Khamis, 8 Disember 2011

MESTI BACA: Scorpene Berjaya Buktikan Sifat Buruk Pembangkang Yang Takut Pada Kebenaran.

Anti-DAP Club wrote:


Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media bahawa beliau telah menghantar surat jemputan rasmi kepada para pemimpin utama pembangkang untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara, KD Tun Razak bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11).

Malangnya, dari ramai-ramai yang dijemput, hanya seorang saja yang berani tampil untuk menerima jemputan tersebut. Satu-satunya pemimpin pembangkang itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dijadualkan akan hadir pada jam 3 petang, Jumaat ini bagi memenuhi jemputan itu.

Menurutnya lagi, selain Guan Eng, hanya Nurul Izzah yang memberikan respon terhadap jemputan itu. Itu pun, Izzah dilaporkan menolak pelawaan itu. Mungkin takut dirinya dimalukan dikhalayak ramai, barangkali…

Lihatlah rakyat Malaysia. Ketika mana Kerajaan berhabis meningkatkan keupayaan pertahanan negara dengan pembelian kedua kapal delam tersebut, para pemimpin pembangkang berceramah di sana sini, keliling negara memburuk-burukkan negara.

Kononnya, kapal selam Scorpene yang dibeli itu tidak mampu menyelam, bocor dan rosak di sana sini. Kononnya, Kerajaan BN hanya membazirkan wang rakyat membeli kapal-kapal selam tersebut. Malah, difitnahnya pula pemimpin Kerajaan kononnya menerima komisyen melalui pembelian kapal selam tersebut.

Meskipun dakwaan tersebut telah diperjelas dan dijawab secara terperinci oleh Perdana Menteri dan para kabinetnya, puak-puak pembangkang tetap menolak dan memekakkan telinga seolah-olah dungu dan bodoh! Lebih menyakitkan hati lagi, mereka menyebarkan tohmahan memburuk-burukkan Kerajaan kepada rakyat. Walhal, semua yang diperkatakan itu dusta semata-mata dan mereka seolah bangga pula bila berbohong kepada rakyat…

Selain itu, pembangkang juga mempersoalkan harga kapal selam yang dikatakan terlalu tinggi berbanding harga pasaran. Ishhh..!!! Kerajaan bukannya beli sampan! Kerajaan beli kapal selam lah! Lagi pun, harga sesebuah kapal selam bergantung kepada spesifikasi yang dimuatkan dalam pakej tersebut. Lebih canggih, maka lebih mahallah harganya. Janganlah nak bandingkan dengan harga kapal selam lain kerana kapal selam dibina berdasarkan permintaan pembeli!

Kalau nak tahu sangat sebab-sebab kapal selam itu mahal, terimalah jemputan nak kapal selam tu. Boleh tengok secara terperinci dan tanya Zahid Hamidi mengenai harga setiap "parts" yang ada pada kapal selam tu. Tanya beliau harga kipas sebilah berapa ringgit, harga tangga, harga teropong, harga skru dan sebagainya…kasi puas hati sendiri..!!!

Kini, setelah puas ditohmah, Kerajaan sekali lagi menjemput mereka-mereka yang bodoh sombong itu untuk menyaksikan sendiri kapal selam yang selama ini dikutuk mereka itu. Mana Tony Pua? Mana Anwar? Mana Mahfuz? Dan mengapa pula Nurul Izzah menolak jemputan untuk membuktikan kebenaran yang cuba dibuktikan Kerajaan itu?

Memang benar mereka takut! Takut kerana Kerajaan telah berjaya membuktikan pembohongan mereka selama ini. Takut kerana tembelang mereka sudah pecah. Takut kerana segala penipuan mereka selama ini begitu senang ditangkis oleh Kerajaan. Takut kerana mereka risau rakyat tahu bahawa merekalah penabur fitnah paling berjaya abad ini!

Begitulah perihal para pemimpin pembangkang. Dijualnya pembohongan kepada rakyat, dan bila dibuktikan mereka berbohong, mereka terkucil-kucil lari dari kebenaran. Saya pasti, rakyat sememangnya celik untuk menilai kebobrokan pembangkang yang gemar memanipulasi dan menjaja fitnah kepada mereka.

Mereka akhirnya akan sedar bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah "permata berharga", manakala pembangkang jelas sekali "kaca yang hina". InsyaAllah, Allah akan buktikan semuanya menjelang PRU 13 nanti. Agar kita tidak silap memilih lagi…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Membongkar Kemungkaran-kemungkaran Pas (Bhg 1)

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=7232


Date: Thursday, February 21 @ 15:39:37 CST
Topic: Berita / Isu Semasa

Aman Daud

Selama 17 tahun dalam era baru pemerintahan Pas telah gagal membina "kemuliaan" bagi negeri Kelantan. Kelantan kekal sebagai negeri yang tidak boleh berdikari.


Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan sebagai negeri yang dinamakan oleh mereka selama ini iaitu Negeri Yang Baik atau sebagai negeri Mendapat Keberkatan Dari Langit tentunya Kerajaan Kelantan tidak perlu mengharapkan satu sen pun duit daripada kerajaan Pusat dan tidak akan wujud negeri yang perbelanjaan tak cukup.

Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan negeri yang terbaik dan berkat turun dari langit sebagaimana yang ditulis di merata tempat dalam bandar Kota Bharu itu barulah Kelantan mempunyai Izzah iaitu kemuliaan, kekuatan dan kedaulatan.

Maka di mana daulatnya Kelantan jikalau Pas masih terpaksa menagih geran peruntukan dan pinjaman daripada kerajaan Pusat untuk membuat pinjaman mudah (soft loan) untuk memulihkan bekalan seperti air yang sentiasa bermasalah di Kelantan dan juga pembangunan lain, sedangkan selama ini mereka mencemuh Barisan Nasional khususnya UMNO.

Maka dari segi manakah lebihnya kebaikan Kelantan berbanding negeri-negeri lain.

Di manakah keberkatan dari langit untuk Kelantan sebagai yang diwar-warkan?.

Sekiranya Kelantan mempunyai Izzah bukan setakat mereka tidak perlukan bantuan dari kerajaan pusat, bahkan hasil mahsul Kelantan dapat membantu negeri-negeri lain sebagaimana Nabi Yusuf menjadi Menteri kewangan Mesir dulu dapat membantu negeri-negeri berjiran dengan baginda.

Demikian juga negeri Kelantan yang sepatutnya dapat membantu negeri lain kerana kononnya negeri lain tidak mendapat keredaan Allah SWT.

Kerajaan Pas jangan berkata hasil mahsul Kelantan terpaksa diserahkan kepada kerajaan Pusat maka sebab itu ia tidak boleh berdikari. Ini kerana Pas tidak dapat mewujudkan satu Majlis Kerajaan Tempatan di Kelantan yang boleh berdikari, iaitu Majlis Kerajaan Tempatan yang mampu menanggung kos pengurusan dan kos pembangunan tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat.

KEMUNGKARAN- 2
Gagal memajukan ekonomi

Kerajaan Pas berbeza dengan kerajaan Melayu Melaka dulu kerana Kerajaan Melayu Melaka apabila rajanya memeluk Islam, lalu negeri Melaka menjadi lebih makmur.

Kelantan tidak nampak makmur selepas tertubuhnya kerajaan pimpinan Pas pada tahun 1990.

Sebagai perbandingan dengan kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan di Kelantan tidak menunjukkan pertumbuhan yang membanggakan sepanjang 18 tahun pentadbiran kerajaan Pas.

Kelantan bukan pilihan utama pedagang, pengeksport atau pengimport.

Pelabuhan di Kelantan tidak terkenal bagi pendaratan ikan dan tidak ada usaha bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan negeri Kelantan untuk memajukan pelabuhan.

Berbanding dengan Pelabuhan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang sentiasa sibuk dengan pedagang dari timur dan barat.

Kerajaan Pas gagal menjadikan Kelantan sebagai Pusat Dagangan Dunia walaupun kedudukan Kelantan sebagai distinasi strategi sebagai laluan perkapalan ke Asia Timur.

Apakah kerajaan Pas tidak pernah terfikir mengenai hal ini? Beberapa tahun lepas Pas telah meletak batu asas untuk Pelabuhan Darat di Kuala Krai, namun sekarang belum nampak apa-apa, bahkan papan tanda pun sudah dipenuhi oleh pokok Kapal Terbang, bukannya Kapal Terbang.

KEMUNGKARAN- 3
Gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat

Bidang perindustrian tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk anak Kelantan.

Bilangan kilang dan peluang pekerjaan yang ada adalah sangat sedikit tidak setara dengan pertambahan bilangan remaja dan golongan yang mencari pekerajaan.

Maka anak muda Kelantan terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ibu ayah serta sanak keluarga untuk mencari rezeki sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor negeri yang diperintah oleh BN yang kononya tidak Islam.

Sepatutnya apabila kerajaan Pas ditubuhkan maka orang dari luar Kelantan akan berduyun-duyun mencari rezeki di Kelantan.

