Khamis, 18 Julai 2013

Elok bagi bonus kepada penjawat awam yang menjadi ahli Umno dan penyokong BN sahaja

Sebentar tadi selepas mesyuarat di MOF, PM DS Najib mengumumkan bonus setengah bulan gaji sempena Hari Raya Aidilfitri.

Harap kenanglah jasa kerajaan. Bersyukurlah wahai penjawat awam dengan keistimewaan yang anda dapat.

Pun begitu TM mengesa Najib memberikan hanya kepada penjawat awam yang menyokong atau menjadi ahli mana-mana parti komponen BN sahaja.

Kepada ustaz, ustazah, penghulu, kerani hospital termasuk doktor yang pangkah PR boleh mengadap Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang untuk minta bonus.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masjid Kpg Expo engkar arahan Majlis Islam Perak

Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak telah pun mengeluarkan arahan agar tidak mengadakan tazkirah dan melarang memendekkan solat terawih dariapada 20 rakaat kepada 8 rakaat dan melarang tazkirah yang dibuat selepas rakaat ke 4.

Namum pengurusan Kudeta Masjid Kg Expo Kamunting Perak yang di pengerusikan oleh penjawat awam iaitu Penghulu Azam telah mengengkari arahan Jabatan dan kerajaan Perak yang mana Pengerusi hal Ehwal Agama Islam dipegang sendiri oleh YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau (Azam) sepatutnya mematuhi arahan tersebut sebagaimana beliau akur akan arahan-arahan jabatan kerana beliau adalah penjawat awam.

AJK masjid hanya mematuhi arahan melaksanakan solat terawih 20 rakaat tetapi meneruskan tazkirah setiap malam. Cuma tidak dibuat antara pertengah solat tetapi tazkirah dibuat selepas selesai solat terawih.

Kadangkala ia mengambil masa 30 hingga 40 minit tetapi malam tadi seorang penceramah jemputan mengambil masa lebih dari satu jam.

Dan Ajk mengambil keputusan untuk memendekkan terawih kepada 8 rakaat dan 2+1 witir.

Perbuatan mereka mengengkari arahan jabatan menyebabkan ramai jemaah balik atau ke surau lain untuk sunat terawih.

Malam tadi juga merupakan satu tazkirah politik kerana masa sejam lebih diambil hanya untuk menghentam kerajaan. Semua yang pemerintahan lakukan adalah tidak betul. Ketua polis tidak betul. BR1M pun tak betul. Semua tak betul selagi rakyat tak pilih sebuah kerajaan Islam.

Ceramah tersebut juga lebih kepada hasutan, memecah belahkan kariah masjid, menfitnah dan termasuk berunsur perkauman ( rakaman dibuat oleh anak kariah) dan akan dipanjangkan ke majlis.

Pengawai Masjid Daerah Taiping Ustaz Md Isa perlu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap AJK dan penceramah tersebut secepat mungkin.

Inilah akibatnya apabila masjid dikuasai oleh Pas,

Biasanya masjid yang dirampas jawatan kuasanya akan mengubah sistem yang ada kepada sistem Pas.

Masjid Kpg Expo yang dirampas oleh Pas melalui satu mesyuarat Agung tahun 2000 dahulu kekal menjadi milik Pas hingga hari ini.

Sehingga kini mereka tidak berani mengadakan AGM untuk memilih AJK baru sebaliknya menggunakan sistem sebelum rampas dengan mengisi kekosongan mengikut rundingan mereka dan dipanjangkan kepada pihak atasan.

Mereka juga tidak suka dan pernah membantah apabila pemilihan AJK mendapat teguran dan campur tangan wakil rakyat.

Mereka juga lebih rela menjemput Nga Kor Ming hadir ke majlis rasmi daripada menjemput wakil rakyat yang sudah tentunya dimenangi oleh BN iaitu YB Dato Zahir dan Dato Malek sebelum ini.

Harap mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Perak, PDRM kerana penceramah menghina KPN dll.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Jual Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat

Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata harga murah itu hasil pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.

"Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Ahmad berkata kerajaan telah memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel dan 90 sen untuk setiap liter petrol RON95.

Katanya, untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter bukan RM2.74 manakala untuk petrol RON95 pula rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter.

"Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON 95 sepatutnya RM2.80 seliter," katanya.

Menurut beliau, gas memasak juga tidak terkecuali menerima subsidi yang besar di mana bagi tong gas memasak seberat 14 kilogram, rakyat membeli pada harga RM26.60 setong berbanding harga yang sepatutnya dijual adalah RM47.46 setong.

"Ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20.80 setong," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan berlakunya penyeludupan minyak ke negara jiran adalah disebabkan harga minyak yang murah di Malaysia.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menangani masalah penyeludupan minyak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rumah Urut Diutamakan Di Selangor Berbanding Rumah Kos Rendah

Sepanjang lima tahun pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim dan pakatan pembangkang di Selangor, antara perkara yang patut mereka banggakan adalah kepesatan pertambahan  pusat rumah urut dan juga pusat judi yang berselindung di sebalik kafe siber.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata kepesatan rumah-rumah urut dan judi sebenarnya amat menakutkan dan perlu tindakan segera memandangkan perkara itu semakin menjalar di kawasan luar bandar.

"Contohnya apa yang berlaku di kawasan Selangor utara dari Kuala Selangor ke Sungai Air Tawar Sabak Bernam, saya lihat pertambahan rumah urut dan judi ini benar-benar memeranjatkan terutama mereka yang berada di kampung," katanya.

Tegas beliau lagi apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kesannya kepada masyarakat setempat.

"Kita khuatir banyak pendapatan petani dan orang-orang kampung akan dihabiskan di tempat-tempat ini terbabit selain mengundang kepada budaya negatif," ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan kerajaan negeri tentang polisi rumah kos rendah dan semenjak lima tahun mereka memerintah iaitu sejak 2008 kerana data-data yang mereka berikan amat memeranjatkan.

"Kalau kita lihat, ia diakui sendiri oleh EXCO mereka kerana di kawasan seperti Sabak Bernam dan Hulu Selangor, tidak ada satu pun rumah kos rendah yang dibina.

"Adakah ini maknanya mereka ini (kerajaan negeri) terus meminggirkan golongan yang berpendapatan rendah?," tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bekas Pembantu Peguam Bela Dakwa Anwar Serah Dokumen Cuti Sakit Palsu

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay pada Rabu membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0.

Yuktes tiba bersama-sama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, di sini pada kira-kira 10.40 pagi untuk membuat laporan polis itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa Anwar menyerahkan dokumen cuti sakit palsu itu pada September tahun lepas kepada mahkamah.

Beliau turut menyerahkan bukti dokumen cuti sakit palsu itu kepada polis.

"Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S. Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar.

Yuktes menjelaskan beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbangkan keselamatannya setelah beliau banyak menerima kecaman dan ugutan setelah surat-surat terbukanya kepada Anwar disiarkan di laman-laman portal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.