Sabtu, 7 Januari 2012

Benci Anwar dan keluar PKR

Seramai 300 anggota dan penyokong kuat pakatan pembangkang di Sungai Acheh di sini hari ini menyertai BN berikutan kecewa dgn pembangkang yang gagal menunaikan janji mereka. Wakil kumpulan itu Musa Ali, 52, berkata mereka yg terdiri drp anggota Pas, PKR dan DAP di kawasan berkenaan keluar parti krn tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang. Turut serta dlm majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

20120106 Pelancaran Komuniti 1Malaysia Selingan

Hati-hati bila singgah di R&R Seremban

  1. Kita sering mendengar cerita dan pengalaman pengguna jalanraya terutama di lebuh raya yang ditipu oleh kren tunda.
  2. Terdapat juga trend dimana pengendali trak tunda merancang kemalangan dengan menuang minyak di atas jalan. 
  3. Minyak disel akan dituang oleh tonto dari dalam kereta dan mereka akan menunggu di bahu jalan 100 atau 200 meter dengan alasan hujan dan tak boleh memandu.
  4. Bila berlaku kemalangan kepada kereta yang melambung kerana minyak disel , mereka akan mengambil kesempatan untuk menunggu kemalangan berangkai.  Tonto akan memanggil trak selepas bebeapa kenderaan terlibat dengan kemalangan dan mereka juga telah siap sedia dengan kamera untuk merakam gambar bagi tuntutan insuran.
  5. Satu lagi ialah trak tunda akan mengambil peluang mendekati kenderaan yang rosak dan perkara yang pertama mereka lakukan ialah buka bonet dan nak tengok enjin
  6. Mereka akan menawarkan perkhidamatan mereka dan jika enggan ada lah tektik kotor yang mereka lakukan seperti cabut kabel plug atau cabut mana mana wire yang boleh memudaratkan kenderaan dan akhirnya kita terjebak dengan mereka
  7. Berikut ada satu cerita yang ingin dikongsi bersama. [klik] untuk masuk ke laman blog tersebut.
  8. Selain bahawa kereta tunda RR Seremban, Nilai dll ialah penjual telefon, cermin mata dan lain-lain gajet, Bayangkan sebuah smartphone iphone 4 dijual dengan harga RM 300. bila dah bayar wang baru tahu mereke tertipu dengan fon dummy..

Sampah Oh Sampah !!!

Penduduk Shah Alam dan Klang hari ini mengalami masalah sampah. Menurut penduduk, sudah 2 minggu sampah tidak dikutip oleh kerajaan Selangor.

Masalah ini tidak pernah berlaku dibawah pengurusan Alam Flora.

Malam tadi syarikat-syarikat kecil yang mendapat tender mengutip sampah meluahkan rasa kecewa mereka kerana kerajaan negeri menamatkan kontrak mereka.

Jelas menunjukkan sikap tamak kerajaan negeri di bawah pembangkang gagal menguruskan negeri Selangor.

Baru urus sampah sudah bermasalah, itu pun ada hati nak uruskan air.

Negeri lain berusaha untuk menswastakan urusan sampah dan air tetapi Selangor undur ke belakang dan semua nak buat sendiri.

Selain sampah, jalan-jalan perbandaran juga semakin teruk. Berlubang dan rosak sana sini tanpa ada usaha untuk membaiki semula.

Jalan perlu penyelenggaraan kerap dan berkala. Bukan turap sekali dan harap jalan tersebut kekal baik untuk 3 atau 4 tahun.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.