Sabtu, 13 Julai 2013

Melayu Tidak Wujud di Dunia – Professor Singapura

Kaum Cina di rantau ini nampaknya mempunyai masalah psikologi yang kronik apabila tidak mampu menerima hakikat bahawa mereka bukanlah penduduk asal di sini. Berbagai-bagai percubaan dilakukan mereka untuk menafikan sejarah, hatta kewujudan bangsa Melayu di muka bumi. Semuanya berpunca dari dendam kesumat dan sifat rasis tegar yang enggan menjadi 'nombor 2' dalam meletakkan hak ke atas bumi sebelah sini.

Tidak cukup dengan Cina Malaysia yang tidak jemu-jemu mencuba untuk mengubah sejarah, kini Cina Singapura pula menulis buku konon Melayu tidak pernah wujud. Buku tersebut yang bertajuk 'Contesting Malayness' dengan sendirinya membuktikan masalah psikologi penulisnya yang ingin mencabar kewujudan Melayu. Apa yang didapati ialah, buku tersebut dihasilkan berdasarkan penyelidikan rambang dari buku-buku tertentu dan selebihnya kita pasti hanyalah pendapat dari pemikiran dan emosi penulisnya sendiri.

Hakikatnya, etnologi (suku bangsa), linguistic (bahasa) dan arkeologi (material) mengenai teori migrasi dan asal usul ras (bangsa) Melayu telah pun dibuktikan melalui kaedah DNA oleh penyelidik tempatan, Wan Hashim Wan Teh. Kaedah ini mampu membuktikan umur rumpun bangsa, asal usul dan jejak penghijrahan. Apa yang didapati ialah Melayu adalah penghijrah asal.

Dalam mengekspresi kebenciannya kepada bangsa Melayu, Professor Singapura tersebut nampaknya telah terlepas pandang bahawa sekiranya beliau ingin menafikan kewujudan Melayu, beliau perlu terlebih dahulu menafikan sejarah Siam, Filipina dan Indonesia kalaupun tidak mengiktiraf sejarah yang tertulis di Malaysia.

Malah, beliau juga mungkin perlu menafikan sejarah Melayu Cape Town di Afrika dan juga Guam.

Dalam rujukan sejarah mengenai Guam, tertulis bahawa penduduk asalnya adalah orang-orang Austronesian dari Asia Tenggara yang tiba di sana seawal 4,000 tahun sebelum Masehi. Mereka mempunyai bahasa dan budaya yang mirip dengan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Filipina. Mereka juga dikatakan sebagai tamadun terawal di Pasifik.

Dan di dalam buku Declaracan de Mala e India Meridional oleh seorang Portugis Godinho de Eredia menyebut:

"It is to be noted that the eastern coast of Ujontana was peopled and frequented before the other or western coast; thus the histories relate that Malayos inhabited Pattane and Pam before the foundation of Malacca. At that time the ruler of Pam governed Sycapura and the Monarch who resided in Pattane, the metropolis of the Malayos."

Ini bermakna sejarah Siam mengenai Melayu itu adalah benar, dan sejarah Kedah purba mengenai Melayu juga benar. Sekali gus sejarah kaum Melayu yang membuka Melaka juga benar.

Salah satu cara untuk menjejak sejarah sesuatu bangsa ialah melalui bahasa, termasuk nama-nama mereka. Daripada sejarah serantau, jelas didapati bahawa nama-nama Raja-raja dahulukala turut berbunyi Melayu, bukan Cina atau Eropah. Nama-nama mereka mungkin berbeza sedikit mengikut pengaruh agama tetapi ia tetap membawa identiti Melayu.

Contohnya, Raja Ijau (1584-1616), Raja Biru (1616-1624), Raja Ungu (1624-1635) iaitu adik Sultan Bahdur (1573-1584) serta anak Raja Ungu, iaitu Raja Kuning (1635-1649) membuktikan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di rantau ini.

Terdapat juga sejarah yang menyatakan nama Pattani juga didapati dari perkataan Melayu 'Pantai ini' dan ini juga membuktikan yang Melayu merupakan kaum yang mula bertapak di situ. Oleh kerana Pattani juga termasuk dalam Kedah purba, maka jelaslah bahawa keseluruhan sejarah yang tertulis mengenai kaum ini adalah benar.

