Jumaat, 12 April 2013

Kenapa Chegu Pa letak jawatan?

Moeinuddin Zakaria shared the following link and had this to say about it:

"Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali hari ini umum perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta....??

Dato' Mustafa Ali mengaku beliau merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan beliau menegaskan, perlakuan nya iitu tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi nya"

Menjawab soalan wartawan, adakah kejadian ini didalangi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau, Mustafa menegaskan yang beliau tidak suka membuat tuduhan dan jika terbukti ada dalang disebalik kejadian ini, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.........????




http://www.watanharian.my/?p=902

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=575919082441777&set=a.526191807414505.79881046.526191750747844&type=1&relevant_count=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Majlis Fatwa Digesa Bertindak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hello Malaysia 10pm

Saksikan "Manifesto-Fakta atau Khayalan?" Di Hello Malaysia Astro 502 jam 10mlm ini 12/4. Panel: Sdr Lokman Adam dan Sdr Adnan Seman (Persatuan Peguam Muslim)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bicara Rakyat Jam 9 tv1 malam ini

Saksikan Siaran Langsung Slot Bicara Rakyat bertajuk Mahasiswa dan Politik menjelang PRU 13 bersama panelis YB Dato' Razali Bin Haji Ibrahim, Timb. Menteri Belia dan Sukan *MY* dan Sdr. Mohd Hafiz Ariffin, Pengerusi MPPK merangkap Pengerusi SISWA4U pada Jumaat, 12 April 2013,di RTM1 jam 9.00 malam #Siswa4U
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu CEC DAP: PR Tidak Layak Persoal SPR

DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata mereka. Di masa yang sama, mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN.

Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang. Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi.

Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah. Sama ada itu, ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota.

Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni. Secara umumnya, sektor swasta di Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu sahaja. Manakala bagi kaum mereka, walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk naik pangkat ataupun gaji.

Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi. Malah, dalam pentadbiran negeri pula, kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan jawatan.

Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu. Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir.

Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana. Lebih dari itu, DAP bukanlah parti yang telus, cekap mahupun amanah. Sikap kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya ini. Tidak cukup dengan menolak demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri untuk bersuara.

Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC. Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.

Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus.

Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri.

Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari lagi. Hari ini, dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS.

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini. Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS.

Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP.

Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP. Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan. Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi.

Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu. Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri.

Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu?

Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR?

Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Al-Fatihah pejuang awal Umno meninggal dunia

ALFATIHAH-Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid,salah seorang pengasas UMNO dan wanita pertama jadi MP meninggal dunia di IJN 10 pagi pada usia 94
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dun N 14 Changkat Jering: Kenapa bendera PKR lebih banyak daripada bendera Pas

Sehari dua ini Taipingmali dan the krew mendapati bendera PKR melebihi jumlah daripada PAS.

Bendera PKR berada dimana-mana sahaja. Ia seolah-olah memberi amaran kepada Pas bahawa PKR juga akan meletakkan calonnya di kawasan tersebut.

PKR Perak dibawah pimpinan Dr Manuty dari awal lagi telah tidak bersetuju dengan pengumuman Pas meletakkan calon mereka iaitu Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Kemungkinan kedua ialah terdapat segelintir orang Pas dari kumpulan terbuang iaitu kumpulan YDP Pas Utz Nordin Jaafar yang bertindak dengan memboikot Nizar Jamaluddin.

Utz Nordin merupakan golongan ulama Pas fahaman lama. Pas Bukit Gantang sama seperti Pas Taiping yang berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lama dan kumpulan serabut kepala pro-syiah.

Hari ini Pas Perak dimonopoli oleh golongan muda yang pro-syiah atau kumpulan serabut kepala.

Berbalik kepada isu bendera, sama-samalah kita tunggu kejutan yang akan dibuat oleh Dr Manuty kelak.

TM yakin PKR akan meletakkan dua calon mereka di Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Take beer!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi Liwat oleh Peliwat

Pd 11 APR jam 1642, satu lap tlh dibuat di BPolis Kerteh olh ASWAN b Hj MOHAMAD, KPT: 770725-10-5637, krn tlh diliwat DSAI pd 1992-1995 di Hotel Mandarin, Jln Maharajalela, KL. Lap t'sbt dijadikn THSL Rpt: 13283/13.

2) P'adu dakwa diliwat DSAI pd 1992-1995 sebyk 2 kali di hotel t'sbt di atas.

3) Seblm ini, p'adu hendak buat lap Polis ttp diugut DSAI spya jgn bg tahu sesiapa atau buat lap Polis. jika tdk, sesuatu akn b'laku t'hdp p'adu. DSAI juga bayar RM5 ribu sbg penutup mulut.

4) Semasa kejadian, DSAI dlm proses merebut jwtn Tim. PM.

5) P'adu rasa t'tekan & ditambah pula mgetahui byk perkara ttg DSAI yg melibatkn kepentgn negara & kejadian p'ganas Sulu di SBH.

6) Kes disiasat oleh Asp Wan Aidil, SIO DW.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.