Khamis, 2 Ogos 2012

Waythamoorthy kembali ke Malaysia

Pemimpin pertubuhan haram Hindraf P. Waythamoorthy akhirnya kembali ke Tanah Melayu setelah melarikan diri sejak November 2007.

Passport beliau telah dibatalkan pada April 2008.

Beliau berkata Hindraf tidak akan menjadi parti politik tetapi akan terus memperjuangkan hak orang India di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AL-Fatihah

TM mengucapkan takziah kepada blogger Semut Hitam atas kehilangan ayahandanya yang telah kembali ke Rahmatullah jam 3 pagi tadi di Hospital Bentong, Pahang.

Mohon diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan mendapat rahmat Allah, Amin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yeop Aziz buka radio swasta. jom dengar

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/295968_2091169155057_1029986390_n.jpg
DJ Yeop

Kepada pendengar radio Perak FM tentu mengenail DJ Yeop Aziz. Sebelum bertugas di Perak beliau pernah bertugas di THR .. bersama Dj Nasha, Abby Fana, Richie Rachmond dan ramai lagi. Kini THR dah tak bergegar lagi lalu Yeop membawa diri ke Taiping Perak. Tak lama kemudian dengan bantuan OBA beliau diterima bertugas di Perak FM.

Sebelum itu Yeop adalah DJ Freelance, sering dilihat dimajlis-majlis koperat dan sebagainya. Yeop pernah top dengan Perodua Kembara dan setelah Kembara hancus kerana terlalu banyak perbatuannya, kini beliau menggunakan Perodua Myvi untuk tujuan promosi pelbagai-bagai acara. Siapa tak kenal Yeop. Yeop juga penggemar Radia Amatur. Kata Yeop dia pernah ditahan polis kerana asyik dok beradio atas skuter Modenas Legend beliau. Itu dulu punya cerita. 


Abdul Aziz Mohamed Desa

Assalamualaikum kepada seluruh sahabat saya di laman maya FB ini..saya nak mengumumkan sesuatu yang saya harap mendapat sokongan dari anda semua dan juga dari kawan kawan anda di FB atau apa cara sekalipun ..dari mulut ke mulut dan lain-lain cara.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dengan ini saya telah dan dalam proses mengujudkan satu lagi stesyen radio swasta di negeri Perak ini berjenamakan
CAYORFM...buat masa ini saya sedang menjalankan UJIAN SIARAN melalui laman web ini www.cayorfm.org . Oleh itu silakan untuk mendengar,menilai,memberi pandangan,menambah baik mutu siaran dan apa apa sahaja yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama..terima kasih saya dahulukan untuk semua yang memberikan sokong.

Jom dengar radio di website beliau.

SRIA Bantu Rakyat Perak Miliki Rumah Impian

Dengan bayaran balik serendah RM218 sebulan dan tanpa sebarang faedah, rakyat Perak yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan kini berpeluang memiliki rumah sendiri di bawah Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) yang dilancarkan oleh kerajaan negeri, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran SRIA, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata skim baru yang diperkenalkan kerajaan negeri di bawah agensi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) itu bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“Rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 layak mengemukakan permohonan kepada YBUDR yang mana skim ini menawarkan harga paling murah tanpa dikenakan sebarang kadar faedah.

“Bagi pemohon yang berjaya, mereka hanya perlu melunaskan yuran pendaftaran sebanyak RM200, kos perundangan/insurans berjumlah RM1,000 dan bayaran bulanan berjumlah RM218 bagi tempoh 20 tahun bagi melangsaikan pinjaman bernilai RM50,000 untuk membiayai kos pembinaan,” katanya.

Sementara itu, Zambry yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YBUDR, berkata sebagai permulaan, 180 buah rumah akan dibina di bawah skim berkenaan dengan dana suntikan awal berjumlah RM10 juta.

Walaupun terhad, kerajaan negeri katanya, mahu ia menjadi titik permulaan kepada usaha membantu rakyat Perak khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“SRIA merupakan cadangan kreatif yang diperkenalkan kerajaan negeri bagi memanfaatkan dana RM10 juta yang diluluskan bawah Bajet 2012 yang khusus untuk membina rumah kediaman bagi rakyat yang berpendapatan rendah,” katanya lagi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri katanya, berharap supaya peserta skim dapat melangsaikan pembayaran hutang mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Zambry berkata, kerajaan negeri mahu menyediakan kemudahan perumahan yang selesa kepada rakyat kerana ia merupakan keperluan asas dalam kehidupan.

“Skim ini diperkenalkan untuk memenuhi keperluan rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dan bukannya projek kroni Menteri Besar,” katanya.

Tambahnya, rakyat yang berjaya menyertai skim itu juga dapat menjimatkan wang mereka sebanyak RM1,600 setahun atau RM133 sebulan dalam tempoh 20 tahun kerana tidak perlu membayar faedah bagi mendapatkan pinjaman berjumlah RM50,000.

Di bawah SRIA, rakyat yang menikmati skim perumahan ini tidak perlu membayar kadar faedah pinjaman sepanjang tempoh pembayaran. Ini merupakan komitmen kerajaan negeri Perak dalam usaha membina upaya kehidupan rakyat.

Segala urusan yang berkaitan dengan perundangan dan pemantauan pembayaran adalah melalui pihak YBUDR sendiri

Skim ini merupakan program bantuan perumahan yang diberi kepada kumpulan keterbawahan yang memenuhi syarat yang ditetapkan dengan pembinaan sebuah rumah tiga bilik berkeluasan 800 kaki persegi.

Kelayakan pemohon mestilah rakyat berumur 18 hingga 50 tahun tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang usang dengan tempoh bayar balik dari 10 tahun hingga 20 tahun dengan syarat peminjam tidak melebihi umur 60 tahun di akhir tempoh pinjaman. PERAK TODAY

UFB - Fitnah Datin Seri Rosmah & Farid Ismeth Datang Dari Orang Fasik