Selasa, 13 Ogos 2013

Ketua Polis Johor Buat Lawak isu Surau di Kota Tinggi

Dalam satu sidang media isu Surau yang disalahgunakan oleh sekumpulan pengamal ajaran Buddha oleh Ketua Polis Johor cukup melucukan. Ia disiarkan dalam berita tv1 dan lain-lain jam 8.00 malam tadi.

Dengan mimik muka dan nada serius beliau memberi amaran kepada blogger agar jangan memandai-memandai main isu 'surau' tersebut.

Wah! Hebat juga amaran dia. Ada kah dia tahu bahawa cerita tersebut terlebih dahulu didedahkan oleh blogger dari Johor dan diviralkan oleh rakan-rakan blogger dan facebookers pro kerajaan?

Satu persoalana kepada ketua polis tersebut, Kenapa dia marah dengan bloggers, ada apa-apa kah? Teringin juga nak tahu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dun Selama Perak kekal milik BN

Kerusi DUN Selama kekal milik BN selepas Mahkamah Pilihan Raya Ipoh menolak petisyen dikemukan Pas untuk mencabar keputusan PRU-13 lalu

Calon Pas, Utz Akmal Almenantuya telah menfaikan petisyen di mahkamah Ipoh dengan bantuan beberapa orang peguam bukan Islam bagi menuntut hak beliau sebagai pemenang kerusi tersebut.

Dengan kekalahan Almenantuya maka berakhirlah politik beliau. Akmal adalah menantu Hadi Awang dan anak sulung kepada Ust Kamaruddin Awang Basir calon MP Larut yang tak pernah menang sejak menceburi politik dari awal 80an.

Dengan keputusan mahkamah bermakna Dato Hj Daud kekal sebagai Adun Selama dalam parlimen Larut
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perlembagaan UMNO Fasal 12.10

IrBadrul Hisham Mohd Ali wrote:


Badan Perhubungan hendaklah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun mengandungi wakil-wakil daripada Bahagian-bahagian. Majlis Tertinggi berkuasa menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara berhubung dengan Konvensyen itu.

Setahu saya UMNO Perak hanya pernah sekali menganjurkan konvensyen pada tahun 2001, semasa Tan Sri Tajol Rosli baru menjadi MB Perak. Mungkin kerana teruk kena belasah dgn akar umbi, itulah konvensyen yg pertama dan terakhir yg dianjurkan. Kalau rasa2 tak tahan dikritik oleh orang bawahan, elok letak jawatan sahaja. Kalau pemimpinpun tak mahu akur dgn perlembagaan parti, tunggulah ketikanya parti itu akan terkubur dgn sendirinya. Ini bukan masanya lagi untuk ampu bodek pemimpin2 yg tidak lagi efektif......
....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Reman 4 Hari Untuk Siasatan

Isu Surau sebuah resort di Kota Tinggi bertambah panas

Pemilik resort di Sedili direman 4 hari sehingga Jumaat kerana disyaki membenarkan surau dipremisnya dijadikan tempat ritual agama lain
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.