Rabu, 18 Julai 2012

Harakah bela SYIAH SESAT lagi...!!!

Sememangnya Akhbar Harakah tidak dapat dipisahkan dengan SYIAH SESAT.

Mereka mengangkat SYIAH SESAT Pengkafir Sahabat. Di mana, dengan pengkafiran SYIAH SESAT terhadap sahabat ini adalah seperti meruntuhkan Islam itu sendiri.

Dalam masa yang sama juga mereka menyebarkan tulisan² SESAT SYIAH di akhbar mereka. Kenapa dengan Harakah ni..?? Mereka tak tahu ke..??

Takkan asyik terlepas pandang. Kata expert bab Agama..??

Lalu persoalan yang timbul, di manakah rasionalnya laungan mereka memperjuangkan Islam..??

Link: http://www.harakahdaily.net/index.php/letter/11754-tv-hijrah-didakwa-pecahbelahkan-i
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS MALU BESAR PENEROKA TIDAK SOKONG HIMPUNAN OREN

Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran parti itu Sabtu lalu.

Selama hampir sebulan, media rasmi PAS, Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka.

Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut, malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang.

Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan pembangkang.

PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa penyenaraian FGVH merupakan tawaran awam awal kedua terbesar didunia selepas pengapungan Facebook Inc.

Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyenaraian FGVH adalah saru rahmat besar bagi 112,635 peneroka di seluruh negara.

Sejak diasaskan oleh ayahanda Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdul Razak Hussien 56 tahun lalu, Felda telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu di negara sendiri.

Daripada menjadi bangsa yang miskin dan tidak memiliki tanah dan aset, kini orang Melayu boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.

Tidak lagi Melayu dilihat oleh kaum Cina dan India sebagai kaum bangsat yang merempat di tanah air mereka sendiri.

Tindakan Perdana Menteri menyenaraikan FGVH adalah langkah bijak serta menjadi satu lagi tanda aras kejayaan atau 'milestone' dalam sejarah panjang Felda.

Setelah penat lelah serta membanting tulang empat kerat mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kini peneroka biberi peluang pula memiliki pegangan saham dalam salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.

Masa depan yang cerah bagi sektor perladangan dengan unjuran permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit bermakna saham peneroka di dalam FGVH akan mempunyai nilai yang lebih tinggi.

Bagaimanapun semua kejayaan Felda yang dikecapi oleh golongan peneroka (termasuk juga ramai ahli PAS!) tidak bermakna bagi PAS kerana parti itu hanya melihat kepentingan politik sempat parti itu dan bukannya kepentingan bangsa Melayu.

PAS juga malu apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertindak membeli 500,000 unit saham FGVH.

Malah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata keputusan PKNK mungkin berdasarkan faktor keuntungan dan bukan pegangan politik.

Apabila dilihat memberi keuntungan, pemimpin PAS dengan segera boleh mengeluarkan fatwa menghalalkan sesuatu yang sebelumnya haram baginya!

Himpunan Oren yang gagal itu juga memperlihatkan sikap bermuka-muka parti rasis DAP yang menepuk dada sebagai pejuang bangsa Melayu.

Jika benar dakwaan PAS penyenaraian FGVH merugikan orang Melayu, mengapa satu batang hidung pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng tidak kelihatan pada himpunan tersebut?

PAS sanggup bersekongkol dengan parti anti-Melayu itu demi kepentingan politiknya tetapi dalam banyak hal DAP sebenarnya tidak menyokong PAS, termasuklah Himpunan Oren yang dianjurkan.

PAS menghasut warga peneroka Felda untuk menentang kerajaan kononnya atas kepentingan Melayu tetapi mereka lupa melihat diri dalam cermin sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Mungkin pemimpin PAS seperti Abdul Hadi, Nik Aziz dan Mat Sabu boleh jelaskan ke mana perginya dana RM50 juta hasil pelaburan 20,000 anggota parti di dalam Koperasi Al-Hilal milik parti itu?

Ke mana lesapnya wang ahli PAS yang sebegitu banyak?

Alasan yang diberi ialah kegagalan pelaburan atau ini hanyalah sandiwara pak lebai untuk menutup skandal pemimpin PAS yang menyonglap wang tersebut?

Bak kata pepatah, PAS ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan tahi; mengata orang itu dan ini, tidak betul, tidak Islamik tetapi diri sendiri penuh dengan kecacatan dan keburukan yang tidak mampu diselindungi lagi.

Sekian/...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Land Beneath Water: Khalid Ibrahim & Tony Phua Lied

In trying to defend the Selangor Government's decision in buying land owned by Talam which 80 of it consist of water, Chief Minister, Khalid Ibrahim and DAP Publicity Secretary, Tony Pua had lied to rakyat, Selangor rakyat especially, by claiming that Bursa Saham and Security Commission had made evaluations on the price of the land.

