Jumaat, 16 Ogos 2013

Akhirnya DAP tonggeng bontot dan Angkat Bendera Putih

Akhirnya DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sepertimana yang diarahkan oleh ROS. Keputusan ini agak mengejutkan memandangkan Mesyuarat Tergempar parti itu Isnin lalu baru sahaja memutuskan bahawa pemilihan semula bukanlah satu opsyen. Dalam kenyataan media selepas mesyuarat tersebut, Lim Guan Eng telah mempamerkan sikap kiasu-bodoh dengan memberi syarat pula kepada ROS agar mengemukakan fakta tentang kenapa pemilihan semula perlu diadakan.

Akibatnya, tindakan Guan Eng untuk terus menerus berdolak dalih menyebabkan kredibiliti beliau dan juga DAP hancur lebur. Beliau yang sebelum ini dikecam kerana tidak tahu mengira, diejek pula sebagai pengecut. Keengganan beliau mengadakan pemilihan semula membuktikan bahawa Guan Eng seorang rasis dan penipu apabila dengan sengaja menafikan hak wakil India untuk memilih.

Mungkin menyedari keadaan semakin buruk bagi DAP, maka parti itu bermesyuarat sekali lagi semalam dan memutuskan untuk akur dengan arahan ROS.

Memandangkan DAP telah pun mempunyai rekod menipu yang cukup 'mengagumkan', maka kita wajar menerima keputusan DAP dengan dengan penuh hati-hati.

Justeru, kita menunggu Ambiga yang amat 'obses' dengan 'kebersihan sistem pengundian', untuk menggerakkan BERSIH sebagai pemantau bagi pemilihan semula CEC DAP. Kita tidak mahu DAP sekali lagi membelakangkan wakil-wakil dari kaum Ambiga sendiri dalam menjalankan hak mereka sebagai ahli parti.

Malangnya, Ambiga nampaknya langsung tidak prihatin dengan nasib kaumnya yang dipinggirkan oleh DAP melalui pemilihan parti paling kotor dalam sejarah. Mungkin Ambiga tidak lagi mempunyai semangat keIndiaan yang tinggi kerana turut percaya kepada kesamarataan total yang membawa erti Ketuanan Cina di Malaysia.

Jelaslah Ambiga sendiri begitu kotor kerana hanya berminat untuk 'mencari fasal' dengan kerajaan, dan bukannya berminat untuk membersihkan apa-apa.

Kaum India dan juga Melayu di dalam DAP tidak wajar memberi peluang kepada pemimpin mereka memijak dan memperbodohkan mereka sekali lagi. Mereka perlu memikirkan sesuatu bagi memastikan pemilihan semula ini dijalankan dengan bersih dan supaya tiada siapapun yang dinafikan hak untuk memilih.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan komputer berada dalam keadaan baik dan para pengendalinya benar-benar tahu menggunakannya. Kita tidak mahu ada lagi alasan komputer tersalah kira atau petugas tidak tahu mengira.

Namun, kita sedia maklum bahawa untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan adil, kaum India dan Melayu di dalam DAP memerlukan lebih daripada pemantau dan sistem pemantau. Apabila berhadapan dengan kepimpinan yang samseng seperti Guan Eng, ahli-ahli DAP memerlukan kekuatan untuk menahan 'kilasan tangan' dan juga kekuatan untuk 'menolak tawaran'.

Ingatlah bahawa Guan Eng telah terkenal sebagai seorang penipu dan seorang penipu yang tidak pernah mengaku menipu hanya akan membesarkan lagi penipuannya. Ertinya, bagi menutup penipuan dalam pemilihan CEC yang lalu, Guan Eng perlu memastikan keputusan pengundian semula tidak jauh berbeza dengan sebelumnya.

Oleh itu, jika Guan Eng boleh menetapkan keputusan bagi pemilihan lalu, apakah jaminan yang beliau tidak menetapkan keputusan bagi pemilihan semula juga? Bayangkan sajalah apa yang seorang samseng merangkap penipu sanggup lakukan untuk menjustifikasi penipuannya…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Al-Jub Sah Penipu Rakyat

KENYATAAN AKHBAR


1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Dato' Sri Mohd Najib adalah merupakan "daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal".

