Rabu, 3 Julai 2013

MP Bukit Gantang memalukan

Hari ini ahli parlimen Bukit Gantang dari parti Pas sekali lagi membaghalkan diri beliau dengan berbahas isu harga durian naik.

Tak ada isu lainkah?

Berbelas tahun duk berkempen dan cakap macam-macam isu rakyat dalam ceramah politik, tiba-tiba bila masuk gelanggang yang betul pertikai kenaikan harga durian.

Sepatutnya beliau bersyukur kalau harga durian meningkat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RM2bil untuk 79 projek pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah, Sarawak

Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM2 bilion untuk melaksanakan 79 projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata daripada jumlah projek yang sedang dalam pelaksanaan itu, Sarawak menerima 52 projek dengan nilai RM1.3 bilion.

"Selain itu, sejak tahun 2010 kerajaan melalui program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara telah membina jalan luar bandar di Sarawak sepanjang 911.87km, menyambung air bersih ke 71,064 rumah, membina 18,301 rumah dan menyambungkan bekalan elektrik 24 jam kepada 46,457 buah rumah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) mengenai pelan pembangunan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak untuk mengatasi masalah kemudahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi kawasan itu.

Bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, Mohd Shafie berkata kementerian itu akan melaksanakan Program Desa Abad ke-21 melibatkan program Cabaran Perniagaan Desa dan Program Desa Lestari.

Beliau berkata projek Program Desa Lestari dengan peruntukan RM137 juta itu akan dilaksanakan di 42 kampung terpilih melibatkan projek ekonomi seperti agropelancongan, pertanian, perikanan, penternakan, industri pembuatan dan pemprosesan.

"Selain itu kerajaan turut melaksanakan 11 Program Lonjakan Mega Luar Bandar (Agropolitan) dan setakat tahun lepas lima daripadanya dilaksanakan di Sarawak dengan jangkaan pendapatan peserta ditingkatkan dari[ada RM300 kepada RM1,800 sebulan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Sadique memaklumkan bahawa keperluan untuk mewujudkan pasukan bomba air di Sabah dan Sarawak telah dimasukkan dalam rancangan pembinaan balai bomba baru.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hasbi Habibollah (BN-Limbang) mengenai kesediaan kerajaan untuk mewujudkan pasukan itu bagi mengatasi kekangan pasukan bomba ketika menghadapi masalah kebakaran di kawasan kampung pesisir sungai yang sukar dihubungi melalui laluan darat.

Bulan lepas kira-kira 100 buah rumah air di Kampung Datuk, Sibu musnah dalam kebakaran yang menyebabkan kira-kira 700 penduduk hilang tempat tinggal. - Bernama, 3 Julai, 2013.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SEJARAH RISIKAN PORTUGIS YANG TERSEMBUNYI DALAM MUZIUM NEGARA

Sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah

Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.

1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara... akhirnya dapat juga menawan Melakasetelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso inginmeluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P. Pinang yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis,kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan

Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.

Perisik: Selamat pagi tuan. Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah,Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang...

Antaranya hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana...

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...

Hang stress ka? Kalu stress hang pa ingat benda ne pasti hang pa ok..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mat Put membuat kenyataan dan persoalan yang membahlolkan diri sendiri

http://r13---sn-30a7dn7z.c.youtube.com/videoplayback?app=youtube_gdata&devkey=AX8iKz393pCCMUL6wqrPOZoO88HsQjpE1a8d1GxQnGDm&el=videos&upn=nhJ1CTCOckY&uaopt=no-save&source=youtube&itag=18&id=07e7f8f59b72905f&ip=14.1.193.91&ipbits=0&expire=1372852190&sparams=expire,id,ip,ipbits,itag,source,uaopt,upn&signature=2CE434603F5AA0A60DDE8FD56641D8750ED24BAB.65B4A1B281E82A788DE806DEBF943D6A2AC334B2&key=cms1&newshard=yes&redirect_counter=1&cms_redirect=yes&ms=nxu&mt=1372823355&mv=m

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penegasan PPMM Berhubung Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (WP) 2013

by AIDC on Jul 3rd, 2013

Kontorversi yang sengaja diwujudkan sesetengah pihak berhubung pembentangan rang undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 masih belum reda, khususnya apabila wujud kenyataan-kenyataan tidak bertanggung jawab pihak-pihak yang tidak memahami aspek-aspek kedudukan Islam di Malaysia serta percubaan mengelirukan masyarakat awam.

