? Eh ! Depa lupa kaa yang arwah Tun Razak bapa Najib adalah orang yang memikirkan untuk membangunkan tanah Felda . Tun Razak mempelawa orang Melayu yang papa kedana tak ada harta dan tak cukup makan agar berhijrah menjadi peneroka di tanah LKTP atau Felda.

Mereka lupa bahawa bertapa susahnya generasi pertama yang miskin papa kedana diberi rumah, diberi isteri atau laki, diberi elaun sarahidup sehingga tanaman boleh dituai hasilnya.

Hari ini generasi kedua seperti Mazlan Aliman dengan senang menghasut peserta Felda agar membenci kerajaan yang telah banyak berjasa kepada mereka.

Inilah agenda yahudi Pas yang sangat busuk dan jahat dalam mencari pengaruh untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Anak-anak universiti dalam dan luar negara juga tidak terlepas dari hasutan dan kerja jahat mereka.

Peneroka dan pelajar IPT dihasut untuk menyokong mereka.

Anak-anak Felda yang bergelar Datuk, Professor, doktor, peguam dan lain-lain tidak akan berjaya tanpa usaha kerajaan yang memerintah.

Apa jasa Pas, kemana perginya pelajar Sekolah Agama Rakyat Pas? Kalau yang berjaya pun terlalu sedikit jumlahnya dan ramai yang ke luar pun ramai yang belajar di universiti Syiah dan tidak kurang pula yang menjadi pengganas dengan menyertai tentera upahan.

Bila balik Malaysia dan ditahan di bawah ISA, pandai pula kata kerajaan zalim. Habis apa perlunya menjadi gerila dan belajar buat bom dan sebagainya?

Sorry dah malalut ke laut, berbalik kepada puak-puak Anak dalam Oren, cuba fikir balik apa faedahnya buat perhimpunan ini. Difahamkan kerajaan Kedah yang diperuntukan saham Felda telah pun menjualnya kepada tauke-tauke Dap.

Sepatutnya Oren pergi berdemo di depan Suk Kedah dan membantah tindakan kerajaan negeri yang menjual saham kepada bukan Melayu.

Bantah juga pembukaan Disko yang baru dibuka di Mergong.

Dato Shafie Apdal dalam ucapan perasmian Persidangan perwakilan tahunan Umno Taiping pagi tadi ada menyebut bahawa Pas Kedah dalam kempen 2008 dahulu berjanji akan menjadikan Negeri Kedah seperti taman-taman di syurga tetapi hari ini Kedah menjadi taman sampah, rumput yang tidak diurus dengan baik. Jalan berlubang kotor dan air yang kotor dan banjir yang Kerap akibat kegiatan balak yang melampau.

Sudahlah, jangan menyebuk dengan Felda, pergilah sibuk dengan ladang rakyat di Lojing, Kulim High Tech yang kini jadi Low Tech, pergilah menyibuk dengan Loji pendaratan minyak yang tak siap-siap di Kedah. Pergi menyibuk dengan lombang emas yang haram dan sebagainya.

Hiak Tuih! Pas bahalol dan tolol
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.