In short, DAP and Selangor government tried to defend their decision in buying the overpriced land which do not bring any profit and at the same times uses the names of Bursa Saham and Security Commission. What they are trying to tell is that the purchase is legit and the price has been evaluated by through the right channel.

However, everything changes on July 12 when Trinity Corporation Berhad (previous name for Talam Corporation Berhad) came out with a notice to Bursa Saham saying that the statement given by Khalid Ibrahim and Tony Pua claiming that Bursa Saham and Security Commission had made evaluations on the price of the land is NOT TRUE.

Here is the link which can be used as reference:
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1010201

This then raised another question about the credibility of both of these leaders who dared to lie to rakyat just to cover the scandal within the administration for spending people of Selangor's money.

We need to remember that prior to 2008, Talam Corporation owed money to Selangor government, but when Pakatan Rakyat took over, things went the other way round - state government owed money in order to settle Talam's financial issue when Menteri Besar Incorporated (MBI) bought all of Talam's debt to a few other state government subsidiary companies worth RM392 million.

That is just the cash part, other transactions including transaction of property asset worth RM676 million is one of the things that are being debated now.

And while Khalid Ibrahim as the CM tries to convince Selangor rakyat that the debt management actually follows all of the procedures, we were then shocked by statement made by Talam themselves saying that the evaluation process of the property did not include any third party (Bursa Saham and Security Commission) like what was claimed by Khalid & Tony Pua.

So can we say here that it is true what MCA Youth Professional Bureau Chief, Datuk Chua Tee Yong said that the land at Bestari Jaya which was bought by Selangor government from Talam is actually RM42 million more expensive than regular market price?

Writer cannot see why we cannot say such thing. Even though during a press conference, they did say a lot of things, but to make things short, Khalid Ibrahim and Tony Phua only defended the transaction with one excuse - Bursa Saham and Security Commission had made evaluations on the price of the land, which is now proven to be a lie.

This actually show that, within two weeks, Pakatan Rakyat was caught red handed twice. First was when they used the names of Bursa Saham and Security Commission to justify their purchase, and the second time was when yesterday, a pro-opposition media portal, Free Malaysia Today (FMT) openly admitted that they had given wrong facts regarding Lynas Corporation Berhad – fact which was used 100% by Pakatan Rakyat supporters in objecting the operation of Lynas in Malaysia.

Conclusion is, there are a lot of doubts when it comes to financial management for Selangor since it was controlled by Pakatan Rakyat. Being at the top, obviously companies such as Talam, who had severe debt prior to March 2008, could influence Selangor government, under Pakatan Rakyat to take over the debts that by the end of the day, rakyat had to suffer from Khalid Ibrahim's actions.

And that is just one matter, there are more big issues ahead and the big one would be near, water that is.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP Terima Rasuah Penjualan Kapal Selam Scorpene

Memang mudah untuk melakarkan sebuah carta aliran dengan 'penerangan atau penjelasan' tertentu bagi mencipta isu, membuat fitnah atau apa saja. Contohnya ialah carta aliran dan tajuk artikel ini sendiri. Sesiapa sahaja boleh menuduh sesiapa sahaja mengambil atau memberi rasuah dan kemudian menulis artikel dan mencipta kronologi dan carta aliran sesuka hati serta menyuruh rakyat mempercayainya.

Penulis atau pihak yang merangka strategi politik Perdana Menteri juga boleh saja mereka-reka dokumen untuk menunjukkan DAP sememangnya terlibat secara langsung dalam memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu scorpene dengan mendapat tajaan dan dana dari Singapura dan juga CIA.

Tetapi, bukan semua orang adalah pembohong seperti DAP dan SUARAM. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sedia menghadapi musuh (pembangkang) secara professional.

Kerajaan tidak perlu memfitnah untuk meraih sokongan rakyat. Setakat ini, SUARAM, alat pembangkang, sudah pun terkantoi. DAP, PKR dan PAS sendiri berhadapan dengan berbagai-bagai skandal salahlaku rasuah dan seks siap dengan bukti dan saksi. Malah ada juga kes di mana saksi penting kes rasuah DAP ditemui mati sekali gus menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP bukan sahaja korup tetapi samseng. Dan semua ini adalah benar, bukan direka-reka oleh kerajaan sepertimana pembangkang mereka-reka isu rasuah scorpene.

Kita sedia maklum bahawa strategi menyerang dengan menggunakan fitnah dan kisah-kisah separuh benar tanpa bukti dan saksi sudah terbukti memakan diri pembangkang. Kemuncaknya ialah apabila 'penulis cereka fiksyen tersohor' mereka sendiri, iaitu Raja Petra Kamaruddin terpaksa mengangkat tangan mengaku kalah setelah memulakan fitnah terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini.

Dan kini SUARAM telah menyerah kalah juga. Hanya DAP sahaja yang tinggal yang beria-ia sekali ingin menghangatkan kembali isu yang tiada isu ini. Sekali gus, membuat kita tertanya-tanya, apakah carta aliran hasil imaginasi penulis di atas punya sedikit kebenaran?

