Isnin, 14 Mei 2012

Nizar Jamaluddin hadir ke ceramah Umno



PETIKAN DARI HARAKAH YANG JELAS BERBOHONG
Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?

Hazayani Zakaria, 14 Mei 2012

[Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite.

KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.
template joomla

Iklan Teks

Kenapa DAP Tolak Panel Bebas Siasat BERSIH 3.0?

BERSIH 3.0 benar-benar memakan diri pembangkang. Sudah lah gagal dari segi jumlah sokongan, mereka juga gagal memutar belit fakta untuk menunjukkan keganasan dimulakan oleh polis dan bukannya perusuh.

Akibat gagal, mereka terpaksa menuduh perusuh yang mengganas itu sebagai polis yang menyamar. Untuk itu, blog-blog, laman web dan penyokong mereka jenuh berpusing-pusing cuba menjustifikasikan keganasan yang dilakukan mereka.

Bagi meredakan keadaan, kerajaan telah mengisytiharkan panel bebas untuk menyiasat BERSIH 3.0 yang kemudiannya diterima dengan sinis oleh pihak pembangkang. Pada 12 Mei lalu, DAP mengisytiharkan pemboikotan panel bebas untuk menyiasat keganasan semasa Perhimpunan Bersih 3.0.

Nampaknya, sudah menjadi sikap semulajadi DAP di mana setelah membuat tuduhan itu dan ini terhadap musuh-musuh mereka, mereka akan mendesak agar siasatan dilakukan. Tetapi apabila usaha untuk menyiasatnya dibuat, mereka akan membuat berbagai helah untuk menolak atau memboikot panel siasatan dan juga hasil siasatan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka.

Sebelum ini mereka telah membuat perkara yang sama dalam isu kematian Teoh Beng Hock. Malah, jika diamati, isu BERSIH itu sendiri juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu menuduh SPR sebagai tidak bersih dan kemudiannya menafikan semua usaha SPR untuk penambahbaikan.

Jika dalam isu kematian Teoh Beng Hock, DAP berbuat demikian kerana ingin mengalih dan menutup isu sebenar iaitu salah guna kuasa dan korup si ADUN mereka, maka tidak salah kita mengesyaki taktik yang sama dalam isu BERSIH 3.0 iaitu untuk menutup kesalahan sendiri.

Alasan DAP kali ini ialah mereka enggan menerima pelantikan Tun Mohammad Hanif Omar sebagai ketua panel siasatan, atas alasan beliau mengambil pendirian yang partisan terhadap Bersih dengan mendakwa bahawa golongan pro-komunis telah terlibat serta menyokong dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, dalam menuduh Tun Hanif sebagai partisan, DAP pula mencadangkan pihak yang tidak kurang bersifat partisan seperti Suhakam. DAP juga menyokong pandangan Majlis Peguam Malaysia bahawa panel siasatan kekurangan rangka kerja perundangan dan tidak mengurniakan imuniti undang-undang kepada mereka yang terlibat dalam prosiding serta kekurangan kuasa undang-undang untuk memberi sepina kepada saksi-saksi atau menuntut dokumen-dokumen.

Sedangkan sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Suhakam dan Majlis Peguam adalah dua badan yang tidak pernah bertindak adil, sentiasa berat sebelah, tidak profesional serta penuh putar-belit demi untuk membela pihak penentang undang-undang dan kerajaan. Kedua-duanya juga diragui mempunyai hubungan dengan anasir luar serta disyaki menerima dana asing.

Justeru, jika kita perlu memilih antara dua pihak yang berpartisan, bukankah lebih baik kita memihak kepada Tun Hanif yang terbukti seorang yang berjasa pada negara, tidak berat sebelah, bersifat patriotik dan amat profesional selama perkhidmatan beliau dalam menjaga keselamatan kita semua.

