Isnin, 23 April 2012

Ekuiti Bumiputra meningkat

Sewaktu sidang media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) hari ini, PM umumkan peningkatan ekuiti korporat Bumiputera kpd 23.09% (RM167.7 billion) pada tahun 2010, berbanding 21.9% (RM127.6 billion) pada 2008. Kadar ini adalah tertinggi sehingga ini. Dalam mesyuarat MTAB, PM berkata ini membuktikan bahawa kita boleh memperjuangkan aspirasi 1Malaysia tanpa meninggalkan agenda Bumiputera.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ibu bapa jangan bayar apa-apa di SRA dan KAFA

Kerajaan telah memberi peruntukan kepada setiap murid RM 10 seorang dan wang tersebut dimasukan dalam PCG sekolah melalui jabatan agama.

Bagaimanapun ada sekolah yang mengenakan yuran tambahan kepada ibu bapa. Ada mengenakan RM 5 dan ada RM 10 sebulan

Hari ini menteri hal ehwal agam memansuhkan semua yuran tersebut.

Yuran bulanan RM10 yang dikenakan kepada murid-murid SRA dan KAFA seliaan MAIWP dimansuhkan mulai tahun ini - Jamil Khir Baharom

Oleh yang demikian sila pastikan setiap murid berusia 7 tahun hingga 12 tahun mendapat pendidikan agama disebelah pagi atau petang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.