Khamis, 11 Julai 2013

PRK Kuala Besut : Hidup pun susah mati pun susah..sulah mati kena pegang bendela kah kah

Calon PAS, Haji Enduk @ Azlan Jusoh tidak dicanang sebagai 'alim' untuk mengambil hati pengundi, tetapi sebagai 'kaya'. 

Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari PAS Besut. 

Banker atau penyumbang dana besar untuk Pas Terengganu bergerak cergas.

Azlan juga dengan bangga berkata jika terpilih beliau tak akan ambil duit elaun wakil rakyat tetapi akan disumbangkan semula kepada rakyat.

Baguslah kalau begitu, sebab sebelum ini ramai wakil rakyat pembangkang takut untuk berbuat demikian. Semuanya menuding jari kepada BN jika rakyat minta bantuan.

Pas pun senang cerita, tak payah nak susah-susah tadah kain minta sumbangan daripada rakyat. Kesian lah kepada ahli Pas, tangga patah dan runtuh pun tak mampu nak baiki sebab dok bagi derma jihad kepada Pas. Sebab itu jika kita lihat rumah orang Pas rata-rata daif dan menampakkan kemiskinan mereka, cuma yang mewah adalah pemimpin mereka.

Azlan mungkin sudah ada simpanan dalam bank yang berjumlah jutaan ringgit hasil daripada kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Kempen politik kali ini nampaknya selamat lah duit ahli Pas. Sebab Azlan kata dia akan bantu rakyat, 11 bulan kutip tong derma jihad, bulan puasa sebulan saja Pas bantu rakyat.

Apakah Azlan akan mendapat kontrak dan tender-tender kerajaan lagi selepas ini?

Kasihan juga jika busines dia bungkus dan kalah dalam PRK kali ini.

Apa boleh buat, hidup pun susah, mati pun susah, sudah mati pegang bendeler.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mute PRK Kuala Besut

Sebentar tadi TM merewang dalam facebook dan blogger spear dan terbaca beberapa link yang marah dengan Ahmad Maslan isu 30 blogger luar yang dibawa ke Kuala Besut.

Beberapa blog yang agak panas ialah blog 1peluru, APA, Jari 9 dan blogger anak Ganu Din turtle.

Memang betul luahan rasa mereka, terkilan dan kecewa kerana dikelas-kelas dan dikastakan.

Akan tetapi ini lah yang dikatakan reality kehidupan.

Kalau banyak networking semua kerja menjadi mudah. Kurang networking kita akan tertinggal.

30 blogger yang dibawa oleh Ahmad Maslan mungkin mempunyai networking yang baik, sering bercakap melalui telefon atau sms dan lain-lain aplikasi yang berlambak di alam maya.

Seperti TM walaupun ada kontak nombor beberapa orang penting tetapi sekadar simpan sahaja, tak pernah pun nak call atau sms dll. Itulah kelemahan dan kerajinan kita masing-masing, siapa rajin, dia lah untung.

Kasihan jugalah mereka yang telah menjadi professional dalam dunia blogger jika diabaikan kali ini. Dahulu mereka usung beg naik kapcai sampai ke Tenang dan Merlimau tetapi kini dilupakan.

TM juga pernah ke Bagan Pinang, Galas, Permatang Pauh, Hulu Selangor dan Permatang Pasir, pergi dengan motosikal saja tetapi bukan kerana diupah atau dibayar tetapi pergi atas kerelaan hati dan makan minum serta hotel tanggung sendiri dan ada kala kawan ajak tumpang di bilik mereka.

Seorang rakan yang ingin menjadi blogger, pernah bertanya kepada TM, apakah dibayar gaji atau elaun bulanan dan apa penghargaan yang TM dapat.

Jawapannya mudah, kita jadi blogger bukan macam jadi kakitangan awam dimana kita dibayar gaji untuk membuat kerja. Blogger politik seperti TM tidak begitu.

Saya berkarya kerana rasa terpanggil untuk menulis selepas Tun Mahathir berkata we need more writers or blogger to help BN back in power.

Bermula saat itu TM belajar menulis dan berkarya atau bereksperimentasi secara bodoh-bodoh dan hari ini dikenali ramai oleh rakan dan lawan.

Bila turun KL atau dimana yang TM sampai orang akan kelui atau panggil Taipingmali sahaja. Dah jadi trade mark sudah.

Satu lagi, blogger ini bukannya penting sangat. Hadir kita tidak dijemput sama seperti Pak Tambang di Sungai Sarawak. Apabila ada orang nak ke seberang mereka akan kelui kita, bila sampai ke seberang, mereka campakkan duit besi ke lantai perahu atau ke dalam tong. Sakit demam, susah senang Pak Tambang tiada siapa yang peduli.

Blogger pun sama, ada kala kita dipanggil ada kala tidak, Itu baru blogger belum sebut tentang ahli politik.

Menjadi ahli politik juga sama, ada yang joint politik kerana ingin jadi pemimpin dan ada yang berangan-angan awal-awal lagi untuk jadi wakil rakyat.

Ada yang lama dalam politik tapi tak pernah demand apa-apa pun, contoh telah disebut oleh PM Najib dalam PAU yang lalu dan akhirnya awal tahun ini cikgu tersebut dikurniakan dengan gelaran Datuk.

Ada yang gagal dalam politik dan keluar parti lalu usung bendera Pas dan Pkr. Pun akhirnya kecewa kerana tak terpilih jadi wakil rakyat.

Kini dua tiga nama besar dalam UMNO yang kalah dalam PRU 13 akan terus menyepi dan dilupakan jika mereka tuan punya badan terus menyepi tetapi jika berjaya menjaga dan mempunyai networking yang baik TM percaya suatu hari mereka akan kembali seperti Idris Jusoh dan Haro Idris.

Begitu juga penggiat media maya politik terutama blogger, senarionya sama. Tepuk dada tanyalah selera. TM menghormati mereka yang protes dan kecewa dengan PRK Kuala Besut. TM juga salute kepada 30 bloggers yang berjaya dipilih ke Kuala Besut. Mungkin mereka lulus ujian saringan yang dibuat oleh Ahmad Maslan.

Bagi TM pula, saya masih kekal di Taiping maklumlah kerja makan gaji dengan kerajaan. Kalau rajin hujung minggu boleh pecut ke Kuala Besut dengan motosikal atau dengan Hybrid nak berkampung di sana tak boleh lah.

Cuma satu jangan paksa TM menulis atau berkempen untuk PRK Kuala Besut. Bukan ada orang bayar pun.

Tentang tawaran blog untuk dijual juga sudah ada tawaran dari pihak pembangkang, cumanya harganya rendah. Tujuan dia ialah TM tak boleh menulis lagi dan kena tutup kesemua blog yang ada.

Sekian,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.