Khamis, 19 April 2012

Adam Bangsat punca segala....



BERLAWANAN dengan sangkaan banyak pihak, 'serangan' awal pagi yang ditujukan kepada sekumpulan pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi bukanlah disebabkan oleh penyokong mana-mana parti politik.

Sebaliknya berdasarkan maklumat yang penulis terima, ia dilakukan oleh sekumpulan 'penduduk Flat Kg Kerinchi' yang tidak berpuas hati dengan Adam Adli kerana campur tangan dalam proses pemindahan penduduk di kawasan mereka tempoh hari.

Tindakan Adam Adli yang cuba menjadi hero dalam kejadian pada 2hb April 2012 itu telah menyebabkan projek pembangunan Flat tersebut yang sudah semakin uzur itu, tertangguh hingga kini dan menyusahkan majoriti penduduk disitu. Dalam kejadian tersebut Adam Adli mendakwa ditumbuk dan mendapat kecederaan kecil sebelum diselamatkan oleh pihak polis.

Rasa tidak puas hati itulah yang membawa kepada kejadian awal pagi tadi yang hampir menyebabkan ketegangan antara dua pihak berlawanan atau dalam bahas Inggerisnya di panggll 'unfinished business'.

Tapi itu tidak bermakna penulis menyokong perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana pihak terbabit. Cuma, kita perlu menjelaskan disini sebelum ada yang menuduh UMNO atau polis menjadi dalang di sebalik serangan tersebut.

Kita faham sangat dengan modus operandi pembangkang atau mana-mana pihak yang dinaunginya. Adalah biasa bagi mereka meletakkan kesalahan kepada UMNO dan kerajaan setiap kali sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka. Walaupun hakikatnya masalah itu adalah disebabkan oleh mereka sendiri.

Itupun, dalam sidang media yang diadakan oleh kumpulan ini di Dataran Merdeka sebentar tadi, mereka sempat menuduh polis menzalimi mereka kerana tidak datang membantu dalam serangan awal pagi tadi. Walhal pihak polis memang ada di tempat kejadian tapi menghadapi kesulitan untuk meleraikan pergaduhan tersebut akibat dari jumlah yang terlibat agak ramai.

Rasa penulis, kerajaan dan polis pun tidak berminat untuk masuk campur dalam soal budak-budak yang semakin kehilangan arah ini. Arah 'perjuangan' mereka itupun semakin huru hara. Dari matlamat asal untuk memperjuangkan pemansuhan PTPTN, bertukar dan bercampur baur dengan pelbagai isu lain yang tidak berkaitan.

Takkanlah polis nak membazirkan sumber dan tenaga untuk memastikan keselamatan budak-budak yang mencari masalah sendiri ini. Di luar sana ada lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan dari pihak polis. Tidak ada siapa yang memaksa mereka mendedahkan diri kepada bahaya seperti itu, itu adalah pilihan masing-masing.

Benarlah kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, siapa suruh cari masalah?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.