Isnin, 4 Februari 2013

Dolak dalik Hadi Awang

Lima hari kemudian Majlis Syura Ulama Pas menukar nada pula apabila memutuskan untuk menolak penganut Kristian menterjemahkan istilah 'God' kepada ALLAH di dalam kitab suci mereka.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang tegas menyatakan beliau tidak bersetuju dengan perubahan pendirian Pas dan tetap berpegang kepada kenyataan asal.

Perubahan pendirian ini merupakan pusingan 180 darjah oleh parti itu yang pada awalnya bersetuju dengan PKR dan Dap tetapi akhirnya merenggangkan pendirian tersebut daripada dua sekutu politiknya itu.

Tindakan parti itu membolehkan ia dilabel sebagai parti sesumpah malah lebih hina daripada itu kerana sanggup memperkotak katikkan Islam demi agenda politik sempitnya.

Bagaimana pula UMNO boleh dituduh mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sedangkan selama ini Pas lah yang terbukti menyongsang daripada landasan perjuangannya.

UMNO konsisten sejak ditubuhkan pada 1946 hinggalah menjadi kerajaan persekutuan lebih 50 tahun untuk mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan dan selaras dengan itu memajukan umat serta meningkatkan syiar Islam di negara ini tanpa henti.

Kalau UMNO mempolitikkan agama ia adalah kerana demi mempertahankan kesucian, maruah serta martabat agama dan melindungi kepentingan umat Islam.

Pas pula dilihat menjadi duri dalam daging yang bertindak sebagai kuman merbahaya di dalam tubuh badan umat Islam.

'Amanat Haji Hadi' yang mengkafirkan tiga juta ahli UMNO dan tidak ditarik balik oleh Presiden Pas itu menjadi bukti terbesar bahawa parti itulah yang memecahkan belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Kesatuan umat Islam dan Melayu menjadi lemah adalah angkara Pas bukannya UMNO.

Kedua, Abdul Hadi dilihat bermain silap mata sekali lagi dalam isu pengguguran Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.

Abdul Hadi sekali lagi nampaknya ingin menyelamatkan kulitnya apabila meminta Nasharuddin berdoa kepada ALLAH untuk melembutkan hati Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Umum tahu, Abdul Hadi dan Nasharuddin adalah dua tokoh kuat dalam kumpulan kerajaan perpaduan (UG) yang bertegang leher dengan golongan Anwarinas dalam Pas berhubung isu kerjasama dengan UMNO.

Apabila Nasharuddin sudah tersepit, Abdul Hadi melepaskan diri daripada membantu kawannya.

Sebaliknya tanpa rasa bersalah beliau menyeret ALLAH pula untuk tujuan politik peribadinya.

Apakah beliau sebagai Presiden Pas amat lemah sekali dan tidak berkuasa langsung untuk menentukan siapa yang akan menjadi calon parti itu dalam pilihan raya?

Apakah Abdul Hadi amat takut kepada sikap kuku besi Nik Aziz yang boleh mengatur setiap keputusan dan tiada siapa yang boleh membantah termasuk presiden sendiri?

Di manakah maruah Abdul Hadi yang boleh berpelukan dengan pemimpin Dap tetapi menyisihkan sekutunya sendiri apabila politik peribadinya tergugat?

Ketiga, dalam isu kafir mengkafir yang mana beliau terlibat secara langsung 32 tahun lalu, Abdul Hadi juga berdalih dengan menafikan beliau mengeluarkan amanat tersebut.

Beliau sanggup menggunakan ALLAH dan Islam untuk menyuntik unsur perpecahan di dalam masyarakat Islam sehingga berlaku porak peranda yang dahsyat sehingga kini.

Malangnya seperti sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Pas yang lain, Abdul Hadi memilih untuk meletak kesalahan amanat tersebut ke atas ahli parti itu dan tidak sanggup mengaku kesalahan sendiri.

Abdul Hadi rela mempolitikkan ALLAH tetapi tidak sanggup menanggung dosa yang telah beliau lakukan terhadap umat Islam di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalimah Allah: Harun Taib Tanya Siapa Karpal, Karpal Jawab Apa Itu Majlis Syura?

Beberapa tahun lalu, isu Kalimah Allah dan terjemahan Injil ke Bahasa Melayu telah menjadi panas apabila pihak Kristian mendakwa kerajaan dengan sengaja menahan 30,000 Injil berbahasa Melayu di pelabuhan. Isu ini menggelegak terus ketika demam pilihanraya Sarawak di mana rekod peristiwa waktu itu jelas menunjukkan bagaimana PAS telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dan menghentam kerajaan kerana tidak menghayati hak kebebasan beragama seperti yang dituntut oleh Islam.