Bahkan apabila hampir hari raya rakyat Kelantan berduyun-duyun balik ke Kelantan dan ramai yang menemui ajal dalam perjalanan.

Kerajaan Kelantan gagal menarik pelabur secukupnya dan agensi-agensinya pula gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan secukupnya untuk rakyat.

Kerajaan Pas tidak boleh mengaitkan penghijrahan anak muda ke luar Kelantan adalah perkara lumrah dan tradisi rakyat Kelantan.

Memang benar pada tahun 1950an orang Kelantan berhijrah ke Thailand yang lebih dikenali dengan istilah pergi ke Barat  dan kemudiannya rakyat Kelantan pergi ke Singapura menjadi buruh kontrak.

Ini disebabkan pada ketika itu peluang pekerjaan amat susah kerana Malaysia masih belum merdeka.

Maka apakah kerajaan Pas yang kononnya mengikut Sunnah berpuas hati untuk melihat dasar yang merugikan itu terus berjalan.

Memang betul apabila mereka bekerja di luar Kelantan mereka akan membawa hasil ke Kelantan tetapi tidakkah lebih baik Kelantan menjadi negeri pemberi hasil bukannya penerima hasil.

Tidakkah Tok Guru pernah mengajar bahawa Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima?

Apakah usaha Pas selama 18 tahun untuk menjadikan Kelantan negeri yang memberi hasil bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi kepada rakyat luar Kelantan?

KEMUNGKARAN- 4
Pas Sentiasa menyalahkan orang lain

Sebagai contoh dan renungan iaitu pada 13 Jun 1996 Hj Abdul Hadi Awang Presiden Pas semasa merasmikan muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke 37 mendakwa bahawa pentadbiran Pas terganggu kerana terdapat dua lagi kerajaan yang memerintah negeri tersebut sejak pilihan raya umum 1990.

Dua kerajaan tersebut menurut Hj Abdul Hadi ialah pihak istana dan pihak kerajaan pusat.

Jikalau Pas mempunyai keperibadian sebagai sebuah kerajaan yang berhemah dan berwibawa, tidak timbul dakwaan sedemikian. Jikalau benarlah Pas melakukan kebaikan tentunya ia disukai oleh semua pihak termasuk istana dan kerajaan pusat.

Apa yang diketahui pihak Istana bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan Negeri. Maka apabila Hj Abdul Hadi menuduh Istana mengganggu kerajaan Pas sepatutnya beliau mengemukakan secara terperinci apakah gangguan yang dilakukan oleh pihak istana Kelantan.

Ini adalah sifat pemimpin Pas yang sentiasa menyalahkan orang lain.

Sebagai contoh lagi; dalam soal hukum hudud pula, Sultan Kelantan telah menandatangani warta bagi memperkenankan pelaksanaan hukum hudud.

Tidak pernah rakyat Kelantan mendapat tahu bahawa Istana menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Jikalau benarlah Haji Hadi dapati ada gangguan sepatutnya beliau menyenaraikannya satu persatu bagi memudahkan kita semua menyemak dan meminta penjelasan dari sultan.

Sultan Kelantan bukannya manusia yang susah berkira. Baginda masuk kampung keluar kampung untuk bersolat Jumaat dan makan bersama orang kampung.

Baginda bukannya manusia berwatak dewa yang tinggal di kayangan tanpa mempedulikan nasib rakyat. Maka apakah kunjungan raja bertemu rakyat itu boleh dikatakan satu gangguan?

Apakah yang Pas kehendaki daripada Istana Kelantan? Satu pertanyaan yang tidak mungkin berani dijawab oleh pihak Pas kerana pemimpin Pas sendiri banyak melakukan salah laku terhadap rakyat termasuk gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sehingga ditegur oleh Sultan Kelantan di dalam Persidangan DUN Kelantan baru-baru ini.

Pas sepatutnya bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang boleh duduk bersila dengan Menteri Besar. Berbincang dan berbual mesra tanpa ada protokol dan sekatan yang bukan-bukan.

Apa yang jelasnya ialah kegagalan Pas memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat yang menyebabkan istana membuat teguran.

Teguran Istana Kelantan dianggap berbisa kepada Pas kerana Istana Kelantan mempunyai kedudukan yang tinggi di kaca mata rakyat Kelantan.

Istana Kelantan bukan terdiri daripada kalangan kaki judi, kaki arak atau kaki maksiat. Inilah yang sebenarnya menakutkan Pas. Pas juga menyifatkan Kerajaan Pusat sebagai pengganggu.

