Ahad, 19 Ogos 2012

Solat Sunat Aidil-Fitri Masjid Jamek Kamunting

Solat Sunat Aidil Fitri pagi tadi diadakan tepat jam 9.00 pagi seperti yang dijanjikan.

Majlis dimulakan dengan takbir. Takbir kali ini tidak lagi mendayu-dayu seperti zaman dahulu. Ia lebih keras dan lebih bersemangat cuma bila masa makmum menyambut ia kembali ke asal, mendayu-dayu dan sedih.

Sebelum solat dimulakan Pengerusi Masjid Tuan Hj Hassan Ali sekali lagi mengingatkan bahawa masjid sedang mengumpul dana untuk membina bangunan tambahan untuk pengurusan jenazah.

Menurut beliau ia bagi memudahkan penduduk rumah teres atau pangsapuri yang kesempitan ruang untuk menguruskan jenazah boleh disempurnakan di masjid seperti mandi, kafan dan solat. Oleh itu beliau mengharap anak-anak kariah dapat menghulur kan derma.

Projek seterusnya ialah pembelian kereta jenazah yang baru. Pihak masjid sudah pun memperolehi derma sejumlah RM 25 Ribu dan masih memerlukan sejumlah RM 75 ribu lagi untuk membolehkan masjid membeli sebuah van.

Dalam sepanjang bulan ramadhan berjaya mengumpul wang sebanyak RM 4 ribu dan menyedihkan apabila ada pencuri yang menceroboh masjid untuk mencuri barangan wanita dan juga tabung masjid setakat ini 10 tabung telah rosak.

Akhir sekali imam telah menyampai kan taklimat atau pesanan bagaimana niat solat dan tasbih yang perlu dibaca oleh makmum.

Cuma Imam terlupa untuk berpesan supaya makmum tidak meninggal kan masjid selepas solat, hari ini seperti biasa ramai juga yang balik selepas selesai solat tanpa mendengar khutbah.Imam juga lupa untuk meminta makmum meluruskan dan merapatkan saf sebelum solat dimulakan.

Khutbah hari ini ialah khutbah yang disediakan oleh Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. Tajuk khutbah ialah erti kemerdekaan dan impaknya ialah kita sebagai rakyat dalam hidup dalam suasana yang aman bahagia tanpa rasa gentar dan takut untuk beribadat.

Tidak seperti negara-negara lain, jemaah ditembak dan dibom semasa menunaikan solat sunat aidil fitri dan aidil adha. Oleh itu umat Islam perlu bersatu agar kita tidak dijajah semula oleh kuasa-kuasa asing.

Sekian/....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.