Jumaat, 23 Mac 2012

Arkib : Hakim benar Nizar kemuka rayuan - Malaysia News



Pas dan pembangkang Perak dengan mudah menuduh YAB Dato Dr Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar mahkamah. Sebenarnya mereka lah yang membawa kes ke mahkamah bukannya Dr Zambry,

Berkenaan dengan JKKK yang digantikan dengan baru, Nizar tidak boleh pertikaikan JKKK yang baru kerana sewaktu Pembangkang menang pun mereka juga menukar dengan yang baru. Ambil semua orang Pas dan mengabaikan Umno. Sebaliknya dalam pentadbiran sekarang, memang JKKK melantik ahli Pas untuk duduk sama dalam JKKK tetapi pihak Pas menghasut dan menghalang ahli mereka menyertai JKKK. Ini terbukti dalam JKKK Kg Expo, En Salleh dari Pas dilantik sebagai AJK JKKKK tetapi perlantikannya tidak disenangi oleh Pas dan akhirnya kerana akur dengan kehendak Pas beliau melepaskan jawatannya,



Tanah balak di Kampar dan Klian Intan? Sudah buat laporan polis? Dap rosakkan tanah di Pondok Tanjung bagaimana? Tamat 11 bulan, semua jentera balak di keluarkan dan sebatang kayu balak pun tak ditinggalkan jalan ditutup dan dibersihkan, seolah-olah tidak ada berlaku pembalakan.

 Mengenai Rahman Hidrolik yang diberi tanah lombong di kawasan bukit juga satu dongeng Nizar. Rahman Hidrolik tak wujud pun di sana,  tak percaya pergi tengok sendiri...sekarang ni sudah tak jadi MB boleh lah bawa Topeng Perak untuk merakam gambar-gambar pembalakan haram. perlombongan bijih  di tanah tinggi dan laporankan semua 6 tindakan kerajaan BN sekarang kepada media. tetapi dengan bukti sekali, jangan main cakap sahaja.

MB Nafi CEO PKNP Di Singkirkan

Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Jadikan Tanah Rezab Melayu Sebagai Perkubu...

Geran Tanah Rezab Melayu Ditukar Kepada Tanah Perkuburan Cina

FELDA Hasil Israel - Ahmad Maslan Tangkis Tuduhan MP Bakri.

20120322 Bekas GM Yayasan Selangor jawab isu tanah

Pembangkang Tidak Hadir Mesyuarat PSC.

20120322 Isu perlantikan GM Yayasan Selangor

PKR Dakwa Tanpa Undi India, PR Masih Kekal Di Kedah

RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temu ramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.

Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihan raya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihan raya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.


Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihan raya akan datang. Malu lah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunyai peranan dan fungsi besar memajukan negara ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

20120322 Wanita UMNO Selangor sokong Kak Ijat