Jumaat, 2 Disember 2011

Ceramah Bongkar diteruskan malam ini

Ceramah Bongkar malam ini 2/12 jam 9pm di Kg Sedim Lindungan Raja, Sedim,Kulim. Penceramah : Sdr Lokman Noor Bin Adam. 280BF393
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kos bahanapi semakin murah untuk pengangkutan awam



Hari ini TM menaiki bas ekspress versi baru untuk ke KL. Bas ini milik KBES masih bau kilang lagi.

Apa yang menarik ialah bas ini menggunakan NGV seratus peratus.

Menurut pemandu bas tersebut,  ia dapat menjimatkan sehingga 70 peratus kos bahanapi.

Kuasa yang diberikan tidak mengecewakan. Kelajuannya cukup lancar dan sudah tentu tiada lagi bau busuk minyak disel.

Pun begitu, harga tiket tetap sama , Taiping ke KL berharga RM 24.70 .

Akan datang kemungkinan bas akan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya seperti superbus yang telah dimajukan di German baru-baru ini.

Terima kasih kerajaan BN yang berjaya membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.

Hanya puak-puak pembangkang sahaja yang tidak tahu bersyukur akan nikmat yang diberikan kepada kita.

PKR makan hati dalam isu NFC



Pihak polis telah mengesahkan tidak ada pecah amanah dalam isu NFC. Ini sudah tentu membuatkan Mak Lampir dan Rafizi Ramlee akan menuduh polis bekerjasama dengan NFC dan Shahrizat.

Tak puas dengan itu, Nizar Jamaluddin pula tambah lagi kononnya baju dalam atau anak baju Shahrizat berharga RM 26 ribu. Kepada kaum wanita terutama public figure berhati-hati lah apabila membeli pakaian dalam atau sewaktu menjemur di ampaian, sebab takut Nizar dan konco-konconya akan skodeng dan merakam gambar.  AWAS BILA BERDEPAN DENGAN NIZAR!!!!

Berbalik kepada NFC, Mak Lampir dan Rafizi mengkritik hebat NFC dengan mencela kerana membeli hartanah iaitu dua buah condo dan juga kononnya membeli kereta mercedes.

TM nak tanya kepada mereka berdua, apakah satu kesalahan apabila sebuah syarikat membeli hartanah dan kenderaan atas nama syarikat?

Inilah agenda jumud yang sengaja dimainkan oleh dua ekor lembu PKR.  TM harap selepas ini , apa kata mereka pertikaikan syaraikat-syarikat besar lain yang membeli banyak kenderaan. Juga mereka perlu pertikaikan aset-aset rumah peranginan yang dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.

Jika kita ke Pulau Pinang, Cameron Highland dan Port Dickson, kita akan lihat banyak rumah-rumah percutian yang tertera nama-nama syarikat seperti   Cottage Bintang di Cameron Highland milik akhbar The Star, Rumah Rehat TNB di Pantai Batu Peringgi Pulau Pinang dan sebagainya. Apakah itu menjadi satu kesalahan?

Kepada Rafizi dan Mak Lampir, sudah lah ! Jangan dok merepek dengan cerita-cerita dungu...kerana ia menggambar kedunguan anda sendiri.

Cuba Rafizi Ramli cermin semula diri kamu, siapa kamu jika tidak ada kerajaan Umno yang memerintah. Kamu anak orang kampung di hulu Terengganu, kerana bijak dalam persekolahan, Umno bawa kamu untuk belajar di MCKK, semua belanja ditanggung oleh Umno, masuk kolej dan universiti di London pun kerana Umno,  balik ke Malaysia kamu makan gaji dengan syarikat-syarikat gergasi yang semuanya wujud kerana perjuangan Umno selama lebih 60 tahun.

“Perjuangan Belum Selesai”



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Cerita pasal baju dalam dan saiz payu dara pulak


Habibah’s bra-zen broadside




TANJONG Karang Wanita chief Datuk Habibah Mohd Yusof (pic) said PAS Bukit Gantang MP Datuk Seri Nizar Jamaluddin had claimed at a ceramah that Wanita Umno head Datuk Seri Shahrizat Jalil had a bra costing RM26,000.

“If Kak Ijat's bra costs RM26,000, I wonder how much mine would cost since my size is bigger,” she added, almost bringing the house down.

As the laughter subsided, she continued: “I am really amazed. This PAS man has a special ability to see through clothes. I advise all the Wanita delegates to beware of him from now on.”

“Or maybe, this former Perak Mentri Besar has feelings for Kak Ijat. After all, she is the Malaysian Aishwarya Rai,” Habibah said, referring to the famous Bollywood star.

“All this shows the opposition are out of ideas and resorting to personal attacks,” she added to applause, both hearty and merry.

Habibah said that Wanita was very popular with the rakyat and it was the cause of the opposition envy.
www.1taipingmali.com/

Tanah runtuh di PJU 8/8 Damansara Perdana



Dalam jam 8.30 sehingga jam 10.30 malam ini, penduduk pangsapuri Flora Damansara melaporkan terdapat beberapa runtuhan batu dari puncak bukit .

Runtuhan batu-batu tersebut jatuh ke dalam kolam yang terbentuk daripada kerja kuari batu granite. Kuari tersebut telah beberapa tahun dihentikan dan kini tapak bersebelahan kolam tersebut sedang dibina taman peringatan oleh to' kong cina dan bersebelahannya telah diwartakan sebagai tapak masjid Damansara Perdana.

Buat masa ini MPPJ telah menghantar kakitangan ke tempat kejadian untuk membuat pemantauan dan penilaian.

Di puncak bukit berkenaan terdapat menara pemancar radio dan juga rumah jutawan Emkay

Tak perlu melobi, Najib dah nampak siapa yang layak




PERGERAKAN Pemuda Umno Malaysia meminta semua perwakilan Pemuda yang menghadiri Perhimpunan Agong Umno supaya tidak menggunakan peluang tersebut untuk melobi pihak tertentu supaya dicalonkan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Exco Pemuda, Hisamuddin Yahaya berkata, setiap perwakilan Pemuda sepatutnya menghayati amanat yang disampaikan Presiden dan Timbalan Presiden serta merapatkan perpaduan di kalangan lapisan pemuda sekaligus menentukan hidup mati pergerakan sayap kanan parti politik Melayu terbesar negara tersebut.

Untuk info seterusnya sila masuk ke [ klik]