Selasa, 9 Julai 2013

Adun BN buka Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat Pertama Diwujudkan Di Changkat Jong:- Adun Changkat Jong Azhar Jamaluddin

Setelah merampas semula kerusi Dun Changkat Jong dari kepimpinan Pas, Barisan Nasional kini mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat yang pertama di Parlimen Teluk Intan.

Adun Changkat Jong, Azhar Jamaluddin berkata pembangunan serta kebajikan rakyat di kawasan berkenaan sebelum ini agak ketinggalan setelah berada di bawah wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

"Khususnya di Changkat Jong dan Teluk Intan berkaitan dengan perkhidmatan seorang wakil rakyat tertinggal hampir 10 tahun kalau di peringkat parlimen dan 5 tahun di peringkat dun.

"Ini mengakibatkan banyak perkara sebenarnya tertinggal terutama dari segi pembangunan dan perkhidmatan masyarakat di kawasan ini.

"Rakyat Teluk Intan boleh dikatakan teraniaya apabila PR ambil alih dan mereka tidak tunaikan tanggungjawab mereka sebagai adun atau ahli parlimen.

Azhar menambah, menyedari perkara itu ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pendedahan Sebenar Calon BN

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir.Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato' Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.Tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti."Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua," ujar beliau.Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai 'pilihan raya kecil yang besar'.Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut."Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut," katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus.Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ku Zaihan calon N01 K. Besut

TENGKU ZAIHAN CHE KU ABD RAHMAN,37 seorang jurutera dan anak tempatan ialah calon BN bagi PRK DUN Besut.Namanya diumum oleh TPM sebentar tadi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga barang naik menjelang perayaan?

Pelbagai barangan keperluan termasuk ayam, ikan serta pelbagai jenis sayuran mencatat peningkatan secara mendadak.

Perkembangan itu nyata meresahkan pengguna terutama masyarakat Islam yang bakal menyambut 1 Ramadan tidak lama lagi.

Justeru kerajaan diminta segera membantu bagi meringankan beban mereka.

Tinjauan krew di Pasar Besar Kuantan semalam mendapati harga pelbagai keperluan mencatat kenaikan yang ketara.

Harga ayam antara paling tinggi naik iaitu antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram.

Daerah Raub dan Bentong mencatat rekod kenaikan harga ayam paling tinggi.

Sumber memaklumkan peningkatan itu disebabkan bekalan ayam yang berkurangan atas faktor cuaca.

Manakala ikan bawal menyaksikan peningkatan dari RM18 kepada RM22 sekilogram.

Paling ketara ikan kembung yang sebelum ini dijual pada harga RM12 sekilogram kini mencecah RM18 sekilogram.

Pelbagai jenis sayuran termasuk cili merah, kobis bulat dan pelbagai jenis sayuran hijau juga naik harga.

Cili merah yang dijual pada harga RM10 sekilogram sebelum ini naik hingga RM18 sekiloram membabitkan semua daerah di Pahang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.