Kita tidak faham kenapa DAP perlu meragui Tun Hanif tetapi memberi kepercayaan kepada Suhakam dan mendengar cakap Majlis Peguam? Sedangkan Majlis Peguam sendiri terbukti telah menyembunyi kan fakta sebenar tentang keganasan BERSIH 3.0 sepertimana yang didedahkan oleh peguam Ranjit Singh Dhillon di Youtube.

Pendedahan itu pula disokong dengan tindakan saman oleh seorang ahli Majlis Peguam iaitu Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa Majlis Peguam telah gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang profesional apabila dalam tempoh kurang lima jam mesyuarat untuk memutuskan resolusi BERSIH 3.0, telah memaparkan dengan jelas terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui serta banyak lagi.

Jelas di sini, pihak yang dirujuk dan disokong oleh DAP amat tidak boleh dipercayai.

Sikap DAP yang suka memihak kepada penjenayah, perusuh dan mereka yang melanggar undang-undang amatlah dikesalkan. Dengan itu, salahkah kita menyatakan bahawa DAP sebenarnya takut dengan sikap profesional dan tegas Tun Hanif dalam menerajui siasatan BERSIH 3.0.

Tidak mustahil DAP punya sesuatu untuk disembunyikan mengenai BERSIH 3.0, seperti juga dalam kes Teoh Beng Hock. Mungkinkah DAP bimbang tangan siapa di belakang, dan dari mana datangnya dana serta bagaimana keseluruhan BERSIH 3.0 dirancang akan terbongkar dengan seluas-luasnya sekiranya siasatan menyeluruh diketuai oleh tokoh seperti Tun Hanif, iaitu seorang bekas penguat kuasa undang-undang yang amat dihormati dan dikagumi oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Disaster For PAS In Kelantan

Most PAS leaders still think that Kelantan is the main arch for them, the people would die for them and that the rise of UMNO can never hurt them and loyalty of rakyat towards Nik Aziz as the greatest PAS leader.
Least that is what they are saying to rakyat through their endless ceramah.

Lets look at these two examples which happened in about a little more than a month. These examples would show how PAS shackled their supporters especially among Kelantanese voters to vote for them.

In May 12, 2012 in Pasir Puteh, Kelantan, former Selangor PAS Commissioner, Dr Hasan Ali in one of his roadshow series managed to attract more than 3,000 people which were mostly PAS supporters at Pasir Puteh.

Even though a few banners and posters that tells the time and venue of the ceramah went missing a couple of days before the event, it still went with great success.

Meanwhile, a ceramah that was attended by PAS's Vice President, Mat Sabu, a person that usually attracts least four to five thousand people in his events, other PAS leaders as well, has now gone sour among Kelantanese supporters.

In March 29, 2012, Mat Sabu and a few Pasir Puteh PAS's leaders organized a ceramah at the Pasir Putih District hall but the attendance was quite sad. It was only around 30 people.

This is quite rare considering that usually their ceramah would gain at least 100 people, except for UMNO states.

Even when Nik Aziz was going through his dark days he would get at least 5,000 people compared to 10,000 regulars, but Mat Sabu managed to break the record as the first PAS leader who had 30 people listening in his ceramah.

3,000 and 30 is a huge gap. A big disaster for PAS Kelantan especially we are getting near towards the 1th General Election. This is one of the signs that shows that PAS is dying and they would be facing tough challenge for the coming election in Kelantan.

There are a few things that we need to bear in mind. The signs of declining supports to PAS Kelantan is getting clearer since their close win in Manek Urai election a few years ago, followed by the red wave in the election at Galas which brought PAS down about more than a year and a half ago.

And what had happened at PAS's briefing ceremony in Pasir Puteh in March was just the sequel of the decline that PAS is facing through now. If this goes on, things would be very bad for PAS and Nik Aziz.

It is not impossible that in the coming GE, result of PAS Kelantan might just change. Even if they could stay in Kelantan, it might face the situation in 2004 where they barely rule the state.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.