Khamis, 31 Mei 2012

Anwar kena 'tiu' sebelum PRU 13

Dalam ceramah Pas di Batu Kurau pada 20 Mei lepas telah mendedahkan bahawa Presiden Pas Hadi Awang adalah Perdana Menteri Malaysia.

Karpal Sink pula mahukan Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri dan akan bertukar menjadi Presiden Republik Malaysia.

Anwar patut kecewa dengan tindakan Dap dan Pkr yang mentah-mentah menolak kepimpinan Anwar.

Pas dan Dap ternyata kecewa kerana Anwar tidak dijatuhkan hukuman pada 9 Januari lepas. Walaupun pada zahirnya mereka seolah-olah menyokong Anwar tetapi hakikatnya Pas dan Dap hanya ingin menumpang populariti Anwar sahaja.

Antara Dap dan Pas pula, agendanya agak berbeza sedikit. Pas dari tahun 1995 hanya mahukan sokongan Dap tetapi bila Pas menang PRU Pas mahukan Dap tunduk kepada Pas. Sekarang Pas hanya perlu akur dan ikut rentak Dap buat seketika. Bagi Pas, undi Dap adalah penting.

Dap pula berkerjasama dengan Pas untuk mendapat undi Melayu dan bila menang agenda Melayu diketepikan.

Ternyata Pas, Dap dan Pkr ibarat sebuah kapal yang buruk dan reput dan mempunyai 3 kapten yang cuba tikam belakang antara satu sama lain
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai Talian Hayat Terakhir PAS?

Mulanya kerajaan PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa menjangkakan pengumumannya untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) pada Ogos 2011 lepas dapat dimanipulasikan sepenuhnya dalam PRU 13 yang diramalkan akan berlangsung pada November 2011.

Perkiraan PAS Kelantan cukup mudah, peristiwa menang nyawa-nyawa ikan di PRK Manek Urai (Julai 2009) dengan kelebihan hanya 65 undi serta kekalahan PAS di kerusi DUN Galas (Okt 2010) dengan majoriti lebih 1,000 undi menyedarkan PAS dari lamunan panjang.

Kekuatannya dikalangan pengundi dalam negeri semakin merosot manakala sokongan pengundi luar pula kian merudum. Disebabkan itu apabila ramai pemerhati meramalkan pilihanraya bakal berlangsung dalam bulan November 2011, PAS mengambil langkah segera mengumumkan pembinaan lebuhraya tersebut pada Ogos 2011.

Dengan langkah tersebut PAS percaya akan mampu menarik kembali sokongan majoriti pengundi luar sekiranya projek tersebut dapat dimanipulasikan sepanjang kempen pilihanraya sekaligus dapat menampung kemerosotan sokongan dari kalangan pengundi dalam negeri.

Tanpa sokongan besar pengundi Kelantan yang berada di luar negeri agak sukar untuk PAS meneruskan hayat pemerintahannya di negeri tersebut tatkala asakan gelombang merah semakin kuat merobek kekuatan PAS di Kelantan.

Soal pembinaan lebuhraya tersebut mampu direalisasikan atau sebaliknya, bukan persoalan penting kerana baik Husam mahupun kerajaan PAS Kelantan mereka tahu pembinaan jalan baru menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai sememangnya akan direalisasikan juga oleh Kerajaan Pusat sebagaimana termaktub dalam perancangan Central Spine Expressway.

Bagaimanapun hasrat PAS untuk mengabui mata umum gagal dengan kehendak Allah s.w.t apabila pilihanraya umum tidakpun berlangsung dalam bulan November 2011. Berikutan itu selama beberapa bulan isu pembinaan lebuhraya KB-KK tenggelam begitu sahaja.

Apabila khabar angin pilihanraya umum kembali bertiup kencang pada awal tahun 2012 yang menjangkakan pada bulan Jun 2012 parlimen akan dibubarkan, PAS melalui Husam Musa sekali lagi tampil dengan idea pembinaan lebuhraya tersebut.

Setelah PAS pasti parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012, maka mereka segera bermesyuarat menetapkan tarikh majlis pecah tanah sebagai monumen bukti penting lebuhraya tersebut benar-benar akan dilaksanakan.