Kenyataan pemimpin PAS di media serta laman-laman web rasmi mereka, termasuk media alternatif pro-pembangkang memaparkan segala-galanya iaitu bahawa PAS tidak ada masalah dengan injil berbahasa Melayu mahupun penggunaan nama Allah di dalamnya kononnya dengan syarat ia tidak disalahguna.

Perkataan 'tidak disalahgunakan' bagaimanapun, tidak pernah dijelaskan secara ilmiah dan terperinci termasuk contoh-contoh sebagaimana sepatutnya. Sedangkan, perkataan ini adalah terlalu umum dan mudah disalahtafsir atau disalahgunakan juga.

Justeru, atas kebebalan pemimpin PAS ini, maka Lim Guan Eng telah mengambil kesempatan untuk 'mengacah' umat Islam dalam strateginya untuk memecahbelah dan menyemarakkan api perkauman dengan menimbulkan kembali isu ini dalam perutusan Hari Krismasnya Disember lepas.

Seperti yang dijangka Guan Eng, isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan umat Islam dan berjaya memecahbelahkan PAS, sekali gus melemahkan Islam itu sendiri apabila PAS berada dalam keadaan tersepit ingin menjaga hati Kristian DAP demi menonjolkan sikap keterbukaan. PAS telah terpaksa menafikan mereka pernah menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain dan Hadi Awang pula secara langsung menuduh isu ini hanyalah 'mainan politik UMNO' demi untuk tidak menyinggung DAP.

Maka, kita lihat di dalam media-media sosial, penyokong-penyokong PAS pun tercungap-cungap cuba membela Guan Eng dan di masa yang sama membela putar-belit pemimpin mereka. Akibatnya, ramai di antara penyokong senyap mereka mula meragui 'keIslaman' PAS dan yang di atas pagar pula lari dari PAS.

Majlis Syura PAS terpaksa diheret untuk menyelematkan keadaan, dan akhirnya, para 'Ulama' PAS bersetuju bahawa apa yang terbaik bagi politik PAS ialah memperkukuhkan imej Islam dengan menentang apa yang diperjuangkan oleh Guan Eng melalui utusan Hari Krismasnya.

Malangnya, tiada siapa pun di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang pedulikan Majlis Syura. Keputusan Majlis Syura hanyalah tertakluk di dalam lingkungan ahli PAS, bukan DAP mahupun PKR atau rakyat yang di luar PAS. Ini bermakna, jika DAP ingin teruskan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil, itu adalah hak DAP dan PAS dan Majlis Syuranya tidak berhak menghalang.

Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada PAS, terutama golongan Ulamanya di dalam Majlis Syura. Harun Taib, selaku Ketua Dewan Ulama dan juga Nik Aziz sendiri, yang merupakan Pengerusi Majlis Syura dilihat cuba menonjolkan ketegasan dengan 'menempelak' Karpal Singh. Karpal nampaknya telah diberi tugas khas berdepan dengan PAS setiap kali pertelingkahan berkaitan isu agama antara DAP-PAS berlaku..

Harun Taib bertanya, "Siapa Karpal ingin mempersoalkan Majlis Syura?".

Nik Aziz berkata, "itu Karpal punya pasal."

Hadi berkata, "perkara ini telah selesai, sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Syura."

Tetapi, Karpal berkata, "ia belum selesai, kerana Majlis Syura tiada kuasa di peringkat Pakatan Rakyat."

Anwar Ibrahim, selaku Ketua kepada Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Taib mahupun Lim Guan Eng dan PR keseluruhannya pula berkata, "keputusan terletak di tangan PR Pusat, bukan Majlis Syura mahupun PAS secara bersendirian."

Lalu, apakah ertinya ini? Apakah PR meminta agar rakyat berfikir dan membuat definisi sendiri berkenaan keputusan PR mengenai isu Kalimah Allah di dalam Injil berbahasa Melayu? Apakah ini contoh cara pemerintahan PR sekiranya parti itu berkuasa? Iaitu masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri berdasarkan pemahaman sendiri dan pilihan sendiri?

Percayalah bahawa isu ini akan berlarutan tanpa penyelesaian seperti juga isu Amanat Hadi yang terus menjadi sekam di dalam masyarakat Islam. Hadi sanggup membiarkan penyokongnya hidup dalam keadaan tidak tenteram, tidak tahu benar atau salahnya tindakan mereka mengkafirkan sesama Islam, kalaupun tidak dalam keadaan berdosa kerana percaya mereka yang mengucap syahadah itu kafir dan wajar ditentang. Hadi sanggup membiarkan penyokongnya terbunuh, ditanam tanpa dikafan kerana menentang perlembagaan 'kafir', sedangkan beliau sendiri berikrar untuk mempertahankan perlembagaan yang sama.

