Khamis, 25 Oktober 2012

DAP Boleh Bersandiwara Tapi Belang Rasis Mereka Sukar Dipadamkan – Fairus

KUALA LUMPUR 24 Okt – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Kahiruddin percaya pemimpin DAP tidak berani menyahut cabaran untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana belang rasis mereka sukar untuk dipadamkan meskipun mereka sering melaungkan prinsip keadilan, demokrasi dan sebagainya.

Tegasnya DAP tidak akan berani menanggung risiko memandangkan rakyat khususnya orang Melayu di Pulau Pinang secara majoritinya sudah menolak mereka setelah empat tahun lebih memerintah negeri itu.

Katanya rakyat semakin sedar dan tahu bagaimana mereka mentadbir dengan penuh retorik dan penuh sandiwara.

"Malah sepanjang pengalaman bersama mereka, DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dan saya rasa hakikat yang sama turut dikongsikan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Pinang hari ini," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau juga yakin rakan politik DAP iaitu Pas dan PKR tahu akan hakikat tersebut namun terpaksa pendamkan demi survival politik mereka.

"Pas dan PKR pun masing-masing ada agenda tersirat sebab itu apa yang mereka pamirkan bersama DAP hanya lakonan sandiwara. Tapi percayalah pilihanraya umum akan datang tembelang itu akan pecah kerana masing-masing sudah pasang strategi untuk 'membunuh' antara satu sama lain.

"Mereka saling tidak percaya mempercayai. DAP sendiri sedang giat mempromosikan pemimpin Melayu mereka… memang pada permukaannya jalinan pakatan pembangkang nampak cantik tapi di dalamnya berkecamuk", ujarnya.

Jelas beliau lagi kenyataan kononnya DAP parti pelbagai kaum hanyalah retorik kosong semata-mata, hanya rakyat yang buta hati saja yang akan percaya.

"Kalau saya tuduh mungkin perkara itu mereka boleh sifatkan fitnah tetapi yang mengatakan hal ini dengan tegas adalah bekas Naib Pengerusi DAP sendiri Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam DAP sekarang makin ramai ahlinya di kalangan orang Melayu, India keluar parti… sebab apa?… tepuk dada tanya selera", ujarnya. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MB Azizan Tuding Jari Salahkan CEO KCB

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kelantan Rugi Lebih RM700 Juta

Umumnya, sebahagian besar rakyat Kelantan telah lama menyedari projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang gagal dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan negeri.

Namun tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan pihak pemaju swasta Liziz Standaco Sdn Bhd menyiapkan projek tersebut juga sebenarnya telah menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat terpaksa menanggung kerugian yang tidak sedikit jumlahnya.

PTSK ataupun lebih dikenali sebagai Projek Lembah Sireh itu, bukan sahaja telah menyebabkan negeri Kelantan mengalami kerugian berikutan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang bernilai RM318.29 juta tergadai dan berpindah milik kepada syarikat tersebut, malah kerugian sebenarnya jauh lebih besar sehingga melebihi RM700 juta.

Jumlah kerugian tersebut hampir bersamaan dengan dua kali ganda jumlah belanjawan tahunan Kerajaan PAS Kelantan, malah angka itu juga 3 kali ganda lebih besar daripada peruntukan RM250 juta untuk NFC Corp yang pernah disensasikan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

Jika dalam isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta jelas termaktub dalam perjanjian bertulis wang pinjaman tersebut perlu dibayar mengikut jadual, namun dalam kes projek Lembah Sireh pula tanah yang bernilai RM318.29 juta itu secara cuai telah dipindah milik tanpa prosedur yang betul.

Ini disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang merekodkan kegagalan projek itu serta turut mengesahkan penukaran hak milik tanah telah dilakukan sewenang-wenangnya, sedangkan sepatutnya hanya selepas keseluruhan projek pembangunan telah selesai dilaksanakan barulah urusan pindah milik kepada Liziz Standaco boleh dilakukan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika mengulas isu ini, katanya mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak itu antara lainnya mensyaratkan pemberian tanah seluas 716.8 ekar itu sepatutnya diikuti dengan sumbangan balas dari Liziz Standaco dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal.

Namun disebabkan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengurus amanah rakyat, tanah tersebut tergadai begitu sahaja tanpa mendapat manfaat yang setimpal sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian.

Berikutan kecuaian pemimpin PAS yang mengurus tadbir negeri dengan berkesan, impaknya menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hak ke atas tanah yang bernilai RM318.29 juta itu, dalam masa yang sama juga mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang hingga saat ini gagal ditunaikan oleh syarikat Liziz Standaco.

Justeru itu, amatlah wajar sekali apabila NGO terbabit mendesak Timbalan Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob mengambil tanggungjawab seterusnya meletakkan jawatan berikutan kerugian tersebut, sementelah lagi kerugian yang ditanggung terlalu besar melibatkan pula harta rakyat dan bukannya harta milik pemimpin PAS negeri.

