Isnin, 24 Disember 2012

Label Premis Makanan

Kementerian Kesihatan, PBT dan KPDNKK akan bekerjasama untuk meletakkan kelas atau gred pada setiap premis yang menjual makanan untuk membolehkan pelanggan menilai sendiri tahap pencapaian sesebuah premis.

Premis hendaklah bersih, selamat dan memenuhi tahap penilaian oleh pihat kementerian.

Premis yang terbaik akan dapat kelas A, B dan C.

D bermakna premis akan diarahkan tutup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Peniaga Kecil

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Kepenggunaan, Koperasi (KPDKK) akan menyalurkan bantuan kewangan kepada peniaga kecil seperti penjaja dengan jumlah maksima RM 50 ribu.

Urusan boleh dibuat melalui Bank Rakyat dengan harapan mereka dapat menambah baik premis dan modal untuk membesarkan perniagaan mereka.

Syarat lain ialah peminjam tidak mempunyai pinjaman Tekun atau Mara maknanya tidak ada istilah overlaps.

Peminjam juga dikehendaki mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.

Kepada peniaga yang berminat bolehlah menghubungi Bank Rakyat mulai awal Januari 2013.

Tan Lian Hoe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penjaja alaf baru

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Koperasi (KPDNKK) mahu merubah peniaga kecil-kecilan supaya berubah atau meningkatkan taraf mereka ke satu peringkat yang lebih baik.

Contohnya ialah Mydin, Econsave yang berjaya menubuhkan pasaraya, mereka bermula secara kecil-kecilan sahaja.

Gerai dan restoran juga akan dilabelkan mengikut kategori A,B atau C.

Setiap makanan hendaklah mempunyai tanda harga dan jumlah kalori hendaklah dipamerkan. Ia adalah untuk menjadikan pelanggan boleh membuat pemilihan agar mereka selamat dan sihat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.