Isnin, 5 Mac 2012

Tahniah Pemuda BN dengan program BN Youth Music

TM ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN yang berjaya menganjurkan progam pemuda di Curve Mutiara Damansara yang berakhir kelmarin.

Bila kita sebut 'pemuda' ia membayangkan penyertaan dan penglibatan lelaki sahaja, tetapi semenjak program Youth BN dibuat tahun lalu, TM melihat ramai golongan remaja perempuan terlibat secara langsung sebagai pemudah cara program.

Apa kata untuk program-program pada masa akan datang, pemuda BN bergabung tenaga bersama puteri BN yang menggabungkan semua parti komponen BN.

Dalam program Youth BN, TM berharap ia melibatkan anggota komponen parti dari Sabah dan Sarawak dan program ini perlu dibawa ke Borneo segera. Lebih-lebih lagi Ketua Puteri Umno ada lah orang Sabah.

Dari laman BN Youth Music ada menyebut satu promo telah dibuat di Tenom Sabah pada  26 Nov 2011. Bagaimana pula penglibatan mereka?