Isnin, 15 April 2013

MCA tampil 68 muka baru

MCA akan tanding di 37 kerusi Parlimen, 90 DUN pada PRU-13 dengan 68 muka baru termasuk lima wanita dan calon termuda 25 tahun: Soi Lek.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gerakan dapat 42 kerusi Dun dan Parlimen

Gerakan akan bertanding di 11 kerusi Parlimen, 31 DUN dan tampilkan 22 muka baru termasuk lima wanita untuk hadapi PRU-13: Koh Tsu Koon.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PPP dapat 5 kerusi

PPP hari ini sahkan bertanding satu kerusi Parlimen (Kepong) dan empat DUN (Melaka, Selangor, Perak dan Kelantan) pada PRU-13: M Kayveas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah di Pentas Pemuda Kuala Lumpur

Pentas Pemuda "10 Janji Pembangkang Yang Membankrapkan" mlm ini 15/4 jam 9pm diDataran Kuchai,Kuchai Entreprenuer Park,KL. Penceramah: Sdr Lokman Adam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rentetan video ahli parti amalan seks (PAS)

" PAS KAJI VIDEO SEKS ANWAR, kalau bukan Anwar, bagaimana? Tetapi jika terbukti dialah pelakunya, baru kita nyatakan pendirian kita nanti"- Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.

Dalam kenyataan di atas Stopa tak sebut Pas mesti mencari atau mendapatkan 4 saksi untuk mengesahkan perlakuan tersebut.

Tetapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pula pecacai Pas termasuk bekas mufti Perlis yang gila glamour menyatakan penuduh mesti bawa 4 saksi.

Kalau dah masuk CCTV dan disaksikan oleh ratusan ribu mata, maka ia lebih dari 4 saksi.

Ambil contoh lah, dalam sebuah taman yang terpasang siap CCTV seperti di Putrajaya dan taman KLCC, jika berlaku satu kes rogol, dan kejadian itu dirakam oleh cctv, ia sudah memadai untuk pendakwaan di mahkamah.

Mana ada dalam dunia manusia nak buat maksiat ajak 4 saksi, mana ada mangsa rogol akan bawa 4 saksi untuk melihat dia di rogol. Mana mungkin Stopa dan Aljub akan bawa 4 saksi untuk melihat aksi mereka.

Dahulu, Mat Sabu semasa menjaja cerita liwat Anwar dan sehingga menggelar Anwar sebagai 'Al Juburi wal liwati' tidak pernah membawa 4 saksi dipentas ceramah.

Kini Pas pandai2 pulak buka cerita 4 saksi. 99.99 % video tersebut adalah pelakunya pemimpin Pas.

Stopa mengakui itu dirinya dan berlaku 2 tahun lalu. Bermakna dalam tempoh 2 tahun berapa kali mereka bertemu dan bermesra?

Siap pula Stopa menanggung sewa rumah rumah RM 1400 sebulan ( berdasarkan dialog).

Ada pihak menyatakan itu isteri beliau, Wow! Isteri orang Pas ruggud macam tu? Ingat bertudung macam telekung, rupa-rupa ala minah disco brutal.

Hari ini pecacai Pas di facebook semua sudah membisu dan tak berani berdebat lagi seperti hari pertama video terdedah. Semua jadi bisu dan pekak.

Benarlah kata sabahat bahawa Pas bermaksud Parti Amalan Seks dan akhir sekali, sudahkah Pas kaji video seks Anwar?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siapakah calon BN Batu Kurau

Hairan, sewaktu YB Kapt (B) Dato Najimuddin membuat sidang media di SUK minggu lalu sewaktu mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan, ia menampakkan kekecewaan pada bahasa badan beliau.

Apakah beliau menghadapi masalah kesihatan, atau tekanan dari pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan kedudukan beliau sebagai Adun.

