Rabu, 1 Mei 2013

Azli Taliban akan serang lawan habis-habisan Jumaat ini

Taipingmali menerima maklumat Azli Taliban calon Pas kawasan Trong gentar dengan kehadiran Dr Zabry yang berkelulusan doktor falsafah. Zabry adalah bekas pengarah Mardi yang terpaksa melepaskan jawatan kerana terpilih sebagai calon Adun Trong.

Melepaskan jawatan Pengarah Mardi Negeri merupakan satu pengorbanan yang besar dalam hidup beliau.

Risikonya amat tinggi, menang atau kalah terletak ditangan pengundi.

Dr Zabry anak kelahiran Kg Temelok Trong bukan sebarangan orang, beliau adalah penjawat awam dan pada masa yang sama gemar kepada ilmu, Ilmu beliau tunduk bukanlah untuk menjadi modal menfitnah atau bersembang kosong.

Diam bererti berfikir, diam berenti bekerja, dalam diam beliau berjaya memperolehi ijazah doktor falsafah. Hebat kan, jika dibandingkan dengan lawannya yang pernah mencaci Mufti Perak dengan pelbagai-bagai tohmahan yang mengaibkan.

Sehingga sekarang beliau masih belum memohon ampun dan maaf kepada mufti tersebut.

Kini episod baru pula menjelma, beliau Azli akan mengaibkan lawannya sama seperti beliau mengaibkan mufti.

Apakah bentuk serangan? Tunggu saja hari Jumaat ini,

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan