Rabu, 1 Mei 2013

Pemuda BN tawan Dataran Shah Alam

Petang tadi pemuda BN bermotosikal telah menakluki dataran tersebut menandakan BN akan menawan keseluruhan negeri tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Calon Pas Larut Dato Fauzi akan dedahkan kenapa dia bertanding menentang kerajaan melalui Pas

Jumaat atau Sabtu ini, Dato Fauzi Shaari bekas pegawai tinggi polis akan mendedahkan satu kisah mengapa dia menyertai Pas dan menentang kerajaan.

Ia berkaitan dengan perjawatan beliau dalam kerajaan. Hari ini beliau telah dikesan mencetak risalah penting disebuah syarikat percetakan dan akan diedarkan sebaik sahaja risalah tersebut siap.

Ia akan merupakan satu senjata penting Pas untuk meraih simpati pengundi Parlimen Larut.

Kelmarin sewaktu Taipingmali berkunjung ke Batu Kurau, seorang penduduk telah menceritakan bagaiman angkuhnya isteri beliau bercakap dengan orang ramai dengan membahasakan dirinya Datin.

Batu Kurau bukan ketandusan Datin, Ramai orang kampung yang bergelar Datin tetapi bila berbual atau berbicara mereka membahasakan diri mereka sebagai saya atau kakak atau mak cik saja.

Bila isteri Fauzi menggunakan perkataan Datin ia mengejutkan penduduk Batu Kurau.

Apa pun tunggulah apa kah rahsia yang akan didedahkan beliau Jumaat nanti.

Serangan akhir ini merupakan agenda Pas seluruh negara dan ia merupakan fitnah yang besar akan dilakukan oleh Pas.

Taipingmali sudah biasa dengan serangan seperti ini dan tindakkan pantas akan mematahkan serangan jahat tersebut.

Pun begitu senjata akhir mereka sejak dahulu agak berjaya menipu pengundi dan memperdaya ahli-ahli Umno sendiri.

Sebagai contoh gambar Tun Mahathir bersama Perdana Menteri Jepun di Bali dalam sidang APEX. Pas mendedahkan gambar Tun bersama PM jepun yang sedang memegang gelas cocktail.

PRK P59 2009 calon BN Dato Ismail Saffian diaibkan dengan teknih photo shop bersama wanita Thai.

Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Teoh Beng Hock calon bebas di Ipoh Timur

Tak sangka rupa-rupanya ada lagi sekor ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas dengan menggunakan lambang keranda dan bertanding di Ipoh Timur.

Namanya pun sama dengan Teoh Beng Hock yang mati terjun bangunan SPRM.

TBH mati mengejut selepas terbang dari tingkap Menara Masalla, Shah Alam. Sebelum terjun, TBH telah meluah rasa kesedihan dalam facebook malah menulis puisi yang menggambarkan kematian menanti beliau.

Peliknya ialah poster tersebut mengutuk BN zalim.

Zalimkah BN?

Setahu Taipingmali Pas, Dap dan Pkr lebih zalim, belum menang sudah berangan untuk memenjarakan semua perdana menteri yang masih hidup, mahu humban CEO TV3, akan memenjarakan bloggers dan pelbagai lagi agenda kukubesi mereka.

Hari ini sejak Anwar telah menfitnah BN selama 12 tahun tak ada pun orang-orang mereka dipenjarakan.

Siapa zalim? Jawapannya ialah Pas, Pkr dan Dap.

Apa pun blog adakuasa ada butirannya.

http://adakuasa.blogspot.com/2013/05/teoh-beng-hock-bertanding-di-ipoh-timor.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Azli Taliban akan serang lawan habis-habisan Jumaat ini

Taipingmali menerima maklumat Azli Taliban calon Pas kawasan Trong gentar dengan kehadiran Dr Zabry yang berkelulusan doktor falsafah. Zabry adalah bekas pengarah Mardi yang terpaksa melepaskan jawatan kerana terpilih sebagai calon Adun Trong.

Melepaskan jawatan Pengarah Mardi Negeri merupakan satu pengorbanan yang besar dalam hidup beliau.

Risikonya amat tinggi, menang atau kalah terletak ditangan pengundi.

Dr Zabry anak kelahiran Kg Temelok Trong bukan sebarangan orang, beliau adalah penjawat awam dan pada masa yang sama gemar kepada ilmu, Ilmu beliau tunduk bukanlah untuk menjadi modal menfitnah atau bersembang kosong.

