Jumaat, 19 April 2013

Calon N32 Selangor tarik diri

PERTUKARAN DI SELANGOR PULA-Calon BN N32 DUN Seri Setia Datuk Dr Tengku Rethwan Mansor telah tarik diri.Tempatnya diganti Abdul Halim Samad-Agendanews
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas: Dato Fauzi tarik diri

PANAS! Fauzi Abd Rahman Tarik Diri Bertanding Menjadi Calon PKR di Indera Mahkota?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CERAMAH PERDANA DIAMBANG PRU 13

CERAMAH PERDANA DIAMBANG PRU 13 mlm ini 19/4 jam 9pm di Parit Samsu Jln Temenggong Ahmad, Muar, Johor. Penceramah : Dato' Razali Ibrahim Calon Parlimen Muar dan Sdr Lokman Adam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tataetika Pilihan Raya *MY*

Hari Penamaan Calon.

Perarakan Calon dan penyokong-penyokong ke Pusat Penamaan Calon pada Hari Penamaan Calon sama sekali TIDAK DIGALAKKAN. Bagaimanapun, jika Perarakan perlu juga diadakan, maka Pihak Penganjurnya hendaklah mematuhi peraturan berikut:

1. Mengikut prosedur & arahan yg ditetapkan oleh SPR & PDRM semasa berkumpul dan berarak ke Pusat Penamaan Calon

2. Tidak mengadakan apa-apa Ucapan @ Ceramah semasa berarak @ berkumpul

3. Tidak menggunakan alat muzik @ pembesar suara semasa berarak @ berkumpul

4. Tidak memasuki sempadan jarak 50 meter @ di dalam mana-mana jarak kawasan dari Pusat Penamaan Calon tertentu yg ditetapkan oleh SPR

Hanya Calon, Pencadang dan Penyokong Penamaan Calon serta mana-mana orang lain yg diberi kebenaran oleh SPR boleh memasuki Bilik Penamaan Calon

Kumpulan Penyokong Calon yg ditetapkan jumlahnya oleh SPR dibenarkan berada di dalam kawasan Jarak 50 meter dari Sempadan Pusat Penamaan Calon iaitu di Tempat Khas yg disediakan oleh SPR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PDM Cawangan Kpg Banggol Pasir

Pada malam ini kirra-kira 30 anak muda Kpg Banggol Pasir Air Kuning telah bertugas dan berkawal di Bilik Gerakan untuk memasang bendera dan kain rentang untuk PRU 13.

Bilik gerakan mula beroperasi sejak awal February lagi, Ketua PDM ialah En Mustaffa Che Ross.

Mulai malam minggu selepas penamaan calon ketua pemuda saudara Mohd Zaki bin Mat Ali (38) akan melipat ganda tugas dalam perang poster dan perang saraf.

Dun Changkat Jering bakal diwakili oleh YB Datuk Hj Rosli Husin. Pihak pembangkang akan diwakili oleh Nizar Jamaludin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Di mana penyokong BN akan ditempatkan di Taiping Sabtu ini

Pada PRU 12 dan PRK P59 Bukit Gantang yang lalu, MPT di bawah Tuan Hj Yahya bin Ahmad pegawai peringkat Tinggi Majlis Bandaran yang pro-Pas telah meletakkan Penyokong Pas disebelah Bukit DO dan Penyokong BN bersebelahan kem 9 Renjer.

Ini kerana Yahya mahu penyokong Pas dalam keadaan yang lebih selesa dan mempunyai tempat berteduh di sekitar Bukit DO.

Di sebelah pihak BN terpaksa berpeluh dan berpanas kerana tidak ada tempat untuk berteduh, mereka hanya mengharapkan kepada teduhan pokok angsana yang ada di kiri kanan dan atas padang esplanade sahaja.

Pun begitu semangat yang ditunjukkan oleh pihak BN lebih professional kerana tidak buat gila seperti pihak Pas.

Hj Yahya sememang orang kuat Pas, buktinya beliau banyak mengambil kakitangan pekerja bawahan MPT daripada orang Pas.

Syarat mohon kerja pun mudah, akedemik tak penting, yang diutamakan ialah bertanyakan soalan cepumas, " Pernahkah hadir ke ceramah-ceramah Pas" jika Si pemohon menyatakan tidak maka pulang tertutup untuknya, jika berkata Ya, dan pernah hadir dan pernah melihat Hj Yahya di pentas ceramah maka tak ada sijil LCE atau SRP pun boleh dapat kerja.

Tidak hairan jika ramai kakitangan MPT adalah penyokong tegar Pas seperti pakar IT Rafiza Zakaria.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.