Isnin, 8 Julai 2013

Malaysian Insider (MI) semakin halus mulus permainannya.

Tulisan Hasbullah Awang Chik 7 Julai 2013 berjudul 'Pengundi Cina memang berpaling dari BN, Malaysia Timur penyelamat' dirujuk.

Perenggan pertama beliau memetik kenyataan Prof Dr James Chin yang mengulangai ayat popular pembangkang iaitu BN kalah undi popular, PRU dibahagikan kerusi berdasarkan etnik dan kelas.

Satu lagi ayatnya ialah jika tiada Borneo, tiadalah kerajaan BN kerana BN menang 35% kerusi di sana.

Chin juga katanya Dap muncul parti pembangkang terkuat berbanding Pkr dan Pas.

Chin menambah bahawa calon Pakatan mempunyai kredibiliti yang lebih baik daripada BN.

Tony Chua pula dalam temubual 'face off' menyatakan calon pembangkang lebih ber integrity dan mempunyai kelayakan academic yang lebih hebat daripada BN.

Calon BN ramai memiliki ijazah yang dipertikaikan kesahihan dan ketulenannya.

SPR juga tidak terlepas dengan tuduhan mempunyai reputasi buruk berhubung dengan ketelusan dan menyebabkan SPR tidak lagi dipercayai oleh kaum Cina.

Chin juga mahu persempadanan PRU dan pendaftaran pemilih dibuat secara automatic dan pilihanraya yang lebih adil dan melantik ahli profesional yang layak untuk menerajui SPR.

Akhir sekali Chin masih bermain dengan undi popular BN yang hanya dapat 47% tetapi kekal memerintah.

Baca lah dulu, nanti TM jawab.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Akta Hasutan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan.

Beliau berkata jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Anti Dadah Antarabangsa di sini hari ini.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.

"Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya … tapi meminda," kata beliau.

Semalam Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu.

"Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama.

"Sekarang ini masih dalam peringkat perbincangan," kata Ahmad Zahid.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.