Menurut Presiden OMBAK itu lagi, pengesahan audit dari LKAN membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat pihaknya Februari lalu berkaitan isu ini ternyata benar. Lebih mengecewakan lagi selepas pendedahan itu, kerajaan negeri tidak pula mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan.

Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan khalayak anak negeri, gerangan siapakah pemilik Liziz Standaco dan apakah hubungannya dengan pemimpin dalam Kerajaan PAS Kelantan?

Entah apa istimewanya Liziz Standaco Sdn Bhd sehingga mendapat kelebihan sedemikian rupa termasuklah secara mudah dibenarkan memiliki tanah milik kerajaan negeri sekalipun sehingga kini masih gagal menyediakan dan menyiapkan pembangunan fizikal yang dijanjikan.

Melihat pada senario kegagalan projek Lembah Sireh serta tergadainya tanah kerajaan yang bernilai beratus juta ini, jelas sekali ia menuntut rakyat Kelantan untuk segera bangkit membantah unsur penyelewengan yang kemungkinan besar memang wujud seperti mana pernah diperkatakan ramai lama sebelum ini.

Jika rakyat Kelantan lambat bertindak dalam menyatakan hak mereka, dan masih enggan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan yang sudah terbukti lemah, cuai dan gagal ini, dikhuatiri kelak masa depan negeri ini pula yang tergadai nanti.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Malaysia ke-12 Paling Berdaya Saing: Bukti Negara Tak Bankrupt

Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap, ke dalam longkang.

Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini. Pada tahun 2010, Malaysia berada di tangga 23.

Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).

Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya.

Dengan laporan Bank Dunia ini, keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini.

Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini.

Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal. Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM.

Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang, pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat. Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat.

Namun, laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan. Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten.

Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tidak Salah Chua Soi Lek Tolak Hudud Pas

Hiruk piruk seketika dunia maya dengan hamburan kemarahan sesetengah pihak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL) menyatakan sekiranya hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud menjadi kenyataan bakal menyebabkan kira-kira 1.2 juta orang kehilangan pekerjaan.

Kebanyakan reaksi balas dari pihak penyokong pro pembangkang, mereka menyifatkan kenyataan CSL itu adalah satu penghinaan terhadap Islam dan disebabkan itu UMNO perlu mengambil tanggungjawab di atas keterlanjuran CSL itu.

Hakikatnya, bukan UMNO ataupun mana-mana pemimpinnya yang perlu dipersalahkan berikutan kenyataan CSL yang sedikit bias itu, sebaliknya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Hadi Awang yang perlu mengambil tanggungjawab dan menanggung bebannya.

Seandainya para pembaca semua imbas semula pertikaian hukum hudud di antara PAS dengan rakan sepakatannya DAP sejak sekian lama, Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya secara sedar atau sebaliknya, telah memberi 'lesen' untuk CSL berkata demikian mengikut pemahamannya.

Misalnya 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menganggap tentangan DAP terhadap Islam bukannya satu kesalahan konon atas alasan DAP bukannya Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Bharu semasa diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP yang seperti sengaja menghina Islam.

Reaksi selamba Nik Aziz itu sehingga kini tidak pernah dinafikan olehnya, dan menariknya semenjak itu, segelintir pemimpin politik bukan Islam kelihatan yakin dengan lampu hijau dari Mursyidul Am PAS itu, sehinggakan kian ramai dari kalangan mereka khususnya dari DAP dengan sewenang-wenangnya mempersendakan hukum hakam Islam.

Barangkali sudah ketentuan Illahi, ngam-ngam 3 tahun selepas Nik Aziz memberi lampu hijau untuk DAP sesuka hati menghina Islam atas alasan DAP bukan Islam, tanggal 12 Ogos 2012 yang baru sahaja dua bulan berlalu, Presiden PAS, Hadi Awang pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa "DAP berhak untuk menolak hudud".

Dalam kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Sinar Harian itu, Hadi berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Karpal Singh serta kebanyakan ahli DAP adalah bukan Islam.

Namun apabila CSL selaku Presiden MCA pula mengeluarkan satu kenyataan bias mengaitkan kesan buruk pada ekonomi negara sekiranya hudud PAS dilaksanakan, kenapa pula para penyokong PAS tiba-tiba sahaja melenting? Walhal, bukankah Nik Aziz & Hadi Awang sendiri sebelum ini secara sedar telah menghalalkan tindakan DAP untuk menghina Islam.

Jika para pemimpin DAP dianggap tidak bersalah bilamana mempertikaikan hukum hakam Islam sehingga berjaya memaksa PAS berlembut dan mengalah sebagaimana terbukti dalam beberapa mesyuarat tertinggi PR sebelum ini, maka usahlah menyalahkan CSL apabila beliau mengambil kesempatan tersebut untuk lebih kritis terhadap hudud PAS.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.