Rabu, 7 Mac 2012

Wartawan M'Kini menang Wartawan Online Terbaik





9:23AM Jul 5, 2011




Wartawan Malaysiakini, Aidila Razak menerima Anugerah Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) bagi kategori Wartawan Online Terbaik.

Beliau menerima RM5,000 dan sebuah plak daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Malam Anugerah NPC-Naza 2011 di Kuala Lumpur, malam semalam.

Aidila , 27 menyertai Malaysiakini pada Oktober 2009 selepas tamat pengajiannya dari Univerisiti Queensland, Australia dalam bidang ekonomi dan kewartawanan.

"Saya berterima kasih atas penghormatan dinamakan sebagai wartawan online bagi tahun ini, lebih-lebih lagi ini tahun pertama anugerah itu diperkenalkan.

"Saya berharap bagi tahun-tahun mendatang, lebih ramai penyertaan akan diterima dan lebih banyak hasil usaha wartawan online akan diiktiraf, khususnya dalam tugas membekalkan kepelbagaian berita dan pendapat dalam lanskap berita Malaysia,” katanya.

Pada majlis itu, Aidila memakai baju hitam yang bermotif bunga serta sekuntum mawar kuning terselit di rambutnya sebagai tanda bantahan terhadap kekangan kebebasan bersuara berhubung perhimpunan BERSIH 2.0.

"Anugerah ini bukan sahaja pengiktirafan terhadap kerja-kerja Malaysiakini tetapi peringatan kepada kami untuk terus melaporkan dengan penuh tanggungjawab secara bebas dan jujur.

"Peranan Malaysiakini sebagai pertubuhan bebas kini semakin mencabar apabila rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai maklumat yang bercanggah mengenai perhimpunan 9 Julai,” katanya.

Pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan, yang hadir bersama berkata Aidila memang calon yang tepat bagi mendapat pengiktirafan itu.

Tanda protes

"Aidila menyertai Malaysiakini kurang dua tahun lalu. Beliau antara wartawan rookie kami yang bijak. Beliau menpunyai potensi untuk menjadi wartawan cemerlang dalam tahun-tahun akan datang,” katanya.

Menurut Gan, wartawan Malaysiakini yang menghadri majlis itu berpakaian tali leher dan bunga kuning sebagai tanpa protes senyap mereka tehadap tindakan kerajaan mengekang kebebasan media di negara ini.

Najib turut menyampaikan Anugerah NPC-Tan Sri Nasimuddin SM Amin 1Malaysia kepada pelumba basikal negara Azizulhasni Awang di atas sumbangan beliau terhadap sukan negara.

Anugerah Pencapaian Seumur Hidup NPC-TM diberikan kepada bekas Pengarang Berita Bernama, Musa Scully yang telah berkecimpung selama 30 tahun dalam dunia kewartawanan dan 16 tahun dalam bidang perhubungan awam.

Khalidah Adibah Amin, 74, atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin menerima Anugerah Legenda Media NPC-AmBank.

Musa dan Adibah Amin masing-masing menerima RM10,000 dan plak.

Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai menerima Anugerah Personaliti Media NPC-Celcom sementara Presiden NPC, Datuk Ahiruddin Atan atau Rocky Bru menerima Anugerah Ikon Media NPC-Maxis.

Anugerah lain.

Wartawan The Star, Shahanaz Habib (Wartawan Terbaik NPC-SCOMI (RM10,000 dan plak)

Melissa Ong dari NTV7 (Wartawan Muda Terbaik NPC-Celcom) (RM5,000 dan plak)

www.paultan.org (Penulis Blok Terbaik NPC-Sime Darby (RM3,000 dan plak)

Apa yang menarik mengenai wanita ini ? Untuk jawapan sila masuk ke link di bawah

 http://mymassa.blogspot.com/2012/01/ini-ke-taraf-wartawan-terbaik.html

Rayuan seorang peguam




http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2012/03/alleged-fugitive-lawyer-responded.html

Bila otak dan akal sudah basi macam milo suam

Sesekali buka juga blog ini, tetapi bila buka rasa ralat sangat sebabnya ialah bahan yang disajikan kepada pengunjung macam hampas, blog yang penuh fitnah dan pembohongan, penulisan padat dengan dengki khianat. sama kelas atau sama taraf juga dengan blog Manjongmari.

MM marah pada TM kononnya menyatak kan auta dan bukan fakta mengenai dirinya, Wei! TM hanya lambung isu sikit sahaja tetapi yang menokok tambah ialah rakan-rakan anda dalam navy dahulu...mereka tahu seluar dalam apa yang MM pakai.

Milosuam yang cantik manis. ranking dunia 44, 007, ranking dalam Malaysia 541 dan mempunyai link di blog lain sebanyak 920 . Ini bererti blog pembangkang masih menguasai dunia maya , cuba mereka kurang menyerlah berbanding milosuam dan tukar tiub yang havoc.

JAP gantikan JPAM dan RELA





Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian melahirkan rasa penghargaan yang sangat tinggi dari PAS Perak kepada seluruh anggota Jabatan Amal khususnya di Perak yang telah banyak membantu PAS Perak dari segala sudut.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis Hari Keluarga Jabatan Amal Perak bersama pimpinan PAS Perak di Hulu Kinta Ipoh.

Menurut beliau, PAS sangat menghargai Jabatan Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu yang mana hari ini Jabatan Amal semakin mengorak langkah megah sebagai sebuah pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan.

Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu yang menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat, jelas beliau.

Memetik ucapan beliau,

“ Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, ahli Jabatan Amal gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela”

“Begitu juga dalam peristiwa banjir besar yang berlaku di seluruh negara ahli Jabatan Amal akan memberikan sumbangan yang besar dalam aspek kebajikan”

Malah ramai diantara ahli Jabatan Amal mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarbangsa”

Dalam ucapannya juga, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa ahli Jabatan Amal sebagai golongan yang sedia memberikan khidmat secara ikhlas kepada masyarakat tanpa ada apa-apa ganjaran menarik.

Beliau seterusnya menyeru masyarakat setempat yang hadir agar turut serta dalam Jabatan Amal ini agar jabatan ini dapat diperkuatkan lagi fungsinya.



TM_NOTE;


Wah ! Hebat sungguh Pas hari ini, cuma nak tanya lah beberapa soalan, Jabatan Amal Pas ini pertubuhan yang sah atau haram? 


Kalau sah boleh tunjukkan sijil pendaftaran ROS dan ia merupakan satu unit beruniform maka ia tertakluk di bawah pengawasan KDN, bagaimana dengan JAP?


Kalau ia berselindung dalam Pas, adakah akta atau perlembagaan Pas membenarkannya? Harap PDRM dan KDN dapat menyiasat kedudukan Jabatan Amal Pas ini. Kita tidak mahu peristiwa Memali dan Jenalik berulang lagi.

Konsert Pemuda PAS Larut: Slot Karaoke Suci dalam debu kelakar tue.....



PAS LARUT menghalalkan hiburan yang dahulunya dianggap najis, Tahun lepas Pas Larut pernah mengharamkan karaoke dan mendesak MPT merobohkan warung-warung kopi yang menyediakan set karaoke.

Allah bayar cash, dulu cakap lain dan sekarang jadi sendiri kepada Pas dan nak kata apa lagi?

PAS hanya pandai mengkritik orang lain, sekutu sendiri?