Pun demikian, setelah majlis pecah tanah selesai dilaksanakan oleh Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012, keesokan harinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 akan dilakukan pada 28 September 2012 yang menandakan pilihanraya umum hanya akan berlangsung selepas pembentangan tersebut.

Kini PAS pening kepala mencari idea untuk membuktikan projek lebuhraya tersebut tetap akan dilaksanakan juga tanpa perlu menunggu tempoh tiga empat bulan lagi sementara menanti tarikh pasti pilihanraya umum ke 13.

Melihat pada gerak tari politik PAS kita boleh menjangkakan banyak cara yang mereka akan lakukan untuk mengabui mata masyarakat bagi tujuan memanfaatkan talian hayat terakhir ini, namun di hujung sandiwara itu kelak akhirnya Kerajaan Pusat juga yang akan dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan janji politik PAS.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FGVH beri keuntungan kepada warga Felda

Perdana Menteri , Dato Seri Najib Tun Razak berkata peneroka Felda tetap mendapat keutamaan dalam langkah penyenaraian FGVH apabila lebih 70 peratus saham terbitan penawaran runcit FGVH diperuntukkan kepada golongan
peneroka, warga pekerja Felda dan individu yg menyumbang kpd organisasi itu.

Demikian ulasan Najib ketika melancarkan prospektus FGVH hari ini sempena penyenaraian gergasi perladangan itu, mengumumkan daripada 255,371,000 saham terbitan penawaran runcit, sebanyak 182,408,000 saham terbitan diperuntukkan kepada peneroka, pekerja dan mereka yang telah memberi sumbangan kepada organisasi tersebut manakala 72,963,000 saham selebihnya untuk pelabur awam.

Justeru dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan akan memanipulasikan golongan peneroka tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Even DAP Is Not Free From Corruption And Power Abuse

The fact that almost everyone might have forgotten, DAP is just as same as any other political parties in this country. The reason why they exist is to form a government and to promote their agenda. If PAS is proud with its fight for Islam, DAP in the other hand, promotes integrity and clarity and any other words so that it could exist.

Even though their real intention is to build a government with a Chinese as a leader.
From there, it is not surprising when one of their State Assemblyman (ADUN) DAP for Kg Tunku in Selangor, Lau Weng Sen recently had a police report battle with one of his assistant regarding criminal breach of trust-CBT which involves quite a sum of money.

The story, in writer's point of view, is easy. The amount of money that was involved was not that big, only RM5,000. The story mentioned as if the money somehow failed to be deposited into the account of the ADUN by his assistant. But the assistant denied the claim. Why make a fuss out of it? If it is true that the money has been deposited? Show the record. Why lodge police report?

Obviously when police report was made, they are trying to show that this is a serious case and that they want to hide something from the rakyat. And just like any other preparations for legal actions, police report has to be made. As an ADUN from DAP who is swamped with lawyers, Weng Sen is aware of this.

In a way, the police report is one of the ways to protect Weng Sen from other claims that might hit him later. It does not mean that he is being transparent.

Information that writer has received said that, the RM5,000 was a form of contribution given by a construction company for Weng San's 'service' in getting them one of the projects in Selangor. The same source also said to writer that the amount is a lot bigger but it was given in stages through Weng Sen's representative, Dariff Din.

Another one of Weng Sen's assistant who was involved is known as Evelyn Gan, but the woman was fired since last April on the claim of embezzling money that were supposed to be given to Weng Sen.

The reason why writer brought this up is to mention to rakyat DAP is not free from corruption and power abuse. The do not have to go around telling that they are free from those things. They did the same thing that people had been accusing UMNO of doing (which majority of the claims did not have enough evidence in Court).

Maybe the RM5,000 might have gone into Weng Sen's account with the rest going into DAP's account. The crime of CBT is not as big as others, but it is still a crime. Today it may just involve an ADUN with his assistant, who knows what would happen in the future if rakyat give them power to lead the country.
Obviously, by then, RM5,000 is nothing to them.

This is not surprising because the case of the death of Teoh Beng Hock (suicide), has revealed how unclean DAP is to fill up their account. Few of them include covering the cost for Class F projects that is made specially for Bumiputera contractors and then taking most of the profit of those projects to fill up the party's account.

Those are the ones which have been told, who know what other things that they are hiding in their pockets.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.