Ahad, 25 Mac 2012

Demo Bodoh Pas dan Pkr : Bebas Imam Hoslan 24/3/2012



PKR dan PAS kata hukuman yang dijatuhkan kepada Imam Selipar adalah zalim. Hakim yang menjatuhkan hukuman dilabelkan sebagai zalim.

Bodoh punya Pas dan Pkr kerana menghina mahkamah. Padahal undang-undang telah digubal oleh ahli Parlimen dalam dewan yang mulia.

N.Surenran lu pergi mampus lah Lu lawyer pun bodoh. tak tahu sistem perundangan negara.

TERBARU DAN TERPANAS - Nalla ignoring notice of demand

Ketegasan Sarawak Dalam Isu Halal Bukan Bahan Mainan Macam PAS




Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman bertegas akan menguatkuasakan perlesenan Halal tampa pilih kasih. Beliau menafi kesukaran dan tiada kadar kos yang luar biasa bagi setiap permohonan.
Usaha kerajaan Sarawak dalam produk Halal di permainkan oleh Pas




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekadar mengikut standard yang ditetapkan untuk memastikan pelaksanaan menjaga kepentingan semua pihak khasnya umat islam. Itulah yang sepatutnya dilakukan demi menjaga kepentingan bersama. Terima kasih YB Datuk Daud...



SIBU: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman menafikan dakwaan tentang kesukaran dan kos tinggi untuk memohon Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau berkata, standard tertentu seperti pengubahsuaian premis dengan memiliki lantai dan dapur yang bersih bagi mengekalkan aspek kebersihan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan.

“Bukan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang menetapkan peraturan agar pengubahsuaian (dilakukan) di bahagian dapur atau lantai sesebuah premis.
“Tetapi ia adalah peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak ber-kuasa yang berkenaan untuk premis yang beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Islam Sarawak Sibu di Jalan Awang Ramli Amit di sini, semalam.




Ini merujuk kepada serangan hendap untuk menjatuhkan YB Daud dengan memutar belit kenyataan seolah-olah menuduh restoran atau kedai makan pengusaha Islam tidak mengambil berat langsung soal halal haram dan kebersihan semasa menyaji makanan untuk umat Islam.


Lupakah PAS yang halal melibatkan kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi kebersihan permis, penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam. Isu kesihatan juga merupakan tuntutan utama dalam soal halal. Jadi janganlah puak-puak PAS hendak reka cipta cerita ada Mak Cik dah dua tahun tidak dapat lesen halal. Yang paling sedih sanggup puak-puak PAS ini menghasut rakyat menentang JAKIM.
Ini cakap Pas

Pihak PAS sepatutnya lebih sedar dan arif tentang tuntutan dan tangungjawap untuk menjamin mana pihak dengan perlepasan menggunakan logo halal, bukan sesuatu yang boleh diambil sambil lewa. Ini soal menjaga amanah Allah dan menjaga kepentingan umat islam. Jangan kerana PAS tiada isu untuk menyerang BN Sarawak sanggup mengetepikan kepentingan Islam, hanya semata-mata untuk mencari pengaruh.


Sikap PAS menyerang isu yang sepatutnya mereka lebih faham, menunjukan mereka bercakap mengikut hawa nafsu! Almaklumkah sejak bila rakyat Sarawak memandang kehadiran PAS. Jangan PAS lupa yang rakyat Serawak sedang memerhati siapa PAS di semenanjung.


Dari blog Pecah pala mikir, Sarawak