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan Dato' Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato' Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.

7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya.

Pejabat Perdana Menteri

16 Ogos 2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kenapa Syiah Memilih PAS?

Walaupun ajaran Syiah telah diwartakan sebagai bertentangan dengan undang-undang tetapi nampaknya ia tidak menghalang penganutnya untuk meneruskan amalan mereka. Yang terbaru, sebuah video di mana para jemaah mencium mulut Imam di sebuah surau di Pendang pula tersebar. Amalan 'mencium mulut sesama lelaki' adalah jelas merupakan amalan Syiah.

Ancaman Syiah dikatakan sebagai lebih merbahaya daripada ancaman Zionis, Kristian mahupun liberalis dan pluralis. Ini kerana Syiah bertopengkan Islam dan rata-rata penganutnya membawa imej Islam konservatif lengkap dengan pakaian serban, jubah, bertudung atau berpurdah. Malah, lebih dahsyat dari Kristian mahupun Yahudi, Syiah menghalalkan liwat mahupun muta'ah.

Memandangkan masyarakat Islam di Malaysia amat obses dengan penampilan luaran, maka ramai di kalangan kita mudah 'terpesona' dengan imej Islam kumpulan Syiah. Jangan terkejut jika janggut dan serban imam Syiah sahaja sudah cukup untuk mengaburi mata sebahagian dari umat Islam di sini. Inilah yang terjadi apabila kita meletakkan 'imej' atau 'simbol' ke atas Islam sehinggakan ramai yang keliru antara kepentingan imej dan simbol, berbanding ajaran AlQuran itu sendiri.

Justeru, tidak hairanlah Syiah mampu bertapak di dalam PAS di mana penampilan luaran adalah segala-galanya.

Walaupun PAS menepis dan menafikan kewujudan dan penyebaran ajaran Syiah di dalam parti itu, tetapi penyokong-penyokong PAS sendiri tahu akan hakikat sebenarnya. Beberapa blog pro-PAS turut menyuarakan kebimbangan dan teguran, namun entah kenapa kepimpinan PAS terus berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan hakikat yang sebenar.

Sedar atau tidak, hipokrasi PAS itulah yang menjadi 'resepi' penting bagi Syiah untuk bertapak. Oleh itu, Syiah tidak mungkin menyertai UMNO kerana UMNO tidak menepati keperluan hipokrasi Syiah.

UMNO tidak bergantung kepada imej, simbol atau slogan dalam mengamalkan ajaran Islam. UMNO berpegang kepada Islam secara rohani dan menyerlahkannya secara kifayah dengan berlandaskan AlQuran dan Sunnah. Ini tentu sekali bertentangan dengan Syiah yang menolak AlQuran sebagai tulen dan sebaliknya menggariskan kepercayaan mereka berdasarkan hawa nafsu terutama sekali dalam konteks seks.

Kebetulannya, PAS merupakan parti yang paling sinonim dengan seks. Pendedahan mengenai pemimpin-pemimpin PAS 'bertukar-tukar' isteri bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi, termasuklah di kalangan pemimpin tertinggi bertaraf Ulama. Hakikat ini menjadikan PAS dan Syiah sebagai satu gandingan yang amat sesuai sekali.

Kerjasama PAS dengan PKR meningkatkan lagi keserasian PAS dengan Syiah memandangkan PKR memperjuangkan hak untuk meliwat yang mana dihalalkan dalam ajaran Syiah.

Oleh itu, tidak mustahil, keberanian puak-puak Syiah menonjolkan diri hari ini adalah berkait rapat dengan kerjasama PAS dengan PKR. Hari ini, Syiah mempunyai platform untuk memperjuangkan kebebasan seks melalui PKR, atas hipokrasi imej Islam di dalam PAS.

Berdasarkan hakikat ini, inilah diseru penyokong-penyokong PAS agar bertegas dalam menentang Syiah.

