Selasa, 13 Disember 2011

Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Shahrul Kamar Eskay wrote:

kes banjir disekitar berhampiran PKOD Dang Wangi dlm jarak kurang 2km... Malangnya tiada maklumat dari 999. Respons dari maklumat orang awam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jalan Tun Razak Banjir

Jalan Tun Razak atau dikenali sebagai Jalan Pekeliling dahulu, petang ini banjir kilat akibat hujan lebat. Elakkan daripada jalan ini.

Wisma Bernama yang terletak berhampiran Istana Budaya menjadi pusat perlindungan buat sementara waktu

Musuh DAP Bermakna Musuh Pas, Hasan Ali Mangsa Pertama

KUALA LUMPUR – Pas dilihat tunduk kepada  DAP berbanding mempertahankan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali apabila desas-desus namanya digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata perkara itu sememangnya sudah dijangka daripada dulu lagi kerana Hasan merupakan pemimpin yang "vokal" di dalam pentadbiran kerajaan negeri selain merupakan pemimpin yang berpegang kepada prinsip.

Justeru katanya tidak menghairankan nama beliau digugurkan kerana ianya dianggap penghalang kepada DAP untuk menguasai pemerintahan negeri berkenaan selain  melicinkan gerakan mereka yang yang totok kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita percaya Hasan Ali menjadi mangsa kepada kerakusan serta ketamakan pimpinan Pas hari ini yang sudah lari daripada perjuangan mereka yang kini kearah yang lebih liberal khususnya menjayakan rancangan sekutu mereka yang lain.

"Mungkinkah pimpinan Pas selangor mendengar bisikan daripada sekutu mereka DAP dan mungkin barangkali sedikit  "nasihat"  daripada pimpinan PKR yang lain agar menggugurkan nama beliau sebagai calon.

"Alasan boleh dicari dalam usaha memperlihatkan ketelusan pemilihan calon di dalam Pas. Kalau rakyat pun boleh mereka tipu apatah lagi sesama sendiri. Tidak pelik semua itu. Tengoklah bagaimana dulu Negara Islam tetapi hari ini Negara Berkebajikan," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa pula helah parti Islam PAS?

Dalam Mahkamah Tinggi pada Isnin Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara BERLAKU atas dasar suka sama suka. Suka sama suka atau cara terpaksa, ianya tetap LIWAT

Dengan kenyataan Peguam Karpal telah tertunai sudah solat hajat yang dibuat oleh PAS.

Pas telah buat solat hajat mohon petunjuk dan bala ke atas Umno dan mahmakah yang kononnya mengaibkan dan menfitnah Anwar.

Sekarang kenyataan yang terang lagi bersuluh telah dibuat oleh Karpal. Apakah Pas tidak percaya kepada Karpal? Apakah Karpal ingin mengaib dan menfitnah Anwar?

Karpal hanya peguam pembela yang sudah habis akal, habis modal untuk membela Anwar dan cara terbaik ialah liwat berlaku suka sama suka.

Akan tetapi umum perlu tahu, mahkamah pernah menerima kes suami merogol isteri dan kes liwat antara Anwar dan Saiful juga bole disamakan kes suamai rogol isteri, Apa lagi jika Anwar meliwat Saiful, Paksa atau tidak, ia tetap berlaku. Anwar seorang tua telah meliwat Saiful yang boleh disamakan sebagai anak.

Anwar sepatutnya menjaga dan melindungi Anwar tetapi apa yang berlaku sama seperti pepatah Melayu, Haruan makan anak atau Harapkan pagar, pagar makan padi.

Akhir Kalam , Rakyat perlu menolak Anwar dan sekutunya daripada diangkat menjadi pemimpin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fitnah Pembangkang terhadap MB Perak

Berita Agendadaily shared the following link:

http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/mb-perak-dituduh-ada-rumah-rm3juta-di-pangkor.html#.Tuav0z5YOJY.facebook

Sebelum ini digelar dengan panggilan "hitam metalik" kini Menteri Besar Perak berdepan dengan macam-macam fitnah—ini gara-gara PRU ke13 semakin hampir. Fitnah terbaru ialah mengenai Dato' Se
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas hari ini

Parti PAS mengaku bahawa merekalah parti Islam, parti yang menegakkan Islam, parti yang menjulang dan mengangkat ulamak.