Pihak Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) sekali lagi ingin menegaskan pendirian yang telah dibuat melalui kenyataan media PPMM bertarikh 20 Jun 2013. Di samping itu, PPMM ingin menjelaskan kekeliruan yang sengaja diwujudkan pada askpek-aspek berikut:

Keputusan kabinet pada tahun 2009

Pada pada 23 April 2009, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah membuat keputusan yang amat menyedihkan kita sebagai umat Islam.

"Agama tidak sepatutnya menjadi alat untuk melarikan diri daripada tanggung jawab perkahwinan.

Pemelukan agama bukan satu alasan pembubaran perkahwinan secara automatik. Perkahwinan sivil hendaklah diselesaikan melalui undang-undang sivil.

Pertukaran agama hanya berkuatkuasa pada tarikh pertukaran agama yakni tidak berkuatkuasa ke belakang (not restropective).

Ini bermakna mereka yang memeluk Islam masih perlu menunaikan tanggung jawab perkahwinannya mengikut undang-undang sivil sebelum berlakunya pertukaran agama".

Perlu ditegaskan bahawa sebarang keputusan kabinet tidak boleh mengubah kedudukan undang-undang sedia wujud.

Prinsip dan amalan kebebasan kehakiman yang disanjung dan ditekankan di dalam Negara kita perlu difahami, apatah lagi dalam perkra-perkara yang melibatkan maslahah umat Islam.

Mahkamah tidak boleh atau patut sekali-kali tunduk pada "arahan kabinet". Malah, jemaah menteri, seperti yang telah ditegaskan beberapa kali sebelum ini, tidak boleh melangkaui batas kuasa yang termaktub untukknya.

Kenyataan Menteri tersebut jelas melanggar prinsip dan amalan kebebasan kehakiman dan nampaknya hal ini dimanipulasi pelbagai pihak di dalam cuba untuk mengeruhkan suasana yang sudah jernih dengan kedudukan undang-undang berkaitan hak pengislaman anak mualaf ini.

Majlis Peguam cuba mengelirukan orang awam

Presiden Majlis Peguam (BAR) Christopher Leong dengan lantang mengkritik peruntukkan seksyen 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan yang baru dibentangkan di Dewan rakyat untuk bacaan pertama minggu lalu. Peruntukkan seksyen itu berbunyi –

Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan—

a) mencapai umur lapan belas tahun; atau
b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.

Adalah jelas bahawa Majlis Peguam cuba menimbulkan kekeliruan apabila menggunakan forum awam untuk memaksakan pandangan salah mereka. Keputusan di dalam kes-kes Subashini a/p Rajasingam lwn. Saravanan a/l Thangathoray (2009) di Mahkamah Persekutuan dan kes Nedunchelian V Uthiradam v. Nurshafiqah Mah Singai Annal & Ors [2005] 2 CLJ 306 yang dirujuk dalam penghakiman Subashini di atas, Mahkamah Tinggi telah mentafsirkan bahawa perkataan "parent" dalam Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan itu mempunyai maksud mufrad (singular). Justeru, keizinan daripada salah seorang ibu atau bapa adalah memadai untuk menukar agama kanak-kanak itu. Ini adalah undang-undang yang telah dijelaskan dan diselesaikan pada masa ini (settled law).

Adalah dikesali bahawa Majlis Peguam cuba mengelirukan orang ramai kononnya s. 107(b) bercanggah dengan perlembagaan atas sebab bahagian dari keputusan di dalam kes-kes tersebut adalah sekadar 'per incuriam". Pada hakikatnya, Mahkamah telah membuat keputusan yang jelas mengenai hal ini melalui penelitian yang mendalam dan sepatutnya diterima sehingga ada perubahan atau pindaan undang-undang.