Apa guna berkongsi dan menyeru simpati melalui gambar-gambar dan kisah-kisah pembunuhan Ahli Sunnah di Syria oleh golongan Syiah jika tidak mampu menentang Syiah di dalam parti sendiri?

Penyokong-penyokong PAS yang sedar wajib bangkit membongkar hipokrasi pemimpin mereka dan membersihkan parti dari kesesatan yang nyata. Bagaimana pemimpin PAS mampu membawa ahli ke syurga, jika terus 'menternak' para pemfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW di dalam parti mereka?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa Hak Pas Anjur Dialog Agama?

Akhbar Sinar Harian tarikh 16hb.8 mukasurat 17 ada tertulis WAKIL PAS DAN BUDDHA ANJUR DIALOG AGAMA utk makluman smua rakyat Mlysia khususnya Pas tiada hak adakan dialog dgn mana2 agama lain kerana Pas adalah parti politik, yg hanya berhak adalah Majlis Agama Islam dibawah kuasa Agong di peringkat Persekutuan dan Sultan di peringkat negeri,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Exco Menafikan Tuduhan Bahawa Pas Tidak Bawa Pembangunan di Kelantan

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Kelantan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya tiada pembangunan dan kemajuan yang dibawa PAS walaupun berjaya mengekalkan kuasa pemerintahan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.
 
Exco Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai dan Stadium Bukit Merbau misalnya sedang dalam rundingan dan kata putusnya akan diketahui pada penghujung bulan ini.
 
"Ada perkembangan, kertas kerja dihantar pada akhir bulan Ogos ini untuk mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat Malaysian-based 'Eco-Bound Sdn Bhd' yang mana kita minta mereka hantar kertas kerja yang konkrit untuk kita buat keputusan beri projek kepada mereka atau tidak. Akhir Ogos baru kita tahu keputusannnya.
 
"Projek Stadium di Bukit Merbau pun sama dengan projek lebuh raya. Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di ambil dalam 30 km merupakan fasa pertama bagi kerajaan Kelantan, dan pakej sekali dengan projek stadium. Sebab bekas MB Kelantan dah lancar dahulu, jadi kita buat sekali," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini.
 
Rundingan projek-projek utama negeri itu menurut Hanifa bakal menggunakan konsep wakaf yang merupakan inisiatif dana persendirian daripada pihak swasta, selain kerjasama kerajaan pusat dan negeri.
 
Projek Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu - Kuala Krai telah lama dinanti rakyat Kelantan bagi mengurangkan masalah kesesakan jalan, terutamanya apabila menjelang musim perayaan dan cuti umum.
 
Akibat beberapa masalah yang melibatkan kerajaan negeri, kontraktor utama yang terlibat di dalam projek berkenaan juga bertindak menarik diri atas alasan tiada jaminan pembayaran.
 
Isu pentadbiran dan pembangunan Kelantan menjadi bualan banyak pihak termasuk di laman sosial Facebook, setelah penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Agus Yusoff melontarkan pandangannya terhadap prestasi PAS selepas 100 hari PRU13 berlalu.
 
Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata pihaknya menerima kritikan dan pandangan Agus terhadap kerajaan negeri yang kini diteraju Menteri Besarnya yang baharu, Datuk Ahmad Yaakob.
 
Ahmad Yaakob menggantikan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
"Jika Dr Agus perhati betul-betul, kita memang teruskan dan bukan senyap sahaja. Tetapi perkara ini dah lama dan kerajaan pusat dah isytihar sejak RMK-5 tetapi tertangguh, dan kita usahakan juga dan dijangkakan pada bulan September akan dapat satu keputusan konkrit.
 
"Kita tak pasti dimana Dr Agus mendapat sumber berkenaan, beliau patut mendapatkan fakta daripada pihak kerajaan negeri. Tetapi kita hormat pandangan beliau, kemungkinan beliau ada menaruh kebimbangan mengenai projek-projek di Kelantan. Tetapi kita tak diam, cuma publisitinya kurang," katanya lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.