Apa yang dilihat oleh rakyat ialah Kerajaan Pusat banyak menyumbang bagi memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bahkan kerajaan pusat telah memberi peruntukan yang begitu banyak ke negeri Kelantan.

Dulu pernah kerajaan negeri Kelantan meminta pinjaman wang dari Kerajaan Pusat untuk memulihkan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan, dan telahpun Pusat membantunya, walaupun Pas masih gagal menjernihkan air.

Di manakah rasionalnya tuduhan Hj Abdul Hadi tersebut. Melalui pelbagai agensi Kerajaan Pusat telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Kelantan.

Apakah Pas buat-buat tak nampak melihat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan.

Melalui pelbagai agensi, Kerajaan Pusat melaksanakan program peningkatan ekonomi kampung, pemulihan rumah, pemberian susu penuh krim kepada murid-murid sekolah, bantuan buku teks, perpustakaan desa, makanan tambahan di sekolah-sekolah dan Taman Bimbingan kanak-kanak, projek ternakan haiwan, projek perikanan, skim bantuan buku teks, skim alaun pekerja cacat, khidmat bimbingan dan pengembangan pertanian, membina rumah kepada rakyat termiskin, subsidi baja padi, subsidi harga padi, membuka Pasar tani, memberi peruntukan yang besar kepada kelas fardu ain (KAFA) pembinaan jalan kampung, membina bangunan sekolah yang baru, dan pelbagai jenis program untuk membantu masyarakat Kelantan.

Maka apakah yang boleh disenaraikan oleh kerajaan Kelantan dalam konteks memberi kemudahan kepada rakyat?

Apakah cukup dengan kerajaan Pas membina papan tanda Islam, membina pintu gerbang Islam, membina hotel Islam dan mendabik dada kerana kononnya Menteri Besar tidak menerima elaun itu dan ini?

Berapa kalikah dalam setahun Pak Chu, Mak Chu, Pak Da, Mak Da, Tok Wak, Tok Ayah , Pak Chik, Mak Chik, Tok Lebai, Tok Aji yang tinggal di kampung-kampung tidur di Hotel Islam Pas?

Apa yang diperlukan oleh mereka ialah kemudahan yang terus dapat dinikmati oleh mereka seperti perumahan yang baik, bekalan api elektrik, air yang bersih, jalan yang sempurna dan kemudahan untuk mencari rezeki bagi anak-anak.

Apakah pemimpin Pas tidak pernah memikirkan kepayahan sebuah keluarga yang berpisah dengan anak gadis kerana anak gadis terpaksa meninggalkan Kelantan untuk mencari rezeki ke luar negeri.

Apakah ini tidak termasuk di dalam agenda yang dilaung-laungkan sebagai membangun bersama Islam dan Kepimpinan Ulama?.

Amat memalukan jikalau inilah situasi yang dijadikan model untuk menunjukkan Kelantan sebagai sebuah bandar raya dan negeri Islam, lebih-lebih lagi sebagai Serambi Mekkah.

Dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan pusat, kita hairan bagimana cara berfikir pemimpin Pas yang menuduh kerajaan pusat mengganggu Kelantan.

KEMUNGKARAN- 5
Tamakkan jawatan.

Sebagai renungan sejarah. APU pecah kerana kegagalan Pas dalam perkahwinannya dengan parti Melayu Semangat 46.

Kegagalan yang pertama ialah perkahwinan tersebut ibarat kahwin lari ke Narathiwat kerana sepanjang lapan tahun perhubungannya dengan Semangat 46, Pas tidak pernah menandatangani sebarang surat perjanjian secara hitam putih dengan Semangat 46.

Tidak ada MoU bertulis, apa yang ada ialah ceramah bersama, dan mesyuarat bersama. Kesan daripada tiadanya perjanjian bertulis itulah maka apabila berlakunya perpecahan Pas dengan Semangat 46 pada tahun 1996 masalah harta pesaka dan penjagaan anak-anak tidak dapat diselesaikan.

Masing-masing hanya dapat tuduh menuduh. Pas mendakwa Semangat 46 isteri yang curang. Semangat 46 mendakwa Pas gagal beri nafkah secukupnya.

Apa yang rakyat dapat lihat ialah sebagai parti Islam, Pas gagal berdakwah kepada Parti Semangat 46. Pas hanya mahu memperalatkan Semangat 46 bagi kepentingan politik sendiri bukannya menggunakan kesempatan yang ada untuk berdakwah kepada Semangat 46.