Kita semua sedia maklum bahawa beliau bermula karier politik sebagai pagawai agama kepada Mantan Menteri Besar terdahuli, YB Dato Seri Diraja Tajol Rosli. dengan tokoh kepimpinan yang ada pada beliau, Tajol memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi Adun Batu Kurau dan beliau berjaya menewaskan calon lawan dengan mudah.

Akibat daripada pengumuman tersebut, 6 PDM di bawah Dun beliau ditutup sebagai tanda protes. Juga menjadi persoalan.

Hari ini atau esok akan terjawab siapa calon Dun Batu Kurau.

Batu Kurau merupakan kubu kuat BN sejak merdeka lagi dan Allahyarham Dato Seri Kamaruddin Isa yang pernah menjadi Menteri Besar Perak beberapa penggal juga adun Batu Kurau.

Umno Larut hebat daripada Umno Taiping dan Bukit Gantang kerana mempunyai 4 kerusi khusus untuk Umno, tidak seperti bahagian lain yang terpaksa berkongsi dengan komponen lain.

Oleh itu 4 kerusi tersebut menjadi fokus kepada ahli Umno Larut untuk bergelar YB. Lobi melobi menjadi lumrah.

Pun begitu dalam PRU 2008 Umno Larut terpaksa menerima orang luar buat pertama kalinya untuk bertanding sebagai ahli parlimen dan mengenepikan MP yang ada iaitu YBM Raja Dato Seri Hj Ahmad Raja Omar yang ditukarkan kepada kerusi Dun Kubu Gajah dan menggugurkan Dato Jaffri Mohd Yunos.

Apakah Dato Hamzah akan digantikan dengan calon tempatan atau digugurkan, atau bertukar kawasan lain, akan tetapi Dato Hamzah kini telah menjadi ahli Umno Larut berpindah dari Ipoh Barat, juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Posisi Dato Hamzah akan menjadi fokus media hari ini, begitu juga pengganti Najmuddin.

Dua lagi kerusi panas ialah kerusi Raja Ahmad dan Dato Daud.

Taipingmali akan menyokong dan membantu siapa sahaja yang tercalon di Larut Asalkan ia Umno. Rakyat Bersama Umno.

Siapa pengganti Najimuddin? Ust Hasbollah, Ust Kazim atau.........
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN menawan Ipoh

Pemandangan menarik di Flat Kinta Heights, Ipoh.

Bendera BN ini dipasang di keseluruhan tingkat (20 tingkat) di Flat ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Calon disaran usah serang peribadi lawan

Bagan Datoh: Calon parti politik diingatkan jangan mengaib dan menyerang peribadi lawan yang bertanding dalam PRU-13 kerana ia tindakan yang tidak bermaruah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat yang bakal membuat penentuan siapa calon yang layak dipilih sebagai wakil rakyat mereka tetapi bukannya melalui kegiatan memfitnah orang lain.

Tak mahu diaibkan

"Saya fikir parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang tentu sekali tidak mahu tokoh atau calon mereka diaibkan oleh sesiapa kerana ini bukan cara kempen yang bersih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk Kampung Batu 20 di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, untuk mendapatkan sokongan rakyat bukan dengan cara melemparkan fitnah sebaliknya setiap parti harus menonjolkan manifesto pilihan raya untuk memancing undi.

"Jika seseorang itu mempunyai masalah peribadi atau sebagainya, biarlah pengundi yang menentukan, bukan dengan cara memburukkan peribadi calon itu.

Kempen secara sihat

"Kalau kita tidak mahu diaibkan oleh orang lain, kita janganlah cuba mengaibkan pihak lawan kerana perbuatan ini tidak digalakkan dalam Islam," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakan dalam BN dan pembangkang supaya melaksanakan kempen secara sihat untuk meraih sokongan rakyat dalam PRU-13.

"Kita (BN) hanya memerlukan sokongan sekitar tujuh hingga 10 peratus pengundi atas pagar, oleh itu tidak perlu mempengaruhi pengundi dengan menyebarkan fitnah yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.