Nampaknya, Hujah Professor Singapura jelas tidak punya kredibiliti kerana tidak konsisten dengan kajian DNA mahupun catatan fakta oleh kesemua negara-negara rumpun Melayu di Asia serta pengembara-pengembara Eropah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Kuala Besut: Jangan Terkejut Selepas Bangladesh Timbul Pula Pengundi Siam

Jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 rakyat dimomokkan dengan cerita pengundi hantu berketurunan Bangladesh yang sehingga kini tiada kesahihannya, maka tidak mustahil pembangkang akan mula meracuni pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan wujudnya pengundi hantu berketurunan Siam pula.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Datuk Wan Salleh berkata, beliau tidak menafikan bahawa telah kedengaran desas-desus kononnya terdapat mengundi Siam bakal mengundi di PRK kelak.

"Ini memang telah menjadi alasan lazim pembangkang bila mereka rasa akan kalah atau membuat persediaan sekiranya kalah. Sepatutnya mereka kena buktikan sekarang siapa daripada daftar pemilih yang dikatakan orang tidak layak mengundi atau pengundi hantu.

"Bukan sebar fitnah dan kemudiannya apabila mereka kalah mereka akan mainkan isu ini sama seperti apa yang terjadi pada PRU-13. Mereka buat perhimpunan haram 505 kononnya PRU tidak telus dan terdapat pengundi Bangladesh tetapi sehingga kini mereka tidak mampu membuktikan dakwaan tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online.

Walau apapun ujar Ahmad Farid, beliau yakin bahawa pengundi di di Kuala Besut akan membuat pilihan tepat dan mengulangi keyakinan mereka terhadap BN sepertimana yang mereka terjemahkan di peti undi semasa PRU-13 yang lalu.

Tambah beliau lagi, pengundi Kuala Besut bukanlah objek yang boleh pembangkang 'gula-gulakan' kerana mereka sentiasa yakin dengan kredibiliti BN sepanjang memerintah Negara ini.

"Saya penuh yakin bahawa BN akan mampu mengekalkan kerusi di DUN Kuala Besut ini. Walaupun pembangkang akan cuba pelbagai taktik untuk meracuni fikiran pengundi di sini namun saya percaya kepada para pengundi Kuala Besut yang matang dan mampu menilai kebenaran," ujarnya lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lebih 41,000 Calon Dapat Tawaran Ke IPTA Sesi 2013/2014

Posted: 11 Jul 2013 12:58 AM PDT
PUTRAJAYA, 11 Julai –  Seramai 41,573 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Morshidi Sirat berkata, mereka dipilih daripada 68,702 permohonan.

"Seramai 24,489 atau 58.9 peratus adalah daripada aliran sains dan 17,084 (41.1) peratus lagi aliran sastera.

"Daripada jumlah ini seramai 28,280 calon wanita berjaya mendapat tempat di IPTA dan selebihnya lelaki," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu 49 calon Orang Asli turut menerima tawaran ke IPTA, 68 calon orang kelainan upaya, dan 1,515 atlet kebangsaan dan antarabangsa, katanya.

Morshidi berkata, pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepadacalon yang berjaya mulai Jumaat.

Prestasi calon yang berjaya mengikut kaum adalah 30,903 (74.3 peratus) Bumiputera, 7,913 (19 peratus) Cina, 1,824 (4.4 peratus) India dan 933 (2.3 peratus) kaum-kaum lain, katanya.

Morshidi berkata, seramai 5,765 calon ditawar mengikuti program pengajian kompetitif iaitu perubatan (699), pergigian (119), farmasi (260), undang-undang (385), kejuruteraan kimia (953), kejuruteraan mekanikal (1,304), kejuruteraan elektrik dan elektronik (1,122) dan perakaunan (923).

Beliau berkata, kejayaan calon untuk memperoleh tempat di IPTA bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon.

"Jika merit calon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka," katanya.

Morshidi berkata selain itu, jika calon hanya memohon di IPTA yang popular, mereka akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata semakan keputusan permohonan ke IPTA bolehdibuat melalui laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my bermula Khamis, atau menghubungi talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

"Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 21 Julai. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA," katanya.

Mereka juga boleh datang ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, JabatanPengajian Tinggi di Presint 5 untuk membuat semakan mulai hari ini sehingga 21 Julai.

Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari melalui e-Rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my mulai Khamis dan berakhir 21 Julai 12 tengah malam.

Katanya, keputusan pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat danrayuan dianggap gagal jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30September depan.

Morshidi berkata, tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1sehingga 2 September.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kesilapan Mahathir terhadap Anwar

Duta Vatican City Diberi Masa 7 Hari Tarik Balik Sokongan Kalimah Allah ...