Isnin, 26 Disember 2011

Jemaah An Nadzir






Jangan terperanjat, ini adalah jamaah An Nadzir di kampung Mawang, Bontomarannu, Gowa, Sulawesi Selatan. Identiti kumpulan ini ialah berambut panjang dan diwarnai dengan warna keemasan.

Dalam amalan ibadat mereka merujuk dan berpandukan air pasang surut untuk menentukan idul fitri dan idul adha.

SEMBANG RAKYAT - SIAPA TAJA SEMBANG RAKYAT

Ekonomi Melayu

Data di atas  adalah dari Facebook pembangkang. Ia menggambarkan bahawa sepanjang 50 tahun pemerintahan Umno BN ekonomi orang Melayu masih lemah.

Orang Melayu masih jauh ketinggalan. Pendapatan purata isi rumah Melayu hanya RM 2,711 berbanding Cina RM 4,435  dan India RM 3,456.

Melayu dan bumiputra lain mewakili 66.7 % Cina 24.6 % dan India 7,4 %  itu secara kasarnya.  Jumlah keseluruhan penduduk ialah 28.9 juta ini data akhir tahun 2010.

Ekonomi Melayu memang boleh naik dan kerajaan sedang berusaha untuk menjadikan rakyat terutama Melayu sebagai warga berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun  usaha murni ini telah digagalkan sendiri oleh orang Melayu yang tidak senang hati melihat orang lain berjaya.

Contoh terbaru yang mengambarkan dengki khianat Melayu menjatuhkan Melayu ialah isu kilang Lynas dan isu Feedlot NFC.

NFC beli condo dan kereta mercedes menjadi isu besar macamlah  negara boleh bankrup. Lynas juga ditohmah akan memudaratkan kesihatan penduduk sekitar dengan cerita yang menggerunkan oleh Fuziah Toron.

Tetapi kita lupa banyak kilang haram di Selangor lebih merbahaya daripada Lynas tetapi kerana ia bukan milik Melayu maka tak ada siapa yang bising.

Banyak syarikat bukan Melayu bersepah serata negeri yang mendapat suntikan berbilion ringgit tetapi tidak menjadi isu kerana ia bukan milik Melayu.

Hari ini roti Gardenia pula menjadi mangsa, kenapa? Jawapannya ialah kerana ia milih Melayu. Dahulu kereta BMW dan Audi diedarkan oleh Dato Idris Tulis, kerana tohmahan dan melabelkan kenderaan Barat tidak bagus akhirnya beliau menjual pulut udang dan dihalau dengan hina dari menyewa sebuah presis perniagaan kerana gagal membayar sewa bulanannya. Idris Tulis menjadi miskin, tetapi hari ini BMW dan Audi menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, kenapa tidak dahulu?

Seorang pengusaha tauhu dan tauge dari bangsa Melayu telah meletakkan produknya digerai bukan Melayu, akibatnya satu pasar boikot peniaga tersebut kerana beliau menjual produk yang dihasilkan oleh Melayu. Kalau beginilah sampai bilapun ekonomi orang Melayu tak akan naik.

Orang Melayu lemah dan mudah patah semangat. Ungku Aziz selalu menyatakan bahawa orang Melayu perlu dibantu tetapi sampai bila? Bila kerajaan membantu secara mudah, tak sampai setahun menjadi kecoh seperti isu NFC.

NFC sepatutnya tidak menjadi isu besar, mereka pinjam duit dan untuk sebuah projek 30 tahun dengan jumlah pinjaman RM 250 juta. Dek kerana komen yang tak memuaskan oleh Ketua Audit Negara ia menjadi kambing hitam yang mesti dipancung.

Ingat Audit Negara juga menegur Selangor dan Kelantan tetapi kenapa tak menjadi isu besar di media maya? Kerana orang BN tak kuasa nak cari salah orang. ia berbeza dengan Mak Lampir dan Rafiz Ramli.
Anwar semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan bermacam-macam kerja kotor dilakukannya tetapi tidak ada siapa yang nak besarkan isu.

bersambung/.....

Lagi PKR tinggal batang kering

500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pakatan Rakyat kuat bohong

Dahulu,

Bila kita menang kerajaan pakatan akan isytiharkan Taipusam adalah hari cuti umum negeri Kedah.

Sekarang selepas 3 tahun, habuk pun tarak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.