Rabu, 28 Disember 2011

Kuliah Ustaz Kazim malatop malam ini.

Malam ini Ustaz Kazim menyampaikan kuliah agamanya di masjid jamek Bagan Serai.

Beliau menghuraikan kita Yusof Qardawi dan huraian beliau membuka minda lebih 600 jemaah yang hadir.

Ada isi ceramah beliau mengupas bahawa umat Islam hari ini sanggup berdoa bagi hancur sesama Islam tetapi mendoakan kebaikan dan memberi pujian kepada kafir harbi. Puji bukan sedikit tetapi puji berjabu.

Kapir mati diberi ucapan takziah, bekas menteri yang mati haram tak sebut apa pun.

Pas memang kena balun teruk malam ni. Blogger Manjungmari aka Mat Desa kalau dengar mesti dia hamput Kazim berjabu dalam blog dia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ketua Pengarang Nanyang di panggil oleh KDN

KDN panggil Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau kerana guna kalimah Allah berbentuk logo untuk artikel 'Hukum Hudud Jadi Isu Kontroversi'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PROGRAM MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH KANCHUT"

Dijemput semua rakan2 kemajlis tersebut Pd hari Sabtu 31 Dis 2011 Jam 12thari. Hingga 5 Ptg. Tempat ; Madrasah Salihiah Kanchut Jln Tambang Badak Alor Setar.

Agenda

1. Solat Zohor dan Solat Hajat
2. Tazkirah "KEMULIAAN. BERJIHAD" oleh Ustaz Fathul Bahri
3. Jamuan Rakyat.
4. Mengumpul tandatangan sokongan selamatkan Madrasah Salihiah.
5. Ceramah Khas oleh YB Zulkefli Nordin/YB Hasan Ali.

/// (sebarkan)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa itu CADS

CADS adalah singkatan dari Cerebral Palsy, Autism-ADHD, Down Syndrome-Dyslexia, Slow Learners . Pusat Pembangunan Potensi CADS (Pusat CADS) merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan (Non Profit Organization) . Ditubuhkan dalam tahun 1999 oleh sekumpulan ibu bapa, ahli akademi dan individu yang berminat terhadap pembangunan kanak-kanak istimewa.

Kami kini sedang membuka pendaftaran untuk kemasukan sesi 2012 bagi pendidikan kanak-kanak istimewa di CADS ENHANCEMENT CENTRE dialamat JKR 2925, Pesiaran Ledang off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur .

Sila hubungi :
03-2095 1218 atau Pn. Azura 016-623 7074 atau Pn. Hidayah 013-204 6642

Layari http://care4cads.my/

http://care4cads.my/

CADS Enhancement Centre accepts children from age four through 12 (Chronological age). The Centre also accepts children who are above 12 but whose mental age are below 12 years of age. The children must have been evaluated by any of the multidisciplinary professional in the field for example speech ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.