Bayangkanlah, jika soal hidup mati juga Hadi atau PAS sanggup permainkan, apatah lagi isu akidah, dan kalimah.

Mungkin bagi PAS, isu ini hanyalah sekadar isu 'kalimah' iaitu 'perkataan', atau 'nama', yang tidak membawa apa-apa unsur kerohanian atau kesucian, sepertimana AlQuran hanyalah sebuah buku bagi puak-puak pluralisme, iaitu tidak ada beza dengan buku-buku lain.

Berpegang kepada pandangan ini, PAS akan terus bersandiwara membawa watak 'Islam' dengan melayan Karpal Singh bertekak demi memastikan undi umat Islam kekal di pihaknya.

Setelah undi dapat dipastikan maka, barulah Harun Taib akan bersedia membuat kenyataan yang lebih jelas yang mereka akur kepada DAP. Nik Aziz juga apatah lagi, kerana masih lagi terharu dengan kek harijadi yang dibelikan Karpal untuknya pada Hari Thaipusam yang lalu. Hadi pula, sejak dari awal lagi tidak menyalahkan DAP, tetapi UMNO, maka beliau tentu tiada masalah untuk melutut di kaki Karpal nanti.

Dalam kata lain, sekiranya PR menang dalam PRU ini, maka penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain oleh pihak lain selain PAS adalah dibenarkan, sepertimana yang disahkan oleh Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Ketika itu, kita mungkin boleh mendengar Harun Taib mengomel dan merungut serta penyokong-penyokong PAS pula mungkin bertindak membakar bendera DAP sebagai memastikan imej 'Islam' PAS tidak terkubur, namun, itu hanyalah sekadar 'hiasan' di dada akhbar semata-mata. Ia tidak akan didengar oleh Anwar dan juga DAP. Malah, silap-silap, akhbar itu akan diharamkan dan Harun Taib akan dipenjarakan kerana menghasut rakyat menentang kerajaan pimpinan Anwar.

Apapun, kita pasti Harun Taib atau mana-mana pemimpin PAS tiada masalah untuk melutut di kaki DAP seperti selalu kerana mereka telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka lebih rela ke neraka daripada ke penjara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lawak gagap

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wanted

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LGE cuba sabotaj sambutan CNY 11 Feb di Penang

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng menyarankan pengunjung yang ingin hadir ke Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional yang akan diadakan pada 11 Februari dengan berbaju merah, kuning dan hijau yang mewakili kumpulan "We are for Penang", "Bersih" dan "Hijau".

Kenyataan Guan Eng dibuat semasa sidang akhbar selepas melancarkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di Kompleks Pasar Awam MPPP Balik Pulau. Majlis Rumah Terbuka yang akan dianjurkan oleh BN pada 11 Februari ini akan menampilkan penyanyi sensasi dari Korea, Psy yang popular dengan lagu "Gangnam Style" dan dijangka menarik lebih dari 60,000 pengunjung.

Saranan Guan Eng ini walau bagaimanapun dikhuatiri akan mencetuskan provokasi. Program yang dijangka turut menghimpunkan sebilangan besar penyokong Barisan Nasional ini pasti mengundang suasana yang tegang sekiranya kumpulan-kumpulan berbaju merah, kuning dan hijau ini datang secara beramai-ramai.

Tindakan ini tidak mencerminkan budaya hormat menghormati di kalangan masyarakat Malaysia apatah lagi majlis diadakan dengan tujuan untuk menyatu padukan rakyat dalam suasana yang ceria.

Sebagai seorang pemimpin, Guan Eng seharusnya sedar saranan beliau itu seolah-olah mengajar penyokong-penyokong untuk bertindak 'kurang ajar' dalam majlis yang akan turut dihadiri Perdana Menteri.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Pakatan mempersoalkan mengenai sejumlah kos yang besar diperuntukkan oleh BN untuk membawa penyanyi sensasi dari Korea itu ke Majlis Rumah Terbuka. Walau bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang memberitahu penampilan Psy ditaja oleh syarikat persendirian.

Beliau juga berkata lain-lain persediaan dan makanan juga ditaja oleh beberapa syarikat tempatan. Majlis yang akan diadakan di Sekolah Tinggi Han Chiang itu turut menampilkan penyanyi Shila Amzah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.