Yang sebenarnya mana mungkin Pas boleh berdakwah jikalau Pas sendiri gagal untuk menunjukkan tata laku yang baik.

Sudah pasti terlalu banyak susahnya daripada senang bagi Semangat 46 ketika bersama Pas menyebabkan Semangat 46 sanggup menebalkan muka kembali rujuk kepada UMNO.

Tidak mungkin tergamak untuk pemimpin Semangat 46 yang duduk bersama dengan pemimpin Pas selama lapan tahun sanggup lari meninggalkan Pas jikalau tidak ada satu-satu perkara yang besar.

Pas jangan hanya menyalahkan Semangat 46 sahaja, tiliklah diri sendiri. Hasil daripada kegagalan muafakat Pas - Semangat 46 menyebabkan rakyat tidak hormat kepada Pas kerana gagal memberi tarbiah kepada Semangat 46.

Mana mungkin Semangat 46 boleh hormat kepada Pas jikalau pemimpin Pas sendiri berlumba-lumba mengejar habuan dunia seperti balak dan sebagainya selepas menang pilihan raya umum 1990.

Selepas menang pada tahun 1990, Pas mengamalkan politik gomol. Gomol sungguh-sunguh. Pas gomol Jawatan Timbalan Menteri Besar, gomol lima jawatan utama di Pejabat Unit Dakwah Halaqat, gomol semua 14 jawatan pegawai dakwah Halaqat peringkat Parlimen dan gomol kira-kira 90% jawatan yang wujud di bawah unit tersebut.

Daripada 24 jawatan di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Pas gomol 19 jawatan dan di Pusat Kajian Strategik Pas gomol sungguh-sungguh dengan meninggalkan hanya satu jawatan untuk Parti Semangat 46.

Politik gomol Pas ini lebih parah selepas pilihan raya umum 1995. Jawatan pengerusi-pengerusi anak syarikat SEDC diambil alih satu lepas satu daripada parti Semangat 46, kuota EXCO 46 yang diberi kepada Berjasa diambil oleh Pas selepas calon Berjasa kalah di DUN Kota Lama, kuota Ahli Majlis Daerah dan Ahli Majlis Perbandaran diubah tanpa mendapat restu dan persetujuan Parti Semangat 46.

Politik gomol ini memakan diri apabila Semangat 46 gomol Pas pula apabila mereka menyertai UMNO secara beramai-ramai.

Kesimpulan yang dapat difahami daripada peristiwa tersebut ialah membuktikan bahawa Pas bukannya Idola atau model terbaik. Pas tak lebih daripada Parti hipokrit dan parti mecemarkan imej Islam semata-mata.

KEMUNGKARAN- 6
Pas berbohong untuk mewujudkan Badan Hisbah

Kerajaan Pas Kelantan berbohong kerana berdolak dalih dalam melaksanakan janji pilihan raya untuk mewujudkan Hisbah.

Maka daripada apa yang berlaku di Kelantan tidak ada seorang rakyat atau pengundi pun yang patut tertipu dengan janji Pas untuk mewujudkan badan Hisbah bagi mengawal ahli politik dan jentera kerajaan.

Janji yang penuh-penuh mulut daripada kononnya puak tok-tok guru itu, rupa-rupanya apabila sampai ke peringkat pelaksanaan tidak melaksanakannya dengan berbagai-bagai alasan.

Jikalau Pas jujur dan telus dalam memerintah Kelantan tentunya badan Hisbah diwujudkan pada hari yang sama MB melafaz ikrar sumpah jawatan.

Pada 5 Februari 1996 buat kali terakhir Parti Semangat 46 menghantar wakil menemui MB Nik Aziz meminta supaya ditubuhkan badan Hisbah.

Permintaan ini dipekakkan oleh Nik Aziz walhal yang berjanji untuk menubuhkan Hisbah bukannya Semangat 46 tetapi lahir daripada mulut tok guru keramat Pas.

Sebelum itu pernah akhbar Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Menteri Besar yang hanya mahu menubuhkan suruhanjaya menyiasat salah laku pentadbirannya setelah hokum hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan.

Ini adalah satu auta atau helah politik Pas kerana Pas sendiri sedar mereka tidak akan boleh melaksanakan hukum hudud tanpa perlu meminda terlebih dahulu perlembagaan persekutuan.

Selepas Kerajaan Pusat membentangkan Akta Rasuah, pada tahun 1997 MB, Nik Aziz menegaskan tidak perlu lagi ditubuhkan Hisbah kerana akta tersebut sudah memadai.

