Isnin, 10 Disember 2012

Kenyataan Nik Aziz tentang Umno Kafir

Negara Islam

1. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir." - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

Kafir Mengkafirkan

1. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

2. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

3. "UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis." – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

4. ''Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.'' – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

5. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

300 ribu India tanpa kad pengenalan perlu tunjuk bukti

PUTRAJAYA, DS Hishammuddin hari ini minta mrk yg mndakwa bhw 300,000 org India di ng ini tidak memiliki taraf kewarganegaraan agar tampil ke hadapan bersama fakta & bukti. Jgn main buat dakwaan utk kepentingan politik.

Taipingmali yakin kesemua 300 ribu adalah pendatang haram dari benua India.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini: Misi Bantuan di Gaza diancam dengan tembakan

Tentera Israel yang berada di Ezata bersebelahan sempadan Gaza di sini melakukan Tembakan Amaran ke arah Sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012... Tembakan Amaran itu diikuti dengan 2 Buah Helikopter Israel berlegar-legar di Ruang Udara di sepanjang Sempadan Gaza-Ezata... Kejadian itu Berlaku ketika Kawasan itu dikunjungi Sukarelawan Malaysia...

~Jangan Lupa Doa'kan Sahabat-Sahabat kita yang Berada disana Ketika ini...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS tipu umat Islam satu dunia

Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.

Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ini ditipu oleh pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.

"PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang.

"Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,"dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.

C.N Al-Afghani sebelum ini pernah menulis buku kontoversi bertajuk " Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali," mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan PAS.

Akibatnya, buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada umum.

Menurut penulis, kutipan derma yang dibuat dari tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, tidak pernah dibuat laporan penyata kewangan yang jelas.

Kesannya, pada tahun 2001, salah seorang keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.