Selasa, 22 Januari 2013

Projek Petrokimia: PAS Utamakan Orang Johor Dari Orang Kelantan?

Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu.

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM.

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. Persoalannya kenapa?

Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka.

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk.

Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor. Itu yang kelihatan dari pandangan kasar.

Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu?

Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Kalimah Allah: Petunjuk Pemerintahan Syaitan Berkepala Tiga

Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk. Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci. Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam. Sementara PKR mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu. Hikmahnya dari 'tragedi' ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru. Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya. PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu.

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam.

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO. Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO. Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.

Jelas di sini bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi. Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata. Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu. Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua.

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi. Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka. Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara.

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR. Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua. Dan PAS pula sudah 'tawar hati' dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah? Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR?

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah. Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam.

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan 'Perdana Menteri Anwar Ibrahim' pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah. Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam.

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat. Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Anwar menang vs Utusan

Anwar berjaya menang kes saman terhadap isu LGBT. Kita hormat keputusan mahkamah, kalah menang dalam kes mahkamah perkara biasa.

Orang yang sah membunuh pun kadangkala terlepas daripada hukuman. Penyamun pun boleh lepas bebas, inikan pula kes Anwar.

Kes liwat yang membabitkan pembantu beliau yang mengambil masa 3 tahun dan beratus kali penangguhan akhirnya memihak kepada Anwar.

Ini kelemahan pendakwaan dan kebijaksanaan pembelaan. Bila pembangkang kalah, tuduh mahkamah dikuasai oleh Umno, bila menang ini mahkamah rakyat. (Rujuk kenyataan Nizar Jamaludin dalam kes MB Perak) .

Bila Anwar menang semua penyokong dia menjerit kegembiraan dan menokok bahawa Utusan sememangnya kuat fitnah.

Utusan tak fitnah, dia ada hujah dia, alasan dia, tetapi dah nak kalah nak buat macam mana. Respect lah keputusan tu. Macam kes liwat juga, Nampaknya mahkamah kena tubuh mahkamah sintifik lah, sebab mahkamah hari ini masih kunu. Polis pun kata kalau nak ambil gambar mesti guna filem sebab digital kamera tak laku di mahkamah.

Atau pun hakim-hakim yang ada kena pergi kursus CSI baru boleh ada perubahan kut. Boleh menerima bukti-bukti saintifik.

Anwar pernah kalah dalam saman fitnah terhadap Dr Zambry dalam isu lawatan MB Perak ke Amerika dahulu, Anwar diperintahkan membayar Dr Zambry RM 100 juta. Ini baru menang sikit dah riuh.

Agaknya kalau dia kalah dalam kes liwat dengan Saiful sudah tentu pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap Tan Seri Nazri Aziz selaku menteri undang-undang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.