Rakyat berpendapat bagaimana mungkin Pas berani menubuhkan badan Hisbah kerana dari segi zahir ramai pemimpin Pas yang ketara sekali perubahan gaya hidup selepas menang, dan jika dilaksanakan badan tersebut, maka pemimpin Pas lah yang paling ramai sekali terkena.

Ada yang sibuk dengan bush jaket dan bergaya melebihi Ketua Jajahan. Ada yang gantung kot dalam kereta mewah dan pelbagai karenah yang membayangkan ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Pas.

Sepatutnya selepas menang mereka semakin warak tetapi apa yang berlaku selepas menang oh lagi bergaya.

Apakah yang memungkir janji untuk menubuhkan Hisbah itu tidak akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana nama mereka tok-guru?

Maka selagi Sungai Kelantan mengalir ke Laut China Selatan, jangan diharap Pas berani menubuhkan badan hisbah.

Usaha mendesak Pas melaksanakan hisbah adalah sama seperti usaha memandikan gagak dengan harapan bulu gagak menjadi putih. Habis air tujuh kuala pun bulu gagak tetap hitam.

KEMUNGKARAN- 7
Keceluparan mulut Nik Aziz.

Keceluparan mulut Nik Aziz memang banyak antaranya Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai UMNO selepas pilihanraya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.

Apakah yang mungkir janji untuk menubuhkan Badan Hisbah tidak akan dibakar hidup-hidup dalam neraka? Apakah tarafnya Nik Aziz dengan Allah SWT berbanding orang lain.

Adakah bila Parti Pas bernama Islam maka akan kebal daripada segala hukum dan Umno tidak bernama Islam akan masuk neraka.

Sebenarnya soal neraka atau syurga adalah hak mutlak kepunyaan Allah. Allah memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memasukkan ke neraka sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Dalam seluruh isi al-Quran telah menetapkan bahawa orang Islam yang beriman dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi syurga tanpa disebut Pas atau Umno, kalaulah neraka ada kena mengena dengan Pas, maka apakah nasib negara yang tidak ada Pas adakah kesemuanya akan masuk neraka belaka?

Sebenarnya bukan urusan pemimpin Pas untuk menentukan sianu bin sianu masuk neraka.

Nik Aziz juga celupar mulut apabila mendakwa mahu meminta tolong dengan syaitan dan mahu menerima Perdana Menteri Bukan Islam.

Syaitan adalah musuh ketat manusia. Bagimana mungkin syaitan dapat dijadikan penolong bagi orang yang beriman.

Antara sebab orang Pas mengkafirkan orang Umno ialah kerana Umno melantik orang bukan Islam menjadi pemimpin maka bagaimana pula Nik Aziz bersetuju untuk bekerjasama dengan DAP atau bersetuju melantik orang bukan Islam sebagai Perdana Menteri.

Nik Aziz juga celupar mulut mengatakan orang Islam boleh memaki orang Islam lain kerana Allah sendiri pernah memaki Abu Lahab.

Nik Aziz juga celupar mulut mengatakan Ulama Umno sebagai ulama darah haidh dan nifas.

Nik Aziz juga celupar mulut mengatakan perjuangan Umno adalah sesat. Dan berbagai-bagai lagi keceluparan Nik Aziz.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga celupar mulut mengatakan bahawa perkataan barua dianggap lebih beradab daripada perkataan babi, kera dan taghut yang disebut di dalam al-Quran.

KEMUNGKARAN- 8
Pas mengekalkan perlembagaan Taghut

Kegagalan Pas meminda undang-undang tubuh Negeri Kelantan yang dahulunya disifatkan sebagai undang-undang taghut amat memalukan.

Apa yang dipinda dari undang-undang tubuh tersebut ialah undang-undang anti lompat bagi memecat mana-mana ahli dewan undangan negeri yang bertukar parti. Akhirnya pindaan tersebut dibatalkan oleh mahkamah

KEMUNGKARAN- 9
Gagal menjaga kredibiliti agensi yang ditubuhkannya

Sebagai contoh Buletin "Membangun Bersama Islam" pernah menyiarkan berita berbentuk fitnah kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa ketika itu Saudara Fatmi Che Salleh(sekarang bergelar Dato) dengan mendakwa beliau telah ditangkap kerana terbabit dalam cubaan menyogok wang kepada pengundi semasa pilihanraya kecil Sungai Pinang.

Ekoran daripada peristiwa tersebut, Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan telah terpaksa memohon maaf secara terbuka melalui surat-surat khabar.