Kita sedia maklum bagaimana Pakatan Rakyat, melalui SUARAM telah membuat tuduhan berat terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kononnya terlibat dalam rasuah, malah pembunuhan, dalam proses pembelian kapal selam scorpene oleh Kementerian Pertahanan.

Bagi menguatkan tuduhan ini, SUARAM telah mengaitkan kerajaan dan sistem kehakiman Perancis kononnya kes ini sedang dibicarakan di negara tersebut dan beberapa nama, termasuk Perdana Menteri, akan disapina.

Namun, akhir-akhir ini SUARAM telah mengambil sikap berdiam diri apabila pihak kerajaan berjaya membuktikan bahawa tiada perbicaraan yang membabitkan ahli politik atau kerajaan Malaysia yang sedang berlangsung di Perancis sekali gus tidak timbul soal sapina. Malah, pihak kedutaan Perancis di Malaysia juga bingung dengan kebiadapan SUARAM yang sanggup mempermainkan Hakim, Mahkamah malah kerajaan Perancis semata-mata untuk 'mengenakan' kerajaan Malaysia.

Nama-nama syarikat seperti Thales dan Terasasi langsung tidak terlibat dalam urusniaga scorpene. Manakala Perimekar pula jelas bukannya menerima komisen, tetapi bayaran yang sah atas khidmat menyediakan kediaman lengkap, elaun, tambang pulang bercuti, kos latihan kepada pegawai, krew dan staf serta kos pengurusan dan koordinasi selama 6 tahun.

Pihak polis Perancis juga mengesahkan bahawa SUARAM menipu apabila nama Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Abdul Razak Baginda langsung tidak pernah memasuki Perancis pada ketika urusniaga ini berjalan.

Lebih menarik lagi apabila SUARAM didapati berdaftar sebagai perniagaan dan menerima dana entah dari mana yang menjadikan pertubuhan yang kononnya NGO yang memperjuangkan hak dan keadilan ini, semakin dicurigai. Sehingga kini, SUARAM masih belum dapat menjelaskan latarbelakang kewujudan mereka dengan pasti.

Apapun, setelah terkantoi, SUARAM mengambil sikap pasif dan tidak lagi agresif dalam menangani isu.

Enggan mematikan isu ini, DAP mengambil alih membangkitkan semula isu yang sudah semakin padam ini. Untuk itu, akhbar TheROCKET 15 Julai 2012, menyiarkan satu carta aliran yang menunjukkan hubungkait kerajaan, Perdana Menteri dan beberapa syarikat yang dikatakan menerima dan mengambil rasuah dalam pembelian kapal selam. Kononnya, carta aliran yang dilakarkan mereka itu menjadi bukti kukuh dan rakyat wajib mempercayainya.

Memang mudah untuk melakarkan sebuah carta aliran dengan 'penerangan atau penjelasan' tertentu bagi mencipta isu, membuat fitnah atau apa saja. Contohnya ialah carta aliran dan tajuk artikel ini sendiri. Sesiapa sahaja boleh menuduh sesiapa sahaja mengambil atau memberi rasuah dan kemudian menulis artikel dan mencipta kronologi dan carta aliran sesuka hati serta menyuruh rakyat mempercayainya.

Penulis atau pihak yang merangka strategi politik Perdana Menteri juga boleh saja mereka-reka dokumen untuk menunjukkan DAP sememangnya terlibat secara langsung dalam memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu scorpene dengan mendapat tajaan dan dana dari Singapura dan juga CIA.

Tetapi, bukan semua orang adalah pembohong seperti DAP dan SUARAM. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sedia menghadapi musuh (pembangkang) secara professional.

Kerajaan tidak perlu memfitnah untuk meraih sokongan rakyat. Setakat ini, SUARAM, alat pembangkang, sudah pun terkantoi. DAP, PKR dan PAS sendiri berhadapan dengan berbagai-bagai skandal salahlaku rasuah dan seks siap dengan bukti dan saksi. Malah ada juga kes di mana saksi penting kes rasuah DAP ditemui mati sekali gus menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP bukan sahaja korup tetapi samseng. Dan semua ini adalah benar, bukan direka-reka oleh kerajaan sepertimana pembangkang mereka-reka isu rasuah scorpene.

Kita sedia maklum bahawa strategi menyerang dengan menggunakan fitnah dan kisah-kisah separuh benar tanpa bukti dan saksi sudah terbukti memakan diri pembangkang. Kemuncaknya ialah apabila 'penulis cereka fiksyen tersohor' mereka sendiri, iaitu Raja Petra Kamaruddin terpaksa mengangkat tangan mengaku kalah setelah memulakan fitnah terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini.

Dan kini SUARAM telah menyerah kalah juga. Hanya DAP sahaja yang tinggal yang beria-ia sekali ingin menghangatkan kembali isu yang tiada isu ini. Sekali gus, membuat kita tertanya-tanya, apakah carta aliran hasil imaginasi penulis di atas punya sedikit kebenaran?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.