Rabu, 8 Februari 2012

Anak Nizar lambai masuk MRSM Taiping

Nizar 'Lambai' Jamaludin bekas MB Perak yang pernah menyaman kementerian pelajaran hari ini telah hadir ke MRSM Taiping bersama 380 ibu bapa yang lain untuk mendaftar masuk anaknya ke tingkatan 4.

Nizar yang sebelum ini mengkritik hebat Dasar Ekonomi Baru akhirnya akur dan sanggup tebal muka dengan merelakan anaknya masuk belajar di MRSM yang diilhamkan daripada DEB.

Selepas ini jika Nizar mengkritik dasar-dasar kerajaan terutama DEB, eloklah kita pakat-pakat ludah mukanya kerana cakap tak serupa bikin.

Risalah Ceritakan Semua Bantuan Kerajaan Pusat Kepada Kelantan


TANAH MERAH, 7 Feb - Badan Perhubungan Umno Kelantan akan mengeluarkan risalah yang menceritakan secara terperinci semua bantuan kewangan kerajaan pusat kepada Kelantan, bagi menangkis fitnah pembangkang kononnya Umno menzalimi rakyat negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata risalah tersebut akan diedarkan dua minggu lagi.

"Kita sudah rancang lama, saya bersama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, kita nak cerita keadaan sebenarnya supaya rakyat Kelantan tahu bantuan kewangan yang kerajaan pusat berikan kepada Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan di bawah Skim Insentif Tanam Semula Sawit berjumlah RM192,000 kepada 34 peneroka Felda Kemahang 2 di sini, Selasa.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata umpamanya, dalam isu bekalan air bersih, kerajaan pusat banyak membantu kerajaan Kelantan dengan memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM600 juta dan sebanyak RM213 juta untuk menaiktaraf loji air di seluruh negeri ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan menganjurkan lebih banyak majlis penerangan supaya rakyat mendapat penjelasan tepat berkaitan sesuatu isu yang diputarbelitkan pembangkang.

TM Note;

Paling malang ialah Pas telah memutar belitkan risalah ini dengan menuduh Tok Pa telah membohongi rakyat kononnya RM 600 juta adalah pemberian percuma tanpa perlu membayar balik kepada pusat. Lihat petikan dari harakah [sini] [sini] [sini] [ sini]

Massimo VS Gardenia


Nampaknya roti Masimo milik multi billionaire Mr RK  telah menguasai atau mendominasi rak roti Gardenia. Sekali pandang memang tak ada apa-apa pun. Dua kali pandang ia membawa banyak persoalan.

Persoalan atau andaian ialah roti gardenia lebih laris dari masimoo, daripada rak gardenia menjadi kosong, pekedai cuba mengelirukan pembeli dengan meletakkan roti massimo.

Andaian kedua ialah pekedai tersebut telah menyorokkan roti gardenia supaya tak dibeli orang dan hanya menjual roti pesaingnya.

Mungkin tuan-tuan yang membaca boleh membuat andaian sendiri mengenai gambar di atas. Ia dirakam oleh seseoarang di sebuah kedai franchise yang bernama MyNews di Kuala Lumpur.