Akibat daripada penyiaran rencana tanpa merujuk kepada sumber yang sah itu kerajaan Pas terpaksa membelanjakan Lapan Ribu Ringgit Wang rakyat sebagai bayaran ganti rugi kepada pihak UMNO Kelantan.

Tindakan pemimpin Pas dalam menyalahgunakan buletin kerajaan untuk kepentingan parti bukan sahaja tindakan salahguna jentera kerajaan untuk kepentingan parti, tetapi tindakan yang merugikan wang rakyat.

Oleh itu jangan disangka jikalau Pas memerintah kerajaan Pusat perkara yang sama tidak akan berulang kembali.

Tindakan menyiarkan berita palsu melalui media kerajaan yang didakwa sebagai kerajaan Islam adalah amat memalukan umat Islam. Dalam hal melakukan fitnah ini Islam telah menetapkan neraka Jahanam tempat duduk mereka, sila lihat ayat dalam surah al-Buruj

KEMUNGKARAN- 10
Tidak melaksana hukum Islam di Kelantan

Berulang kali Pemimpin Pas mendakwa mereka sedia membubarkan parti Pas jikalau UMNO melaksanakan hukum Islam. Apa yang ajaibnya pemimpin Pas tidak sedar bahawa Pas yang sebenarnya tidak bersedia melaksanakan hukum Allah.

Sebagai bukti kecil, Harakah 22 Mei 1987 menyiarkan kenyataan Ustaz Hassan Sukri, Setiausaha Agung Pas ketika itu yang menyifatkan Undang-undang Pentadbiran hukum syarak seperti yang dipinda dan diamalkan oleh Kerajaan negeri Kelantan sebagai satu undang-undang yang besar kesesatannya.

Ini kerana mengikut Ustaz Hasan, mereka telah meminda hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas Kelantan hari ini meneruskan pelaksanaan pentadbiran hukum syarak yang dahulunya disifatkan sebagai sesat.

Penggubalan undang-undang berhubung Nikah kahwin tidak berkait langsung dengan kuasa kerajaan Pusat. Maka apakah sebenarnya sebab Pas meneruskan pelaksanaan hukum yang dahulunya disifatkan sesat.

Apakah jikalau orang lain buat sahaja sesat, tetapi jikalau Pas buat tidak sesat? Dan memang itulah perangai Pas.

Umno beri duit kepada rakyat dikatakan Rasuah, tetapi kalau Pas beri duit kepada rakyat dianggap Sedekah.

Jikalau Pas tidak mampu melaksanakan hukum Allah maka apa perlunya Pas sibuk mahu pihak lain melaksanakan hukum Allah.

Sepatutnya Pas buat terlebih dahulu hukum Allah itu kemudian barulah boleh menuduh pihak lain enggan melaksanakan hukum Allah. Pas tidak seharusnya menjadi ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan ibunya sendiri berjalan mengiring. Apakah Pas sebuah parti yang istimewa di sisi Tuhan sehingga tidak perlu melaksanakan apa yang dikatakan?


BN desak jawatankuasa hisbah siasat ADUN Kelantan

Tidur lebih sampai lupa semua janji, orang yang mungkir janji ialah Mu********

Selasa November 20, 2007

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan didesak supaya segera menubuhkan satu jawatankuasa hisbah bagi memantau dan menyiasat penyelewengan yang mungkin dilakukan sama ada oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau kerajaan negeri.

Ketua pembangkang Datuk Seri Annuar Musa (BN-Kok Lanas) berkata bahawa sebaik sahaja membentuk kerajaan negeri pada 1990, PAS berjanji akan menubuhkan jawatankuasa itu yang turut berfungsi sebagai badan bagi mengawasi pemilikan harta yang diisytihar oleh anggota dewan.

"Tetapi, walaupun sudah 17 tahun memerintah Kelantan, PAS masih lagi gagal menunaikan janji itu," katanya pada persidangan dewan itu ketika berucap menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan perasmian Sultan Kelantan.

Annuar berkata beliau hairan kenapa sehingga sekarang PAS takut untuk menubuhkan jawatankuasa itu dan ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya.

Beliau berkata penubuhan jawatakuasa itu sangat diperlukan agar setiap anggota dewan perlu mengisytiharkan harta pemilikan masing-masing.

Datuk Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) turut menyokong saranan Annuar itu kerana, katanya, ini akan membolehkan kerajaan negeri menyiasat dan membentangkan hasil siasatannya kepada dewan untuk dibahaskan.

Jawatankuasa itu, katanya, boleh menyiasat dakwaan termasuk oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini bahawa terdapat pihak tertentu cuba menyogoknya dengan wang berjuta ringgit untuk mendapatkan tender kawasan balak.

