Ahad, 25 Ogos 2013

159 sudah ditahan oleh polis

Seramai 159 orang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di Kelantan sejak Op Cantas dilancarkan Sabtu lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 28 individu ditahan kerana terbabit dalam kes jenayah berat seperti memiliki senjata api dan peluru manakala selebihnya membabitkan kes dadah.

Katanya setakat hari ini, seramai 798 individu dan 635 kenderaan diperiksa dengan lapan kenderaan disita dan 152 saman trafik dikeluarkan.

Polis turut merampas 182 bijil pil kuda dalam pemeriksaan dan serbuan yang dijalankan di seluruh negeri, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mazlan berkata dalam tiga kes terbaru, Rabu lepas, polis menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 55 tahun berkaitan kesalahan memiliki senjata api dan peluru. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KETUA UMNO BAHAGIAN MUAR UMUM UNDUR DIRI

Ketua Umno bahagian Muar Datuk Mohd Ismail Mohd Shah mengumumkan pengunduran diri dari pimpinan bahagian bagi memberi peluang kepada pelapis muda memimpin bahagian itu. Mengumumkan perkara itu di hadapan kira-kira 5,000 orang yang menghadiri

majlis rumah terbuka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Seri Menanti, di sini, malam tadi, Mohd Ismail mencadangkan Razali sebagai penggantinya.

Menurut Mohd Ismail, beliau bersedia untuk memberikan pandangan membina dalam membantu Razali yang dianggap sebagai adiknya sendiri sekiranya Anggota

Parlimen Muar itu diberi peluang memimpin bahagian berkenaan kelak. Mohd Ismail, 55, yang memimpin bahagian berkenaan bermula daripada Ketua

Pemuda Umno sejak 23 tahun lepas berkata beliau mahu semua anggota Umno di bahagian tersebut menyokong penuh Razali pada pemilihan parti itu November depan.

Sementara itu, Razali yang terkejut dengan pengumuman tersebut dalam ucapannya menyifatkan Mohd Ismail sebagai seorang lagi pemimpin Johor yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di puncak.

"Beliau mengikut jejak langkah pemimpin sebelum ini termasuk Allahyarham Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam yang meletak jawatan ketika berada di puncak," katanya. Razali berkata beliau sedia bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keselamatan Negara Cuba Digugat

Polis temukan bom dan 20 butir peluru dalam serbuan di sebuah flat di Machang Bubuk, Bukit Mertajam serta menahan 4 lelaki dan 2 wanita

Ini baru satu, ditempat-tempat lain bagaimana agaknya?

Saya juga musykil dengan bangunan untuk rumah-rumah burung walit.

Entah apa yang ada dalam bangunan tersebut kita tak tahu.

Kena buat pemantauana!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.