Isnin, 21 Januari 2013

Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR

Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Eli Wonge kena halau oleh Nurul

Penduduk Lembah Pantai sudah siap sedia untuk memberikan kerusi Parlimennya kepada BN tak lama lagi. Oleh itu Nurul Izzah sudah pun siap sedia untuk angkat kaki ke Bukit Lanjan.

Dan,

Eli Wongge tidak akan disenaraikan dalam Pru 13 kerana masalah skandal dengan Helmi.

Kesian Eli Wongge kena bawa diri lah macam tu. Apakah Eli akan bertanding atas tiket PAS?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harun Din dalam isu Kalimah Allah

Ulamak Pas Dr Harun Din pernah menulis buku bahawa Pas ingin membentuk sebuah negara Islam. Dr Harun Din sebenarnya syok sendiri kerana dalam perlembagaan Pas tidak pernah menyebut tentang penubuhan negara Islam.

Blogger GAP melabelkan Harun Din sebagai penakut kerana masih bersorong tarik dalam isu penggunaan Kalimah Allah dalam bible.

Walaupun beliau dengan jelas telah menyatakan pendiriannya yang melarang Kalimah Allah digunakan dalam bible.

Setakat melarang sahaja dan tanpa tindakan aggresif akan menyebabkan tuturkata Harun Din akan dipandang sepi.

Sikap Harun Din samalah dalam isu Darul Syifaq. Apabila Harun Din dijemput hadir dalam usul mengharamkan ajaran Darul Syifaq kerana menyeleweng dari ajaran Islam, beliau enggan hadir kerana dia adalah tokoh utama pengasas Darul Syifaq.

Harun Din sendiri tidak dirawat melalui cara Darul Syifaq sewaktu beliau mendapat serangan jantung, sebaliknya mendapat rawatan di IJN dan Amerika.

Jika dinilai sejarahnya memang betullah apa yang dikatakan oleh GAP bahawa beliau memang penakut dan suka mencari jalan selamat untuk diri sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.