Jumaat, 7 Jun 2013

Isu SJKC

Emma Harith wrote:

tolong jawab...
==
Mohamad Saifullah wrote:

Sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka.

Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun di sana perlu menguasai bahasa Cina.

Saya tidak faham, kenapa dan mengapa kerajaan tunduk dan akur kepada desakan ini, sedangkan semua sekolah ini berada dalam sistem pendidikan negara berpaksikan perlembagaan, menjunjung agenda negara.

Semua gaji mereka dan prasarana disediakan oleh kerajaan. PRU13 membuktikan, bahawa pemberian tidak dibalas.

Apakah kita akan teruskan permainan ini?Ingatan saya kepada kepada yang menerajui kerajaan, jangan terlalu mengemis untuk mendapat simpati mereka. Jika madu yang diberi, tuba yang dibalas, segerakan Bahasa Melayu sebagai pengantar.

Gunakan akta pelajaran 1996 untuk kuatkuasakan Bahasa Melayu di semua jenis sekolah, walaupun kuasa untuk menghapus sekolah vernakular sudah tidak ada lagi, kerana peruntukan akta tersebut telah dihapuskan dengan kewujudan akta pelajaran 1996.

Psss..........: sapa nak tolong jwb ni????
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas masih main wayang

Pada awal program Blackout di Kelana Jaya, boleh dikatakan hampir tiada penyertaan Pas. Ia mungkin kerana kenyataan Pas dan Tantawi 100 yang menolak usaha menjatuhkan kerajaan cara rusuhan

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh yang  menasihati ahli Pas agar tidak terlibat dengan himpunan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan itu, namun kenyataan itu bagi saya hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak menjadi dasar kepada pendirian parti.

Sewaktu program Blackout pertama, Tantawi mengadakan majlis kesyukuran merayakan kemenangannya di Temerloh Pahang, tetapi pada program blackout di Amcorp Mall, Tantawi mengetuai kumpulan Pemuda Pas dan ramai pemimpin Pas seperti Mat Sabu, Husam Musa, Salehudin Ayub muncul dipentas untuk 'menghasut' rakyat menjatuhkan kerajaan.

Husam pernah membayangkan kerajaan boleh jatuh dengan sendiri jika kerajaan lemah itu lemah dan jika kerajaan jatuh jangan disalahkan pembangkang pula.

Dalam Islam terutama dalam ilmu fiqah sunnah jelas melarang usaha menjatuhkan kerajaan seperti yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim.

Sistem demokrasi telah pun digunapakai untuk menentukan kerajaan yang memerintah pada 5 Mei sebulan lalu. Keputusan PRU 13 menyaksikan pembangkang kekal menguasai 3 negeri tetapi kerana gagal menguasai Putrajaya menyebabkan Anwar berusaha menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan secara demo jalanan.

16 Jun depan, Anwar mengajak penyokongnya berhimpun di Kuala Lumpur untuk membantah keputusan PRU 13 dan sekaligus mahukan kerajaan dijatuhkan dengan hanya 'perhimpunan blackout'.

Dap Pulau Pinang lain cerita pula, mereka berpuas hati dengan keputusan PRU 13, namun LKS dan beberapa ekor Dap Selangor sahaja yang masih tak puas hati kerana gagal ke Putrajaya.

Bekas Speaker Selangor pula di Amcorp Mall berkata "Apa lagi BN mahu? Cukuplah 55 tahun jadi kerajaan, bagilah kepada kita pulak".

Masalahnya ialah BN masih dipilih oleh rakyat dan BN menang 133 kerusi, Dap, Pas dan Pkr hanya dapat 89 kerusi. Kalau BN menang dengan kelebihan satu atau dua kerusi pun BN tetap akan menjadi kerajaan.

So, apa nak sibuk-sibuk buat rusuhan dan kecoh. Kepada parti Pas pula tolong buat keputusan tentang hukum haram menjatuhkan kerajaan melalui rusuhan. Apakah Pas masih berpegang kepada ideology Syed Qutb dan Hasan Al-bana?

Bersambung/....



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.