Rabu, 19 Jun 2013

50 buah rumah terbakar di Sibu

Pada ketika ini lebih dari 50 buah rumah tradisional melayu yang dibina di zaman kolonial sedang diratah api dan usaha memadam dan mengawal api sedang giat dijalankan oleh Bomba Sibu.

Sebuah rumah yang terlibat bernula dari arah Kg Hilir menuju ke arah Kag Datuk.

Kesemua penghuni kebanyakannya ialah orang Melayu dan Melanau Islam. Kebanyakan rumah-rumah ini dibina rapat-rapat oleh generasi kedua, ketiga dan keempat.

Kesemua rumah mempunyai bekalan elektrik dan air bersih. Kemungkinan kebakaran kali ini adalah berpunca daripada litar pintas atau gas memasak.

Kebakaran seperti ini kerap berlaku di Sibu. Sebelum ini Kampung Nangka melibatkan berpuluh keluarga hilang tempat tinggal. Beberapa tahun dahulu perkampungan Cina yang padat di Lai chi Lane terbakar dan menyebabkan ramai orang Cina Foochow dan Iban kehilangan tempat tinggal.

Kebakaran tadi bermula lebih kurang jam 6.30 ptg
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bertumbuk, campak peti undi, kehadiran palsu dll itu baru penipuan dalam Pkr dan Dap

Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Hidayat Mohd Shariff membidas Pakatan Pembangkang yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan dengan menyifatkan desakan itu sebagai satu tindakan yang memalukan pembangkang sendiri.

Jelas beliau, pakatan pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) patut menyuluh muka mereka di cermin terlebih dulu sebelum meminta Tan Sri Aziz meletakkan jawatan sebagai pengerusi SPR.

"Saya tak nampak di mana salah SPR sehingga mereka desa pengerusi badan tersebut meletakkan jawatan. Jika mereka kata SPR tak betul, sepatutnya Pakatan tidak boleh menerima kemenangan mereka di tiga buah negeri dalam PRU ke 13 baru-baru ini.

"Kalau kita lihat keputusan pilihanraya baru-baru ini, BN tidak dapat majoriti dua pertiga. Bahkan kerusi yang dimenangi pakatan juga meningkat. Jika SPR tidak telus dan menyebelahi BN, sudah tentu BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam PRU yang lepas," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jika mahu bercakap soal ketelusan menurutnya lagi, kepimpinan pembangkang terutama PKR dan DAP jangan buat-buat lupa berapa banyak penyelewengan yang berlaku ketika proses pemilihan parti mereka.

"Kepimpinan PKR jangan buat-buat lupa berapa banyak berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan cabang dan ranting PKR. Kalau tak berlaku penyelewengan, masakan sampai ahli-ahli PKR bergaduh sesama sendiri sampai berlakunya acara baling kerusi?

"Itu belum lagi kita cerita tentang ada dakwaan individu yang bukan ahli dibenarkan mengundi ketika proses pemilihan PKR. Malah ada juga isu kertas undi yang tidak sah tetapi diterima oleh kepimpinan tertinggi PKR.

"Kalau mahu dibandingkan dengan SPR, penyelewengan ketika proses pemilihan parti PKR 100 kali lebih teruk lagi. Begitu juga dengan pemilihan CEC DAP. Ia lebih memalukan apatah lagi ia berlaku di dalam sebuah parti yang konon-kononnya bersih dan telus," tegasnya.

Beliau seterusnya menasihati kepimpinan pembangkang agar  terlebih dulu membetulkan proses pemilihan di dalam parti masing-masing yang diselubungi oleh penyelewangan dan salah guna kuasa, sebelum menuduh pihak lain tidak telus, menipu dan sebagainya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berapa orang kena tangkap undi 2 kali selepas dicuci dakwat?

Dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung isu dakwat kekal dianggap tidak lagi relevan memandangkan sehingga ke hari ini tidak ada sebarang bukti yang dikemukakan oleh pembangkang berlakunya kejadian mengundi dua kali disebabkan oleh dakwat kekal yang mudah luntur.

Menurut Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, setakat ini tidak ada sebarang bukti yang menjadi asas kepada dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung kepada kegagalan dakwat yang didakwa mereka tidak kekal dan mudah luntur dari jari pengundi.

"Biarpun ada dakwaan dakwat itu tidak kekal tetapi ia tidak menjadi sebarang isu besar sekiranya tidak ada kejadian mengundi dua kali. Kita perlu ingat, dakwat kekal itu hanyalah satu elemen keselamatan tambahan yang didesak oleh Pakatan agar ia digunakan ketika PRU.

"Pembangkang hari ini cuba mainkan isu dakwat tersebut tidak kekal tetapi mereka hingga hari ini tidak dapat buktikan sebarang kejadian mengundi dua kali akibat kegagalan dakwat itu kekal di jari pengundi," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu katanya, isu dakwat kekal ini tidak boleh dijadikan dasar hujah bahawa berlakunya penipuan dan penyelewengan undi dalam PRU ke 13 baru-baru ini.

"Isu dakwat kekal ini sama seperti isu blackout, isu kotak undi, isu 40 ribu warga Bangladesh, yang sehingga ke hari ini tidak ada bukti sama sekali yang dikemukakan oleh pembangkang untuk mengesahkan dakwaan mereka.

"Sebaliknya, SPR pula  yang mengesahkan bahawa gambar yang menunjukkan berlakunya blackout ketika pengiraan undi itu adalah gambar lakonan yang dibuat-buat oleh pembangkang," jelasnya lagi.

Justeru itu beliau meminta agar rakyat di negara ini tidak tertipu dengan permainan licik politik pembangkang yang sanggup menabur fitnah dan cerita-cerita yang tidak benar untuk memburukkan kerajaan yang ada hari ini.

"Pembangkang sehingga ke hari ini tidak habis-habis memfitnah dan membuat tohmahan tentang keburukan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya untuk membentuk persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

"Tetapi sehingga ke hari ini, kita lihat mereka hanya bercakap kosong tanpa disertai sebarang bukti apa yang mereka dakwakan itu. Mereka pusing keliling negara, cakap itu dan ini pada rakyat tapi semuanya kosong.

"Pembangkang berpolitik bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi mempergunakan rakyat untuk kepentingan agenda politik peribadi mereka," tegasnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.