Rabu, 23 Oktober 2013

Ceramah Hari Pertama Pas Tidak Mendapat Sambutan  

Walaupun secara rasminya, tempoh berkempen masih belum bermula, namun Pas sebagai calon tunggal dilihat begitu agresif dan terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

 

Sebagai contoh, semalam bertempat di PDM Ulu Sedaka mereka telah mula mengadakan ceramah bagi menarik sokongan pengundi untuk terus menyokong parti itu. Dengan menggunakan slogan 'Anak Muda Sokong Ustaz Mohd Azam Abd Samat' mereka menganjurkan jamuan makan BBQ.

 

Namun sayangnya program yang diadakan itu GAGAL menarik kehadiran yang mengalakkan. Dianggarkan hanya 45 orang sahaja yang hadir pada program tersebut walaupun pihak penganjur menggunakan khidmat 'Leman Badut Lawak Pas' bagi menarik kehadiran penduduk.

 

Leman, Si Badut Lawak Pas pada program tersebut telah bertindak sebagai pengacara majlis dan BADUT bagi menceriakan suasana. Walaupun kalah dan tersingkir awal dalam program Maharaja Lawak tidak beberapa lama dahulu, namun ternyata Leman masih memasang azam untuk meneruskan karier sebagai BADUT. Cuma bezanya, dulu dia berlawak di dalam televisyen namun kini dia menjadi BADUT di pentas ceramah.

 

Paling menarik calon Pas ketika menyampaikan ucapan alu-aluan cuba mengeksploitasi agama Islam sebagai modal kempen. Dia mengatakan kononnya mereka yang berjuang bersama  Pas akan dikira sebagai ibadat oleh Allah swt.

 

Yang peliknya, ketika kerajaan BN dan majoriti umat Islam di negara ini cuba menghalang permohonan gereja bagi menggunakan kalimah Allah di dalam Bible, Pas dilihat mengambil pendirian menyokong permohonan tersebut. Ia dilakukan kerana akur dengan 'ARAHAN' DAP dan sekali gus untuk memancing golongan bukan Islam untuk terus bersama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

 

Menarik bukan, di hadapan orang Kristian, Pas mendakwa parti itu menyokong tuntutan gereja, manakala di hadapan orang-orang kampung mereka menggunakan Islam untuk meraih sokongan. Sungguh hebat permainan mereka.

 

Berbalik kepada isu kehadiran yang mengecewakan itu, Pas nyata terkejut dengan pendekatan tersebut. Ini kerana PDM Ulu Sedaka adalah merupakan kubu kuat parti itu. Malah mengikut rekod PRU-13, BN tewas kepada calon Pas dengan majoriti 245 undi.

 

Tapi persoalannya, mengapa program tersebut GAGAL mendapat sambutan? Nampak sangat calon yang diketengahkan tidak dikenali oleh penduduk tempatan, walaupun Pas mendakwa calon mereka dikenali ramai.

 

Kesimpulannya BN masih mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Sungai Limau. Ini kerana pada PRU-13 faktor Ustaz Azizan begitu kuat mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut. Namun calon pada kali ini bukan dari kumpulan ulama, tambahan pula semasa hayatnya kelompok Endorgan dan Liberal Pas telah menjadikan Ustaz Azizan antara musuh yang WAJIB ditumbangkan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Azwan Bro menang 2 undi lagi

Keputusan dari Gelang Patah dan Sabak Bernam menyokong Azwan Bro. Hanya satu lagi akan ditentukan Jumaat ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari ini dan Umno

2 perkara penting berlaku hari ini, pertama ialah penamaan calon PRK Sg Limau dan kedua pengundian semula untuk jawatan Naib Ketua Pemuda Umno untuk memutus seri terhadap undi yang meragukan. Penuda Gelang Patah dan Sabak Bernam akan menentukan siapakah yang berhak diangkat sebagai NKP. Satu lagi di Kelantan, sayangnya ia akan dibuat undian semula hari Jumaat ini. Lagi bertambah debaran jika keputusan petang ini masih terikat seri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.