Diam bererti berfikir, diam berenti bekerja, dalam diam beliau berjaya memperolehi ijazah doktor falsafah. Hebat kan, jika dibandingkan dengan lawannya yang pernah mencaci Mufti Perak dengan pelbagai-bagai tohmahan yang mengaibkan.

Sehingga sekarang beliau masih belum memohon ampun dan maaf kepada mufti tersebut.

Kini episod baru pula menjelma, beliau Azli akan mengaibkan lawannya sama seperti beliau mengaibkan mufti.

Apakah bentuk serangan? Tunggu saja hari Jumaat ini,

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Azlan Mat Lazim dah keluar PKR, Bagaimana pula Pak Din KB

Bapa Saiful, Azlan Mat Lazim hari ini sudah memalukan Anwar Ibrahim dan Johari Abdul.

Dulu bapa Saiful bersetuju masuk PKR dan menuduh Saiful sengaja menjadi alat menfitnah Anwar.

Suruh bercakap Azlan dah pun cakap, suruh masuk Pkr Azlan pun dah masuk, semua syarat telah dipatuhi, ganjaran yang lumayan pun telah diterima.

Maka hari ini kontrak sudah tamat dan Azlan buat U-turn keluar semula dari Pkr. Games over dan peribahasa melayu berbunyi "sorong papan tarik papan , buah keranji dalam perahu, suruh makan aku makan suruh menipu aku tak mahu" begitulah yang boleh diibaratkan kepada bapa Saiful

Apa pula modal Anwar selepas ini?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bapa Saiful keluar PKR

U-TURN LEPAS U-TURN-memang gempak.AZLAN MOHD LAZIM,bapa Saiful Bukhari baru selesai buat sidang akhbar

KEMBALI KE PANGKAL JALAN sebentar tadiSEMASA PC di hotel di Cheras Perdana dihadiri ramai wartawan,Azlan tarik balik dakwaan kata anakya diperguna fitnah Anwar.Insaf dan keluar PKR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

YB Capik pun ular juga, sama tipu kuat!

Tengku Aziz Timbalan Pengerusi DAP yang keluar parti ditawarkan wang sejumlah RM 5 juta supaya kembali ke dalam DAP.

Akan tetapi maruah adalah lebih penting, RM 5 juta bukan sandaran Tengku Aziz untuk mengkhianati bangsa dan agama.

Kini isu Adun Along Yew Tian Hoe yang telah disingkirkan daripada menjadi calon dan menyebabkan Yew bertanding atas tiket bebas.

Yew kecewa kerana kenyataan Nga Kor Ming pada hari awal pagi penamaan calon yang meminta tauliah beliau. Nga dengan keras menyatakan, jika mahu tauliah pergi jumpa Lim Guan Eng.

Yew yang sudah siap dengan dokumen pencalonan terus mendaftar diri sebagai calon bebas.

Dalam sidang media Yew melabelkan Nga sebagai seekor ular yang kuat belit dan menipu.

Yew terus berkempen dari rumah ke rumah di kawasan Aulong bersama anak isteri dan mendapat sambutan dikalangan pengundi lama (2008).

Menyedari kekuatan Yew yang berjaya menenggelamkan calon Dap yang baru, menyebabkan Lim Kit Siang memanggil Yew atau lebih dikenali sebagai Capik ke Kuala Lumpur untuk berunding dan keputusannya Yew telah mengumumkan penarikan diri beliau sebagai calon bebas.

Apa perundingan tersebut hanya rundingan air liur sahaja? Sedangkan Tengku Aziz ditawarkan RM 5 juta. Kini suanasa yan amat kritikal di Aulong bukan lagi bernilau RM 5 juta. Harap pihak SPRM dan SPR dapat menyiasat kedua-dua individu ini. Yew sebelum ini telah menceritakan beliau rugi banyak wang kerana tidak dicalonkan dan ditipu oleh Nga.

Yew juga melabelkan Nga sebagai bukan manusia tetapi sebagai seekor ular.

Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN terus mara ke depan di Indera Mahkota

Ceramah PRU13 Pekan & Indera Mahkota hari ni 1/5. 2pm-Bilik Gerakan RTP Bkt Goh DUN Semambu,Indera Mahkota. 9pm-Dataran Pekan, Pekan.Penceramah: Sdr Lokman Adam. BB Pin 25C55165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.