Malah seksyen 107 tersebut bukanlah suatu perkara yang baru kerana ia telahpun wujud di dalam Akta Pentadbiran Undang Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 yang sedang berkuatkuasa. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Dato' Haji Sulaiman Abdullah seorang peguam yang berpengalaman dan mantan Pengerusi Majlis Peguam.

Pindaan keputusan Mahkamah

Perlu dijelaskan di sini bahawa keputusan Mahkamah hanya boleh diubah atau dipinda melalui keputusan forum Mahkamah yang lebih tinggi (superior), melalui pindaan undang-undang atau semakan kehakiman terhadap keputusannya. Pada masa ini, kedudukan undang-undang sepertimana yang telah dijelaskan di atas adalah kekal oleh kerana dan melainkan berlaku salah satu dari mana-mana cara tersebut di atas.

PPMM meminta agar semua pihak-pihak menghormati kedudukan undang-undang sedia ada dan tidak menangguk di air keruh dengan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan berhubung Rang Undang-undang pindaaan yang sedang dicadangkan.

Evolusi Seksyen 107 RUU Akta Pentadbiran

Melalui Ordinan Undang Undang Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 1952 pemelukan Islam anak bawah umur 18 adalah secara otomatik apabila salah seorang ibu atau bapanya memeluk Islam. Manakala Akta Pentadbiran Undang undang Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) memperuntukkan kebenaran salah seorang ibu atau bapa perlu diberikan. adalah amat tidak boleh diterima oleh orang Islam apabila syarat ini diperketatkan lagi dengan kebenaran kedua ibubapa pula.

Perkenan Yang Dipertuan Agong

Rang Undang-undang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 2013 sebelum dibawa ke kabinet dan Parlimen telahpun mendapat pekenan daripada Yang Dipertuan Agong setelah dinasihati oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Oleh yang demikian ia tidak boleh sewenang-wenangnya ditarik balik atas arahan jemaah menteri tanpa pekenan Yang Dipertuan Agong setelah berunding dengan MAIWP. Jemaah Menteri tidak mempunyai kuasa mengarahkan MAIWP melakukan sedemikian kerana MAIWP adalah pihak berkuasa agama utama di Wilayah Wilayah Persekutuan.

Hukum Syarak
Kedudukan Hukum Syarak adalah jelas iaitu apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam agama anak tersebut adalah Islam. Walau bagaimanapun ada pandangan yang mengatakan anak yang Islam tersebut boleh diberikan hak jagaannya kepada ibu yang bukan Islam dengan syarat- syarat tertentu. Penentuan agama dan hak jagaan adalah dua perkara yang berbeza dan perlu difahami oleh semua orang. Mahkamah juga pernah memutuskan hak jagaan anak yang Islam diberikan kepada ibu yang bukan Islam dengan syarat tertentu seperti di dalam kes Shamala mlwn Dr Muhammad Ridzuan. Malangnya ibu bukan Islam yang telah diberikan hak jagaan ini telah membawa lari anak tersebut mungkin ke luar negeri dan sehingga kini bapanya yang Islam langsung tidak mendapat hak walaupun berjumpa dengan anak- anak tersebut.

Penutup

PPMM mendesak Pihak Kerajaan tidak tunduk kepada sebarang tekanan bagi menarik balik Rang Undang-Undang ini kerana ianya antara lain telah sedia ada di dalam Akta yang sedang berkuatkuasa dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan. PPMM juga mendesak semua ahli Parlimen Islam dan bukan Islam tanpa mengira parti menunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan sebagaimana sumpah mereka ketika menjadi Ahli Dewan Rakyat dan menghormati prinsip pembahagian kuasa (separation of powers) kerana Mahkamah Persekutuan telahpun memberi tafsiran yang padu kepada Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan oleh Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden PPMM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.