Khamis, 1 Disember 2011

Mengatasi masalah PATI

Sejumlah 1,595 PATI & 37 majikan ditahan Jabatan Imigresen menerusi 539 operasi penguatkuasaan Program 6P bermula 20 Okt. 2011 - KSU KDN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

20111201 PAU 2011 Hj Md Alwi Ketereh

20111130 PAU 2011 Penggulungan Ketua Wanita UMNO

Benci tetapi ikuti ucapan Najib

Kebanyakan pemimpin Pas suruh pengikut depa boikot TV1 dan TV3. Utusan pun jangan baca tetapi itu semua cerita munapek Pas. Boleh dikatakan semua orang Pas akan mengikuti ucapan pembukan dan penutupan persidangan Umno.

TM tahu sangat perangai orang Pas. Ramai jiran-jiran ialah orang Pas. Sejak zaman Tun Mahathir lagi, setiap persidangan orang Pas akan tonton, pengarang Harakah Dato Mizi sudah tentu menonton dengan penuh teliti setiap baris, setiap ayat yang keluar daripada mulut Presiden.

Sama lah juga halnya dengan bajet atau perbentangan perbelanjaan negara setiap September atau Oktober, orang Paslah yang terngaga depan tv untuk mengikuti setiap hujah yang dilontarkan oleh menteri kewangan.

Hari ini sikap buruk dan sikap munapek Pas terserlah, mereka berbangga dengan perbuatan mereka. Lain kali kalau benci, ambil tv buang ke dalam sungai.

Penceramah PAS Iktiraf Nik Aziz Sebagai Nabi..wmv

Amanat Najib

Presiden UMNO, DS Najib berkata DEB sejelasnya tidak pernah merugikan org bukan Melayu. Antara kejayaan terbesar DEB ialah melahirkan ramai kelas menengah Melayu dan mengasaskan kestabilan sosial. Malah tegas beliau BN sudah 6 dekad mengamalkan konsep negara kebajikan berbanding satu pihak lain yg baru sedar ttg konsep itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sudah 2 kali Najib sebut media sosial

Lebih 5 ribu orang Umno hadir ke perhimpunan Umno kali ini, di luar dewan mungkin 10 ribu lagi berada di sekitar pwtc.

Dan berapa orang pula yang ada akaun twitter dan membaca blog atau memberi komen dalam blog blog pro BN dan komen blog pembangkang?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Larut memancing undi kaum India dan mencela BN





Jangan bersikap munafik wahai Ustaz Mohd Akmal. Kalau kerajaan tak adil, kamu tidak akan hidup senang, emak bapa kamu pun makan gaji dengan kerajaan. Darah yang mengalir dalam tubuh kamu pun ada duit yang diperolehi daripada kerajaan.
Kalau nak memancing undi kaum India pun pancing lah, bagi lah beras, gula, kopi dan sebagainya tetapi jangan ambil kesempatan untuk menfitnah kerajaan.
54 tahun kaum India terbela di bawah kerajaan Barisan Nasional, kalau tidak ada BN siapa yang nak iktiraf mereka sebagai rakyat negara ini. Harap PAS nak bela kaum India dan Cina? Maaf lah. 
Dahulu Pas mengkritik Umno yang bersekutu dengan MCA dan MIC kononnya Umno menerima kaum asing untuk menjadi rakyat negera ini. Pas mahukan semua kaum asing balik ke negara asal. Umno dituduh sebagai pengkhianat dan menjual negara.
Selama : Pengagihan hasil sumber Negara yang tidak adil menyebabkan rakyat tidak menikmatinya secara optimum, demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan  PAS Kawasan Larut, Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin ketika menyampaikan sumbangan kepada 66 orang fakir miskin dikalangan masyarakat India di Markaz PAS Kawasan Larut dekat sini, baru-baru ini.
“Pengagihan yang tidak terurus ini mengakibatkan semua rakyat Malaysia tidak menikmatinya secara optimum, ini menyebabkan rakyat terpaksa menanggung segala bebanan yang ditanggung oleh kerajaan”. Ujar beliau.
Sehubungan itu tegas beliau sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, pengagihan hasil bumi Malaysia ini akan diagihkan secara adil. Oleh itu beliau menyeru kepada kaum India agar membuat perubahan dengan memilih calon-calon Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.[ Pas Larut]

Pas memang kluk klek. Tuduh kerajaan zalim dan mengabaikan rakyat tetapi baru-baru ini orang Pas lah yang paling awal datang ke sekolah untuk mengambil wang bantuan RM 100 setiap murid, seorang ibu daripada penyokong kuat Pas datang sekolah dan sapu RM 600 untuk 6 anak dan RM 400 baucer buku teks yang bakal diterima dua anaknya di IPT. Bapa orang kuat Pas malu nak tunjuk muka takut orang kenal.

Dap dan Pas kata Perak Darul Katun , Yang Ini Bagaimana?



Hampir semua akhbar hari ini menyiarkan permohonan maaf Nga Kor Ming kepada Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.

SETIAUSAHA DAP Negeri yang juga Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming meminta maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta semua pihak yang tersinggung dengan kenyataannya dalam satu siri ceramah pembangkang tidak lama dahulu.

Kor Ming mengaitkan Dr Zambry dengan isu warna kulit pada satu ceramah pembangkang 9 September lalu sebagaimana yang didedahkan oleh Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib  dalam Sidang Dun Perak baru-baru ini. SINAR

Mungkin perkara itu selesai, tetapi bagaimana pun ada satu lagi perkara kedua yang masih mengguris hati rakyat Perak  iaitu perbuatan Nga, Zunar dan Nizar Jamaluddin yang masih melabelkan dan menghina negeri Perak dengan label Perak Darul Katun.
0 comments

Perkuatkan Pemuda

Tm menerima satu sms menerusi phone mengenai PAU Pemuda.

7 kaedah perkuat PEMUDA: (1)Satukn ahli yg ada kekuatan trsendiri utk unitkn satu pasukan yg utuh. (2)Hindarkn personaliti diri negatif seperti warga korporat. (3)Dekatkn diri dgn masy setempat, adakn prgrm utk menangi hati ahli & rakyat. (4)Kuatkn pasukn cywar. (5)Dekatkn diri dgn masjid. (6)Tanamkn roh pejuang di jiwa. (7)Nyahkn ahli yg brmasalah, pengampu & kaki projek.

Sama-samalah fikirkan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.