Rabu, 15 Ogos 2012

Hadi Awang hilang akal lagi tak lama lagi sasau terus


Lidah Hadi Awang umpama lidah ular yang cakap berbelit-belit. Beliau telah menuduh bahawa Umno memainkan isu hudud apabila hampir pilihan raya bertujuan untuk memecah belahkan rakyat. Pada hakikat sebenarnya Pas yang bercakap tentang hudud sepanjang tahun dalam ceramah dan tazkirah dalam masjid dan surau.

 Pas menuduh Umno menolak hudud. Ini kenyataan Hadi Awang. Umno tidak menolak hudud tetapi menolak Hudud Pas yang dikemukakan oleh Hadi Awang kepada Tun Mahathir. Hudud Pas terlalu umum sama seperti hasil kerja budak tingkatan 1 kelas tercorot. Tidak lengkap nipis dan ringkas. Pas gagal menjelaskan prosedur yang perlu diambil terhadap penjenayah yang dituduh mencuri, Pas kata hukum mencuri ialah kerat tangan, tetapi Pas gagal menjelaskan bagaimana prosedur dijalankan.

Oleh itu Mahathir menentang hudud Pas, seperkara lagi ialah hukuman zina antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam, menurut hudud Pas, Lelaki bukan Islam tidak akan diambil tindakan tetapi wanita tersebut akan dijatuhkan hukuman mengikut hudud. Ini akan menyebabkan ramai bukan Islam akan menganiaya wanita Islam seperti mana yang berlaku di Bosnia, ramai wanita dijadikan mangsa seks oleh askar Serbia Tujuannya ialah untuk melahirkan lebih ramai anak Serbia melalui perut wanita Bosnia. Penginayaan kaum akan berlaku.

Di Malaysia hari ini ramai wanita Islam melahirkan anak-anak haram hasil hubungan dengan lelaki bukan Islam. Jika mengikut hudud Pas, ia ternyata tidak boleh diguna pakai.

Pas dalam ceramah juga hanya menyebut hudud sahaja tanpa menyentuh qisas dan takzir.  Hari ini pihak kerajaan melaksana kan hukum takzir terhadap kesalahan jenayah. Kena Pas tak berani sebut tentang qisas dan takzir?

Ustaz Ismail Kamus juga dalam buku Fiqh langsung tidak menyebut tentang Hudud, Qisas dan Takzir, mengapa, adakah Ismail Kamus juga takut menghuraikan cara-cara perlaksaan hukum hudud? Atau Ismail Kamus kurang arif dalam perkara hukum hudud?

Jelaslah di sini Hadi Awang semakin pening dengan kerenah Dap dan Pkr yang menolak hudud. Oleh itu Hadi Awang memutar belit kan fakta konon Umno tolah hudud, Dap tentang hudud.

Hadi Awang jangan jadi biawak, Umno tidak melaksana kan hudud sebaliknya melaksana qisas dan takzir kerana keadaan masyarakat yang berbilang bangsa dan berbilang agama.

Kalau Pas benar-benar nak laksanakan hudud sila buat perbicaraan semula kes khalwat Mat Sabu dan Normah di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bharu. Juga ambil tindakan hudud terhadap kes china doll  yang berzina dengan pemimpin pkr, ambil tindakan yang sama terhadap perusuh yang membuat kacau dan memukul polis dalam himpunan ganas Bershit 3.0.


KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata perbezaan antara DAP dan Umno dalam soal hudud ialah DAP menentang hudud, manakala Umno menolak hukum tersebut.

Dalam satu artikel yang ditulis di Harakahdaily, ahli parlimen Marang itu berkata Umno selama 55 tahun memerintah hanya tunduk dengan undang-undang yang dicipta Inggeris dan memperlekehkan undang-undang hudud yang diperjuangkan PAS.

“Pada masa itu hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama.

“Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan ‘Hudud Pas’ atau ‘belum tiba masanya’ walaupun berlalu masa setengah abad,” kata pemimpin veteran PAS itu.

Beliau mengambil contoh apabila kerajaan Kelantan dan Terengganu meluluskan enakmen hukum hudud di dua negeri tersebut, kerajaan pusat yang ditadbir Umno-Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa dua negeri tersebut di mahkamah persekutuan.

“Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan Umno tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti.

“Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya Pas?” katanya lagi.

Katanya, DAP secara dasarnya menentang hudud kerana itu adalah prinsip yang dipegang oleh mereka, dan PAS berpegang kepada prinsip terbuka dengan mengadakan dialog antara dua parti tersebut.

Kerjasama antara PAS dan DAP, katanya lagi, mencari persamaan dan mengenepikan perbezaan.

“Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli Pas meminum arak dan memakan daging khinzir, maka Pas juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir.

“Perlembagaan Pas mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli Pas yang meminum arak dan memakan daging khinzir.

“Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli Umno yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.

“Begitulah nyatanya Pas tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang Pas menyatakan haknya.

“Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan Umno yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini.

“Berbeza dengan Umno yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.

“Pas adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu Umno yang mudah lupa,” kata presiden PAS itu lagi.

Presiden PAS itu menambah, isu hudud ini cuma kitaran isu pilihan raya oleh Umno untuk melaga-lagakan rakyat untuk terus berkuasa.

“DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah Umno yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas.

“DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan Umno hilang akal,” katanya lagi.

PAS TERNYATA SEMAKIN BERSERABAI DAN SESAT.