"Kalau perkara yang kecil PAS tidak boleh buat macam mana nak perintah Kelantan dengan baik dan bagaimana nak buat benda yang lebih besar," kata Mustapa, yang juga Menteri Pengajian Tinggi.

Beliau berkata PAS sepatutnya mencontohi kerajaan pusat yang menubuhkan suruhanjaya penyiasat apabila timbul isu-isu besar bagi kepentingan negara. BERNAMA

PAS bohong tentang Hisbah

Nurul Nizam wrote:

Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.

Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Angkatan Pemuda Insaf: Lain kali cermin diri dulu!

Pas bercakap ikut kepala lutut, lain kali kalau cakap guna akal, dok hina Umno, Umno tu lah yang bagi senang rakyat Malaysia. Harap Pas habuk pun tak ada.

Angkatan Pemuda Insaf wrote: Gendang sudah di palu. Baiah sudah di seru.... United Munafik National Organisation [UMNO] mahukan puak munafik jangan bermunafik sesama sendiri. Janji janji munafik ditabur kpd rakyat. Puak munafik tidak dibenarkan berpecah belah demi perjuangan munafik.

Sedap sungguh mulut Pas cakap. United munafik ya?.

Kalau munafik HARAM bagi puak-puak PAS makan gaji dengan kerajaan dan haram meminta bantuan dan pertolongan dari munafik.

Pelik ya, bantuan RM 100 sapu juga , ada keluarga Pas dapat RM 1000 dan tambah RM 200 untuk baucer buku bagi mereka di IPT.

Dahulu semasa munafik bayar rebat cukai kenderaan puak-puak Pas juga yang bersesak-sesak di pejabat pos.

Hoi! Orang-orang Pas sedar lah diri sikit!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pendengaran Awam PSC di Kuching

DAP cadangkan hanya mereka lahir d sarawak harus mengundi d sarawak - polis, tentera yg berkhidmat d sini walaupun lama, tak boleh mengundi. Cadangan tersebut dpd DAP Sarawak.

We need to mention this. That DAP Sarawak don't percaya Polis and Tentera Semenanjung menjaga keselamatan d negeri sarawak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rakyat di Kelantan miskin di bawah PAS.

85 % penduduk Kelantan melibatkan RM 2.6 juta untuk membantu rakyat yang berpendapatan RM 3000 ke bawah.

PAS berbangga dengan 20 tahun pemerintahan Nik Aziz yang tidak pernah memikirkan nasib rakyat.

Sekolah, kolej dan lain-lain Institusi pengajian tinggi di Kelantan adalah usaha kerajaan persekutuan.

Bila TM kutuk Pas yang makan gaji duit haram, Pas kata itu duit rakyat, Kalau duit rakyat mana bantuan dari kerajaan PAS, mana sekolah dan IPT Pas?

Mana masjid yang Pas buat di Kelantan? Ada tapi sebiji saja.

MEMALUKAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gaduh di Tesco Rebut Parking



PENYOKONG BERSHIT 2.0 TUNJUK SAMSENG DINEGERI YANG DIPERINTAH MEREKA

176 aduan diterima babit pemilihan PKR: Saifuddin



PEMILIHAN CABANG DAN BATANG PKR 2010 MENERIMA 176 BANTAHAN, APA CERITA, SENYAP SUNYI SAMPAI SEKARANG?

DALAM KONVENSYEN PKR DI JOHOR BARU-BARU INI SAH KAH DIBUAT KALAU YANG DULU PUN TIDAK SELESAI?

Ladang Ternak Babi Masih Membelenggu Penduduk Kampung Tanjung Layang

Resepi rahsia disebalik kesedapan McD {LikeMyPage : http://on.fb.me/qwiz...



Ini bukan mesin buat daging burger, tetapi mesin peracik untuk melupuskan lembu yang berpenyakit.

lembu dicincang hidup hidup



Lembu berpenyakit dicincang hidup-hidup.

video kekejaman pemotongan hewan di indonesia by didi zakies.flv



Kezaliman manusia terhadap haiwan yang mahu disembelih.

Masih mau makan Ayam?



Jika ke Indonesia, jangan makan ayam.

Borang pemberian bantuan RM500 pada 10 Dis ini-DS Zambry

My Voice 1M - Bala Tentera Baharu BN

Tangkis Fitnah Secara Realiti dan di Alam Maya

Perang Mulut Khalid - Penduduk Serlah Janji Palsu Pakatan

bajet defisit kelantan