Ahad, 12 Ogos 2012

Sebangsa,Senegara,Sejiwa, lagi?

Pakatan haram lahir satu slogan oleh pengikut setia mereka dan berbunyi "sebangsa, senegara, sejiwa" .

Mana significantnya slogan tersebut?

Slogan pakatan kunu dan mengundur ke belakang dan bukan dengan keadaan semasa atau menuju kehadapan.

Sebangsa, senegara dan sejiwa telah 55 tahun dipraktikan oleh BN, kini perkataan itu dirangkumi dengan perkataan "1Malaysia".

Slogan apa yang nak dibawa oleh Anwar?

BN lahir dengan slogan "JANJI DITEPATI" ianya cukup baik dan sesuai dengan keadaan semasa. Ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam.

Sebagai contoh pembangkang yang menguasai Selangor boleh disahkan telah banyak mungkir janji.

Manifesto 2008 masih banyak yang tidak dilaksanakan.

Untuk menutup malu, banyak billboard yang mempamerkan janji-janji pakatan telah diturunkan satu persatu.

Mereka yakin ramai rakyat Selangor sudah lupa janji mereka tetapi kami tidak lupa, google juga tidak lupa.

Slogan yang sesuai untuk mereka ialah Sebantal, Sekatil, Setilam, Sebontot, Sejamban tetapi mimpi lain-lain, masing-masing takut lena sebab musuh adalah diantara mereka sendiri.

Pas takut Dap/Dap, Dap takut Pkr/Pas dan Pkr takut Dap dan Pas, takut dibunuh dalam tidur. Masing-masing tidak mempercayai satu sama lain.

Sekian,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ujian Allah dimuka bumi

Kelmarin negara dikejutkan dengan berita cemas, 183 penumpang terperangkap lebih sejam dalam insiden monorel terhenti dengan sendirinya dilandasan udara bukan dalam perut bumi.

Semua mangsa yang terperangkap menjadi panic dan ada yang cerdera kerana cuba menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin tingkap.

Pihak pembangkang ada juga yang cuba memburukkan keadaan dengan menyatakan gerabak senget dan mungkin terbalik dan terhumban ke bawah.

Semua gimik ini terus mencemaskan 183 penumpang yang terperangkap. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab mereka hendaklah mententeramkan semua mangsa yang terperangkap dan meminta bantuan agar segera bertindak dalam kerja menyelamat.

Hairan juga kenapa masa yang panjang diperlukan untuk menyelamatkan semua mangsa.

Pihak mana yang bersalah?

Adalah pihak pengurusan monorel kerana gagal bertindak cepat, atau kegagalan pusat kawalan 999?

Satu hal lagi ialah ia menggambarka betapa pentingnya sistem perkhidmatan awam seperti, LRT, Monorel dan sebagainya di Lembah Kelang.

Insiden semalam berpunca daripada muatan yang melampau sehingga train hilang upaya untuk terus bergerak.

Ia juga merupakan satu ujian kepada pihak pengurusan untuk mengawal had muatan dimasa akan datang.

Selain itu ia merupakan satu ujian Allah terhadap umatnya. Itu baru sedikit ujian, apa akan terjadi seandainya tren yang sedang bergerak dibawah tanah pada laluan Masjid Jamek ke KLCC terhenti tiba-tiba dan semua lampu terpadam?

Sekian .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bapa Benggali mahu Pas kunci mulut

Krisis Hudud dan Negara Islam yang dicanangkan oleh Parti Ajaran Sesat (Pas) telah menyebabkan Bapa Benggali kembali naik angin, sehingga meminta bantuan Tun Salleh Abas bekas ketua hakim yang dipecat untuk mentarbiahkan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Untuk pengetahuan bapa benggali, Pas tidak akan berhenti dan berganjak daripada bercakap tentang hudud.

Hudud lah satu-satunya modal Pas untuk meraih sokongan orang Melayu atau Islam supaya terus mengundi Pas. Walhal Pas telah terang-terang tidak akan melaksanakannya.

Kalau Pas betul-betul nak laksanakan hudup, mereka dah lama laksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Percayalah wahai bapa benggali, Pas hanya beretorik sahaja, so tak payah lah risau dengan hudud Pas.

Hari ini tok-tok guru Pas diarahkan untuk fokus tentang hudud dalam tazkirah terawikh, tazkirah zohor, tazkirah Jumaat dan lain-lain ceramah. Boleh dikatakan setiap hari isu hudud menjadi agenda utama mereka.

Cuma yang melucukan ialah perangai tok-tok guru munafik Pas tidak menyebut pun hukum lain seperti Qisas dan Takzir dalam ceramah mereka. Yang dok pusing dan diulang-ulang ialah Hudud.

Kerajaan BN menolak hudud, menolak hudud bererti menolak hukum Allah, menolak hukum Allah tempatnya ialah neraka.

Pas langsung tak sebut bahawa Pas telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud seperti yang dipersetujui oleh Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Sepatutnya yang akan dihumbankan ke neraka jahanam bukanlah Umno tetapi Pas kerana mempermainkan hukum Allah di muka bumi, depan pengundi Melayu Islam mengaku nak buat hudud tetapi berdepan dengan kapir harbi Dap dan freemason Pkr lain pula cakap Pas.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.