Khamis, 3 Januari 2013

Hadi Hina Guru

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sokong Pas Hanya Kerana Menganggap Ia Jihad

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rakyat Nantikan Penjelasan Shamsidar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalimah Allah Untuk Bible Versi Melayu Sahaja

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa niat sebenar Hadi! (Utusan)

DATUK Zulkifli Noordin ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah.

Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam bersiaran secara langsung untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Haji Hadi yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub dan ahli seumur hidup Pas, CN Al-Afghani melalui bukunya Kafirkah Aku!.

Desakan Abdul Hadi turut disokong oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara dan membela diri.

Saya tidak menafikan syariat Islam mewajibkan mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu yang membabitkan dirinya. Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut seseorang diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Apa yang saya pertikaikan ialah amalan politik dua alam, cakap tak serupa bikin dan demokrasi hipokrit amalan pembangkang.

Contohnya, mengapa semasa Pas membat keputusan memecat Datuk Dr. Hasan Ali, beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Malah, Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau. Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat!

Mana suara Nik Aziz atau Abdul Hadi semasa itu. Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali, malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak diberi hak bersuara, malah tak diberi notis!

Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat al-Quran dan hadis serta hukum Islam dicedok dan digali untuk melapik tuntutan serta desakan mereka!

Ini pada saya adalah amalan politik jijik dan kotor kerana mempergunakan syariat Islam hanya untuk kepentingan politik peribadi!

Kedua, Abdul Hadi perlu ingat, beliau ada ruang di Harakah dan media-media portal pembangkang yang lain untuk memberi penjelasan. Apatah lagi dengan dunia Internet, beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di Youtube dan media lain. Malah beliau boleh buat rakaman dalam bentuk CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai.

Dalam keadaan ruang cukup luas yang ada untuk beliau memberikan penjelasan, Abdul Hadi memilih untuk mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkah ini menimbulkan keraguan tentang niat sebenar beliau?

Selanjutnya, Abdul Hadi perlu ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Haji Hadi 1981 itu ialah seorang pengikut taksub dan bekas ahli seumur hidup Pas.

CN Al-Afghani bukan calang-calang orang. Beliau pernah duduk dipimpinan Pemuda Pas Negeri. Malah Naqib usrah beliau ialah arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Pas! Beliau juga pejuang mujahidin di Afghanistan dan Kashmir. Malah beliau pembela balu syuhada Memali dan tinggal bersama mereka! Dan beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)!

Beliau yang membongkar kesan Amanat Haji Hadi 1981 melalui bukunya Kafirkah Aku!.

Beliau turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub dengan Amanat Haji Hadi itu sehingga mengkafirkan ahli keluarganya sendiri yang menjadi ahli atau penyokong UMNO!

Berikutan pendedahan beliau, ramai lagi pengikut taksub Pas yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi tampil ke depan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang sangat menyesatkan akibat amanat itu.

Kita dengar mereka menceritakan tentang nikah kali kedua, sembelihan keluarga sendiri daripada kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah umat Islam daripada UMNO, solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak mehnah akibat Amanat Haji Hadi.

Jadi pada saya, Abdul Hadi tidak perlu beri penjelasan kepada umat Islam berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Kami semua sudah faham bahawa amanat itu sesat dan bercanggah dengan akidah/ syariat Islam. Malah para ulama, mufti dan ahli agama telah memberikan fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Haji Hadi itu sesat dan bercanggah dengan syariat Islam.

Jadi umat Islam bangsa Melayu serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan faham penjelasan Abdul Hadi kerana kami sudah tahu. Malah kami tidak pernah mengikut pun Amanat Haji Hadi itu.

Yang perlu tahu, dan yang perlukan penjelasan ialah para pengikut taksub Pas dan Abdul Hadi yang sehingga ke hari ini tidak menyedari tentang kesesatan Amanat Haji Hadi tersebut. Sehingga hari ini ada yang masih mengkafirkan saudara seagama dan sama akidah hanya kerana amanat itu.

Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status 'mati syahid' Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang lain yang mati terbunuh dalam Peristiwa Memali.

Kalau Amanat Haji Hadi itu tidak betul, bagaimana keadaan jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan dalam keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat anggota polis yang satu akidah turut dibunuh kononnya halal kerana 'Polis UMNO'!

Apa nasib mereka ini semua?

Kepada mereka ini yang Abdul Hadi wajib berikan penjelasan. Mereka mahu tahu benarkah UMNO kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan kafir serta jahiliyah!

Kalau begitu kedudukannya, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Januari 2003, Abdul Hadi membuat 'Amanat Hadi' yang menyatakan peruntukan mengenai Islam cukup seperti dalam Perlembagaan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RIP Kanang anak Langkau

Seorang pejuang battalion Renjer Temenggong Datuk Kanang dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Umum Kuching.

Takziah kepada keluarga beliau, Jasa Kanang akan terus menjadi lagenda dan akan dikenang selagi ada negara yang bernama Malaysia.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fakta bukan auwtar !!!

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yg diharamkan.

Tahukah korang semua apa kaitan Chin Peng ni dgn Ngeh Koo Ham?

Dia adalah bapa saudara kpd Pengerusi DAP Perak tu.

Tahukah korang semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dan Ngah Kar Meng?

Mereka adalah sepupu yg tentunya berkongsi bapa saudara yg sama, si Chin Peng tu.

Dan tahukah anda apa hubungan Nizar Jamaludin, bekas MB Perak tu?

Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Meng. Ini bermakna Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Meng adalah sepupu manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kpd Chin Peng!

Apa pula kaitan mereka dgn Mat Sabu yg mnganggap pengganas komunis tu adalah pejuang kemerdekaan yg sebenarnya?
Dan apakah alasan Mat Sabu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam Pihak Bekalan Air Pulau Pinang dgn elaun sebanyak RM15k sebulan?

Jawapanya tidak lain dan tidak bukan adalah Mat Sabu diumpan wang ringgit oleh DAP utk mjadi ayam jantan berkokok utk cuba membersihkan imej ganas Chin Peng dan Parti Komunis Malaya di mata rakyat Malaysia dgn cuba mewujudkan gambaran bahawa mereka adalah pejuang kemerdekaan negara yg sebenarnya bagi tujuan membawa balik Chin Peng dan bekas anggota PKM pulang ke Malaysia tanpa tentangan rakyat.

Bukalah mata wahai org2 Melayu PR terutamanya PAS bgamana pemimpin korang digunakan oleh cina DAP bg mnjayakan agenda mereka
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

IC orang India, Isu atau Tipu

Saudara Ramesh Rao Krishna Naidu Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia telah ditemubual oleh BNSTREAMS mengenai topik yang hangat yang dibangkitkan oleh Parti Pembangkang iaitu isu 300 ribu orang India tidak mempunyai warga negara atau kad pengenalan biru.

Ramesh ditemubual oleh Saudara Mahadi Mahbol.

Ramesh berpandangan isu ini sengaja diperbesarkan oleh puak-puak pembangkang untuk meraih undi.

Apa yang disebut oleh Saudara Ramesh adalah sama apa yang TM ulas dalam entry semasa pembangkang menyerang JPN di Putrajaya. Kita juga dapat melihat bagaimana biadabnya Lateefa Kuya Kutty menyerang pegawai JPN dengan bahasa yang kesat.

Sehingga hari ini pembangkang gagal menjawab cabaran Hishamudin Tun Hussin Onn agar mereka membuktikan kewujudan 300 ribu orang India yang tidak mempunyai kad pengenalan. Sampai hari ini mereka diam dan terus membisu apabila dicabar oleh kerajaan.

http://t.co/xPen9aq
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.