Jumaat, 25 Oktober 2013

Sokong Azam Bermakna Sokong Penentang Almarhum Tan Sri Azizan

 
Almarhum Tan Sri Azizan selama memegang jawatan Menteri Besar Kedah telah berusaha sedaya upaya dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam yang sebenar.  Ketika hayatnya, arwah cukup jelas menyatakan perbezaan antara PAS dengan Islam atau parti dengan kerajaan.  Beliau enggan mencampuraduk kedua-duanya tidak kira apa pun yang dihadapinya.  Kerana itu beliau menghadapi cabaran yang begitu berat dalam menerajui negeri Kedah.   
 
Biarpun apa kelemahannya dalam pentadbiran, keikhlasan beliau terhadap rakyat tidak dapat dinafikan.  Beliau begitu takut untuk menerima sebarang pemberian, yakni 'hamper' sekali pun.  Malah, sering mengembalikan wang yang diberikan kepadanya oleh tauke-tauke besar mahupun tauke-tauke 'alibaba' yang mana menyebabkan beliau dimusuhi mereka. 
 
Mungkin menyedari kekurangan beliau dalam ekonomi dan pentadbiran, maka beliau tidak segan silu meminta nasihat, hatta dari musuh sekali pun, demi kesejahteraan negeri.  Namun, malang sekali keikhlasan dan kejujurannya menyebabkan beliau menjadi sasaran mudah para penipu dan pendengki.  Justeru, nama beliau diburuk-burukkan dan difitnah oleh mereka-mereka ini. 
 
Apa yang mengejutkan ialah mereka-mereka yang memusuhi beliau ini, pada hari ini menggunakan nama beliau untuk berkempen di PRK Sungai Limau.  Calon PAS, iaitu Azam Samat diwar-warkan sebagai anak didik arwah Tan Sri Azizan.   
 
Hakikatnya, Azam Samat bukan sahaja tidak pernah rapat dengan arwah tetapi merupakan dua pupu kepada orang yang paling hebat memusuhi arwah, iaitu Phahrolrazi, bekas Exco Kedah.  Siapa tidak kenal Phahrolrazi yang pernah mencabar arwah secara terbuka dan memberi gelaran yang begitu buruk kepada Tan Sri Azizan.
 
Tidak cukup dengan itu, Phahrolrazi turut memfitnah Tan Sri Azizan dan keluarga. Semuanya kerana ingin merebut projek penyelenggaraan jalanraya sejauh 2148km yang merangkumi 12 daerah.  Kos yang terlibat adalah RM60 juta bagi 10 tahun. 
 
Tan Sri Azizan difitnah oleh Phahrolrazi sebagai memberi projek tersebut kepada kroni UMNO melalui syarikat milik isterinya, To' Puan Faekah.  Kononnya projek tersebut bernilai RM600 juta. 
 
Cerita ini dicanang seluruh Kedah sehingga menyebabkan ramai yang memandang serong kepada Tan Sri Azizan. 
 
Apa yang berlaku ialah Tan Sri Azizan ingin merancakkan aktiviti anak syarikat kerajaan negeri dengan memberikan projek tersebut kepada STDC yang bernaung di bawah PKNK dalam rancangan 'Kedah Gemilang'.   Tujuan beliau adalah murni iaitu bagi menjana ekonomi negeri.  
 
Sesuatu yang sukar untuk dipercayai oleh orang-orang politik ialah, Tan Sri Azizan tidak pernah gilakan jawatan atau wang, dan arwah langsung tidak kisah jika projek jalanraya tersebut memakan masa 10 tahun di mana terdapat kemungkinan dalam tempoh tersebut, UMNO akan mengambil-alih kerajaan negeri. 
 
Ini yang menyebabkan ramai pemimpin PAS tidak puas hati. 
 
Yang paling sakit hati ialah Phahrolrazi.  Phahrolrazi inginkan projek tersebut diberikan kepada syarikat HCM Sdn Bhd.  Apa yang difahamkan ialah anaknya merupakan antara pemilik syarikat tersebut.  Kegagalan beliau meyakinkan Tan Sri Azizan untuk mengikut cakapnya telah mencetuskan dendam kesumat yang begitu kuat sehingga tidak dapat dirahsiakan lagi.   
Busuknya hati Phahrolrazi ini sehingga dapat dihidu oleh semua rakyat Kedah.  Tidak hairanlah ramai yang mengesyaki beliau turut mensihirkan Tan Sri Azizan, Wallahualam.
 
Fitnah ini terlalu besar dan kutukan Phahrolrazi terhadap arwah terlalu kejam.  Justeru, kita tidak faham kenapa PAS sanggup meletakkan dua pupu kepada Phahrolrazi sebagai calon pengganti Tan Sri Azizan. 
 
Sekadar mengingatkan pengundi Sungai Limau, ketepikan dulu soal parti dan lihatlah dari segi fakta.  Bukankah memilih Azam, umpama memilih Phahrolrazi?  Di mana semangat Tan Sri Azizan yang meletakkan kebenaran mengatasi parti dan agama mengatasi politik? 
 
Ingatlah, melantik Azam sebagai wakil Sungai Limau bukan sahaja umpama menentang Tan Sri Azizan, tetapi seolah-olah turut mempersenda To' Puan Faekah dan seluruh keluarga beliau. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.