Umno assobiyah, tidak Islam, menggunakan perlembagaan penjajah, sekular, bersekutu dengan kafir Mca dan Mic. Apa lagi yang Pas cakap ? Tolong habaq sat!

Hari ini Pas mendokong parti sekular Dap dan Pkr, Islam kah Dap dan Pkr sampai Pas sanggup bekerjasama dengan mereka?

Bila Umno mempertikaikan Pas Kelantan hanya bina sebuah sahaja masjid dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, Pas menuduh Umno menilai Islam berdasarkan jumlah masjid.

Memang Pas kaki putaq alam, Pas sebenarnya bina banyak masjid tetapi masjid Pas standard Masjid haram di Bujal sahaja, tak ada rupa masjid. Pas menukar konsep masjid menjadi Markas. Sebab Pas tahu kalau buat masjid ia menjadi hak awam dan majlis agama Islam dan Istana akan memantau aktiviti masjid.

Jadi, Pas tukar nama jadi markas dan markas tidak lagi mempunyai ciri-ciri binaan masjid supaya kuasa pentadbiran 100% mengikut rentak dan selera Pas.

Pas tahu, dalam masjid tak boleh berpolitik. Tak boleh buat program parti, tak boleh cerca orang lain. Dalam markas serba boleh. Sebab tu hari ini Pas gila memperbanyakkan MARKAS daripada MASJID.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HELEN ANG : PAS mempermainkan hudud


PAS bertambah goyah gara-gara seorang Khalifah

Negara Berkebajikan PAS kini tanpa hukum hudud‘, Malaysiakini melaporkan semalam.
Konsep ‘Negara Berkebajikan’ PAS yang dilancarkan presiden parti Abdul Hadi Awang “langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud”.
Presiden PAS seolah-olah kembar seiras seorang mantan presiden Umno dalam sifat ‘selective amnesia’ yang dikongsi mereka berdua.
Tuan Guru lupa akan Amanat Hadi yang pernah dikeluarkan dirinya sendiri:
“Kita menentang dia [Umno] ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah”.
PAS juga tidak ingat lagi kepada Dokumen Negara Islam yang dirangka parti itu pada tahun 2003.
Dokumen tersebut menyatakan:
“Dengan perlaksanaan hukum Allah swt, termasuk Hukum Hudud, maka akan amanlah masyarakat dari perbuatan jenayah seperti yang dijanjikan Allah swt dalam al-Qur’an.”
Chandra Muzaffar memberitahu forum hudud tempoh hari bahawa Ustaz Fadzil Mohd Noor telah bercadang untuk membentangkan hudud di Parlimen sebagai ‘private member’s bill’ pada tahun 1999. Chandra menyandang jawatan naib presiden parti Keadilan pada waktu itu.
Katanya orang kanan PAS telah berjaya memujuk presiden PAS tersebut untuk menangguhkan hasratnya mengadakan hudud demi mengelak daripada tercetusnya konflik ketika negara di ambang pilihanraya umum.
Ustaz Fadzil akur lalu menarik balik bill hududnya, kata Chandra.
Tuan Guru Hadi Awang menjejaki langkah membatalkan hudud yang diambil oleh pemimpin yang digantinya itu atas alasan negara sekali lagi berada di ambang pilihanraya umum.
Beliau mengetepikan hudud sungguhpun Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 diluluskan sewaktu beliau Menteri Besar negeri pantai timur itu.
Usaha menentang hudud ialah modal politik bagi MCA. Pengumuman kelmarin oleh Hadi Awang bahawa buku hijau PAS memendamkan hasrat partinya untuk melaksanakan undang-undang hudud (buat masa ini) akan berjaya menumpulkan asakan MCA terhadap DAP.
Dengan MCA kehilangan senjatanya ini maka lagi kuatlah DAP.
Namun bagaimanakah tindakan PAS menyimpang dari perjuangan dan tunjang ideologinya akan disambut ahli-ahli parti?
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi berkata baru-baru ini pada Oktober 23:
“Menerima dan melaksanakan undang-undang Islam adalah sebahagian daripada tuntutan aqidah Islam yang mesti ditunai oleh setiap individu muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt.”
PAS kewalahan memberi jawapan kepada penyokong-penyokong tegarnya kenapa Umar Lim sementelah sudah dinobatkan Khalifah masih lagi menolak undang-undang Islam.