Jumaat, 21 Jun 2013

Nasrudin Hassan dulu tolak 505 sekarang tarik balik

Nasrudin Hassan wrote:

Himpunan Aman 505

1. Saya, Timbalan Ketua DPPM Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dan Naib Ketua DPPM Dr. Raja Ahmad Iskandar serta EXCO DPPM, insyaallah akan bersama turun menyertai Himpunan 505 yang berlangsung esok di Padang Merbok KL dari jam [ 2.00 petang dan berakhir 6.00 petang ]

2. Komitmen kami dari DPPM ialah bersama pihak penganjur dari Sekretariat Pakatan Rakyat menjayakan Himpunan Aman untuk membantah penipuan dan penyelewengan PRU serta mendesak agar Pengarah SPR meletakkan jawatannya.

3. Kami menolak malah mengecam sebarang usaha provokasi atau sabotaj dari mana - mana pihak yang cuba manipulasi keadaan lalu memesong serta menggagalkan matlamat, objektif dan hala tuju murni Himpunan Aman 505.

4. Kami seluruh warga DPPM turun menyatakan semangat kebersamaan dan solidariti kami bersama semua pihak yang terdiri dari parti - parti politik, ngo's dan orang perorangan yang menentang penyelewengan berpaksikan kaedah "Muwaajahah Silmiyah" iaitu "Penentangan secara Aman". Justeru itu Himpunan 505 ini berdiri atas konsep Himpunan Aman menepati hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara.

5. Pihak kerajaan selayak dan sewajarnya mendengar suara rakyat jika mahu masa depan mereka terus relevan di mata rakyat. Jangan pukul dan tangkap rakyat sendiri. Jangan cetuskan provokasi sebagaimana saya juga nasihatkan semua peserta himpunan agar jangan sekali - kali layan dan menimbulkan provokasi. Sabar, tenang dan fokus pada matlamat serta objektif himpunan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penduduk Kg Datuk Sibu Bantah Pemindahan

Mangsa kebakaran menolak sebarang usaha untuk memindahkan mereka ke kawasan lain.

Mereka mahu kekal ditempat asal. Tuntutan mereka ada kebenarannya dan akan dikupas dalam entry kemudian. TM menyokong tindakan mangsa kebakaran
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.